Panduan lengkap tentang info-info yang perlu anda tahu sebelum melancong ke China.
1) Masyarakat
Di China, terlalu ramai ummah manusia yang
bertebaran di segala ceruk terutamanya di mall dan shopping komplek. Ada yang
cina Ughur, Tibet dan dikalangan mereka ada yang beragama Islam.
2) Bahasa
Mereka hanya bercakap dan menulis dalam bahasa Mandarin, Hokkien, dan lain-lain. Tidak ramai yang boleh bercakap English dan inilah yang akan
menyukarkan perjalanan anda untuk melancong kesini.
3) Matawang
Untuk pergi ke mana-mana sahaja di negara China anda
perlu menukar matawang ke yuan atau Renminbi. Di China mereka lebih suka
membahasakan matawang mereka dengan Renminbi. Jangan membawa duit Malaysia
kerana tiada tukaran ringgit ke Yuan di sini.
4) Cuaca
China merupakan negara 4 musim yang mengalami musim
panas, sejuk, luruh dan bunga silih berganti. Untuk kesini, check keadaan musim
disini supaya anda dapat menyediakan pakaian yang bersesuaian.
5) Visa
Rakyat Malaysia perlukan visa untuk memasuki negara
China. Perlu memohon di Kedutaan China di Hampshire Place Office, turun di LRT
Ampang Park. Ada 3 jenis visa iaitu single entry, double entry dan multiple
entry. Setiap pilihan visa adalah berbeza harga dan anda perlu memohon visa
bersesuaian dengan perjalanan anda.
6) Masa
Waktu disini sama seperti di Malaysia.
7) Plug
Plug disini berbeza dengan di Malaysia dan bawa
travel adapter untuk tujuan caj bateri.
8) Internet
Polisi kerajaan China tidak membenarkan rakyat
mereka menggunakan segala aplikasi media social dan juga google. Untuk
menggunakan fb dan juga di China memerlukan anda mendowload aplikasi VPN sebagai
proxy untuk melayari internet. Download sahaja aplikasi VPN sebelum bertolak ke
China.
9) Sim kad
Sim kad China Mobile atau China Unicom agak mahal.
Pastikan anda tahu keperluan internet anda dan jika menggunakan telco yang
menawarkan servis roaming murah, adalah lebih berbaloi untuk roaming sahaja
berbanding membeli sim kad.
10) Kad kredit
China sukar menerima kad kredit malah hampir tidak
menerima pembayaran melalui kad kredit dari bank Malaysia. Bawak duit
secukupnya untuk keperluan membeli belah dan juga memborong di sini.
11) Duit palsu
Seboleh mungkin elakkan menukar wang di money
changer di China. Di sini terdapat banyak wang palsu. Bawa wang secukupnya dan
jika memerlukan wang tambahan lebih baik keluarkan dari mesin ATM.
12) Tanda halal
Perkataan halal dalam bahasa Mandarin adalah Qing
Zhen. Untuk mengenal pasti kedai halal ialah melalui tanda hijau seperti
dibawah.
13) Waktu solat
Untuk menyemak waktu solat ketika di China check
melalui website ini www.islamchina.com
14) Tandas
Perlu bawak botol air untuk memudahkan bersuci.
Disini memang semua tandas tidak ada paip air, ada yang tidak mempunyai pintu
dan bersedia dengan keadaan tandas kotor.
15) Peak season di China
Elakkan bercuti di sini pada waktu-waktu perayaan
dan juga cuti umum disini. Keadaan akan sangat sesak dengan orang tempatan dan
anda akan bermasalah untuk berjalan-jalan dan membeli tiket apabila terpaksa
beratur panjang.
16) Penginapan/ Hotel
Hanya hotel besar dan berbintang sahaja yang dapat
dilihat di jalan-jalan utama dan di sign board tertulis perkataan ‘Hotel” .
Jika anda menginap di hostel murah, kebanyakkan hostel tersebut terletak di
dalam bangunan apartment. Dan hanya hotel tertentu sahaja yang dibenarkan menerima pelancong asing. (Check status hotel tersebut boleh menerima pelancong atau tidak). Anda akan mengalami masalah besar jika receptionist
atau pemilik hostel tidak boleh berbahasa Inggeris. Untuk menempah hotel
disini, pastikan anda mempunyai maklumat lengkap lokasi hote tersebut. Dapatkan
email, we chat, whatsapp atau apa saja yang dapat dihubungi jika anda tersesat
mencari hostel tersebut.
17) Pengangkutan
Tidak perlu risau dengan masalah pengangkutan ketika
di China. Perkhidmatan Metro sangat efisyen dan bergerak dalam selang waktu
yang hanya 5 minit menunggu. Banyak tempat menarik di China boleh diaccess
menggunakan metro. Jaringan pengangkutan train ke antara bandar dan juga negeri
serta wilayah boleh dipilih sama ada menggunakan keretapi laju, biasa, atau
sederhana laju. Pengangkutan udara melalui flight juga turut tersedia.
18) Keselamatan
Disini jika menggunakan Metro, anda akan melihat
askar berjaga di semua pintu masuk dan keluar lengkap dengan senapang. Tidak
cukup dengan itu, setiap kali menggunakan subway, anda diwajibkan untuk
mengimbas segala beg dan badan. Jangan bawa peralatan tajam dan berbahaya
disini seperti gunting, pisau jika tidak ingin menimbulkan masalah. Jika mesin
berbunyi, anda perlu bersoal jawab dengan pegawai yang bertugas dan perlu
mengisi nama di borang berkaitan. (proses seperti mendaftar barang yang
dibawa).
Info bermanfaat di Shenzen klik sini. Info bermanfaat tentang overland ke Hong Kong sini.
Info bermanfaat di Shenzen klik sini. Info bermanfaat tentang overland ke Hong Kong sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan