DISQUS SHORTNAME

Selasa, 4 September 2018

Jejak Sejarah Islam di Bumi Guangzhou:Sejarah kewujudan Masjid Huai Sheng

Dikenali dengan pelbagai nama sejak dari awal didirikan sehingga sekarang masyarakat Guangzhou mengenalnya sebagai Masjid Huai Sheng. Turut dikenali sebagai Lighthouse Mosque atau the Great Mosque of Canton sesuai dengan peranannya pada ketika itu sebagai masjid pertama yang didirikan bagi tujuan dakwah disini. Dibina pada kurun 750 M pada zaman Dinasti Tang.



Masjid ini dihanya bersejarah sebagai masjid pertama di China tetapi ianya turut menyimpan beribu kenangan sebagai masjid yang didirikan oleh pelopor dakwah di negara ini iaitu bapa saudara Nabi Saidina Saad bin Abi Waqas. Lantaran itu, masjid ini juga disebut sebagai Masjid Memorial yang merupakan masjid pertama di daratan Cina.

Kawasan masjid luasnya kira-kira 3,800 meter persegi. Seni bina bangunan masjid ini menggabungkan unsur seni bina klasik China dan Arab. Ketika memasuki pintu masjid ini, terdapat gedung melihat anak sabit. Walaupun bangunan yang dibina semula pada tahun 1695 ini tidak begitu besar, tetapi kelihatan amat cantik jika dipandang dari jauh. Dua serambi yang panjang terletak di kedua-dua belah Bangunan Melihat Anak Bulan. Di dalamnya terdapat 10 buah batu bersurat yang mencatatkan sejarah Masjid Huaisheng.

Ruang sembahyang yang bercirikan seni bina tradisional China dibina semula pada tahun 1935. Ruang itu boleh menampung lebih seribu orang umat Islam bersolat berjemaah pada satu masa.

Berhampiran dengan ruang sembahyang yang menghadap ke arah tanah suci Mekah ialah bilik penyimpanan kitab, yang menyimpan pelbagai salinan al-Quran. Ruang solat masjid ini sangat biasa dengan tulisan ayat-ayat suci a quran di dinding sebagai hiasan dalaman masjid.

Selain itu, terdapat sebuah menara yang dipanggil menara bercahaya setinggi 36.3 meter di bahagian barat daya halaman masjid tersebut. Badan menara ini berbentuk bujur manakala bahagian atasnya tajam. Oleh itu, Masjid Huaisheng juga dipanggil sebagai masjid Guangta yang bererti menara bercahaya oleh penduduk tempatan. Menara yang telah dibina semula pada tahun 1934 ini bercirikan seni bina Arab. 

Catatan sebelumnya baca sini. Klik sini untuk info yang lebih menarik tentang tempat shopping di Guangzhou. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Cari

Like Us


Hot in week

Recent

Comments


Follow Instagram

Translate

item