Jika berada di Shenzen amat mudah untuk melancong ke Hong Kong. Amat senang untuk menyelesaikan urusan merentasi
sempadan China dan Hong Kong secara overland. Border Shenzen di sebelah China dan Hong Kong saling berhubung antara satu
sama lain dan hanya terletak bersebelahan sahaja. Hanya perlu berjalan kaki
dengan mengikut signboard, anda dapat menyelesaikan urusan imigresen di
sempadan Shenzen dan Hong Kong dengan mudah dan cepat. Sempadan di sebelah Shenzen ialah Luohu
manakala di sebelah Hong Kong ialah Lo’wu. Berkongsi sebutan dan ejaan yang
hampir sama. Jangan keliru ok!
Prosedur Imigresen di China
a) Di Shenzen menuju imigresen China
1) Ambik Mrt
ke Louhu Station. Berjalan keluar.
2) Follow sahaja signboard untuk ke imigresen Hong
Kong (berada dalam mall)
3) Ikut prosedur biasa imigresen China untuk cop
passport.
Prosedur imigresen di Hong Kong
b) Memasuki sempadan Hong Kong (terletak bersebelahan mall sahaja)
4) Isi borang Voa dan beratur untuk cop passport
5) Keluar dari pejabat imigresen Hong Kong dan menuju ke MTR
Lo’wu (train station).
6) Beli tiket ikut tempat yang ingin dituju (kawasan
hotel yang ditempah) sama ada Kowloon/ Mongkok/ Tsim Tsa Tsui dsbg.
Sebenarnya Hong Kong dan Shenzen juga turut
dihubungkan melalui pengangkutan air. Jika inginkan kelainan boleh cuba
menggunakan ferry untuk ke dua-dua destinasi ini. Port Shenzen terletak di
Shekou.
Info berguna sebelumnya baca sini. Info selanjutnya tentang Hong Kong di sini.
Info berguna sebelumnya baca sini. Info selanjutnya tentang Hong Kong di sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan