Tidak sah ke Mui Ne jika tidak pergi ke White Sand Dunes yang best. Siapa sangka di Negara Asia turut terdapat bukit
pasir yang sangat mengujakan. Tidak perlu untuk ke tanah Arab bagi bermain
bukit pasir yang seluas mata memandang. White Sand Dunes di Mui Ne merupakan
tempat pelancongan terkenal di sini. Bagi yang budget rendah tapi ingin merasai
pengalaman berada di gurun sahara seperti di Morocco, Dubai..eloklaa datang ke
sini.
Tetapi, sekiranya anda ingin jimat, pakej tour lebih murah di sini. Dengan hanya RM 36 untuk separuh hari Tour ke Sand Dunes. Tempah pakej tour anda sekarang di sini. Harga pakej ini lebih murah berbanding pakej tour dari syarikat lain atau pihak hotel.
1) Pengangkutan ke White Sand Dunes
White Sand Dunes
terletak jauh ke pedalaman dari bandar Mui Ne kira-kira 20 km. Ia merupakan
satu-satunya tempat pelancongan yang paling jauh disini tetapi paling ramai
yang datang ke Mui Ne semata-matanya untuk merasai keseronokan bermain bukit
pasir yang besar.
i) Sewa motosikal
Bagi yang inginkan
cabaran sewa motosikal adalah pilihan terbaik untuk menjelajah Mui Ne. Dengan
kadar sewa 200k dong untuk 4 jam, anda bebas bergerak mengatur masa kemana-mana sahaja pada
bila-bila masa. Dengan pekan yang tidak terlalu besar berpandukan google maps adalah
sangat mudah untuk ke White Sand Dunes sendiri tanpa pakej. Tetapi ianya sangat tidak kos efektif bagi yang travel secara backpackers dan cheapskate.
ii) Berbasikal
Bagi yang kaki cycling,
di area pekan Mui Ne terdapat banyak yang menyediakan perkhidmatan sewa
motosikal dan basikal. Perjalanan ke White Sand Dunes dengan berbasikal akan
memberi lebih masa dan ruang untuk anda menikmati keindahan Mui Ne.
iii) Pakej tour di Mui Ne
Bagi yang datang ke Mui Ne dengan masa yang terhad, mengambil pakej tour adalah pilihan
terbaik. Sekiranya anda sampai ke Mui Ne di awal pagi dan masih belum mempunyai
pakej, tidak perlu risau. Sebaik anda melangkah turun dari bas, akan ada
orang-orang yang menghampiri anda menawarkan pakej ke White Sand Dunes untuk
melihat matahari terbit. Bagi yang mengikuti pakej melihat matahari Terbit di White Sand Dunes, seawal 5 pagi mereka
akan bergerak mengambil di hotel-hotel menggunakan jeep.
Tetapi, sekiranya anda ingin jimat, pakej tour lebih murah di sini. Dengan hanya RM 36 untuk separuh hari Tour ke Sand Dunes. Tempah pakej tour anda sekarang di sini. Harga pakej ini lebih murah berbanding pakej tour dari syarikat lain atau pihak hotel.
Pakej tour akan
merangkumi lawatan ke White Sand Dunes, Red Sand Dunes, Fishing Village dan
akhir sekali Fairy Stream. dengan tempoh pakej selama lebih kurang 5 jam.
Sebenarnya mereka akan memberikan masa yang terhad di setiap tempat kerana
perlu berkejar untuk ke tempat seterusnya bagi mengelakkan waktu yang semakin
panas.
Perkongsian sebelumnya baca sini. Aktiviti menarik di Mui Ne klik sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan