Banyak info berguna di Shenzen di sini. Untuk panduan overland Shenzen-Hong Kong baca sini
DISQUS SHORTNAME
Sabtu, 6 Oktober 2018
Trip ke Indochina di China: Panduan penting sebelum melancong ke Hong Kong
Kota Shenzen lebih tenang dan aman.
Jalan rayanya tidak sesibuk di Guangzhou. Bandar yang paling dekat dengan Hong Kong. Jika di Shenzen, sangat rugi jika tidak melancong ke Hong Kong. Bersempadan dengan Hong Kong, yang sampai ke Shenzen wajib masuk ke Hong Kong kerana ianya terlalu mudah dan cepat.Tetapi bagi rakyat Malaysia perlu mengambil kira beberapa
perkara sebelum membuat keputusan memasuki Hong Kong.
1) Keperluan visa China
Memandangkan China memerlukan visa tetapi Hong Kong
tidak. Visa berbeza diperlukan mengikut situasi.
a) Single entry China visa
Jika anda hanya masuk sekali sahaja ke China dan
pulang melalui mana-mana airport di China atau keluar dari China dan balik
melalui negara lain. cth. Masuk melalui China balik melalui Hong Kong/ Macau/mana-mana negara.
b) Double entry
Jika anda masuk ke China 2 kali melalui mana-mana
pintu sempadan. Cth. Dari China pergi ke Hong Kong dan masuk balik ke China.
(mohon bertanya di Kedutaan China ketika membuat
visa untuk lebih kepastian).
2) Kos perbelanjaan di Hong Kong
Rancang perjalanan dengan mengambil kira segala
aspek iaitu kos melancong di Hong Kong dan juga keperluan visa. Perbelanjaan di Hong Kong lebih tinggi berbanding di Shenzen. Harga penginapan di Hong Kong
mendadak naik dan sangat berbeza dengan keadaan bilik yang ditawarkan berbanding
harga hotel. Tetapi ituah situasi yang berlaku jika berkunjung ke Hong
Kong. Keadaan bilik di Hong Kong hanya
seluas katil dengan sedikit ruang muat-muat untuk berjalan seorang. Di Hong Kong jika mementingkan keselesaan penginapan perlu sanggup mengeluarkan belanja
tinggi untuk menginap di hotel berbintang dan paling bagus untuk menyewa Air
BnB. Sesuai untuk yang datang melancong bersama-sama keluarga atau melancong
dalam kumpulan. Tidak hanya penginapan, harga makanan di Hong Kong juga agak mahal untuk satu
hidangan.
3) Tiket penerbangan
Lebih baik membuat perjalanan sehala dari China ke Hong Kong/Macau atau route sebaliknya dari Hong Kong/Macau ke China. Route
sehala lebih menjimatkan anda dari membuat visa double entry yang lebih mahal
berbanding single entry. Juga lebih menjimatkan masa dan tenaga tanpa perlu
bergerak ke sana sini 2 kali.
Cadangan route:
1) Macau-Hong Kong-Shenzen-Guangzhou
2) Hong Kong-Shenzen-Macau
3) Guangzhou-Shenzen-Macau-Hong Kong
Banyak info berguna di Shenzen di sini. Untuk panduan overland Shenzen-Hong Kong baca sini
Banyak info berguna di Shenzen di sini. Untuk panduan overland Shenzen-Hong Kong baca sini
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Cari
Like Us
Tabs
Hot in weekRecentComments
Hot in week
-
KUALA LUMPUR: The Malaysian ePassport, has earned the Immigration Department the 2018 Regional ID Document of the Year Award. Immigratio...
-
XIFU Naser telah mengulas tentang penggunaan colok oleh Cina Muslim dalam ruangannya minggu lepas. Ia lanjutan penularan video yang menunju...
-
Di sesetangah negara, sektor pelancongan merupakan sector utama menjana pendapatan negara. Thailand antara negara yang betul-betul memfokus...
Recent
Comments
Follow Instagram
Blog Archieve
- Mei 2020 (1)
- April 2020 (8)
- Mac 2020 (5)
- Oktober 2019 (3)
- Ogos 2019 (1)
- Julai 2019 (3)
- Mei 2019 (2)
- April 2019 (3)
- Mac 2019 (7)
- Februari 2019 (6)
- Januari 2019 (4)
- Disember 2018 (3)
- November 2018 (11)
- Oktober 2018 (30)
- September 2018 (10)
- Ogos 2018 (2)
- Julai 2018 (13)
- Mei 2018 (7)
- April 2018 (13)
- Mac 2018 (15)
- Februari 2018 (8)
- Januari 2018 (10)
- Disember 2017 (3)
- November 2017 (6)
- Oktober 2017 (9)
- September 2017 (5)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan