DISQUS SHORTNAME

Khamis, 11 Oktober 2018

Ini sebab Polis India garang dengan pelancong

NEW DELHI: Polis bersenjata di lapangan terbang India diarahkan supaya kurang tersenyum, dengan pegawai menyalahkan serangan pengganas Amerika Syarikat (AS) pada 2001 sebahagiannya kerana memfokuskan secara berlebihan sikap mesra, lapor media tempatan semalam.
Pasukan Keselamatan Perindustrian Pusat (CISF), yang bertanggungjawab terhadap keselamatan penerbangan, akan beralih daripada ‘sistem senyuman lebar’ kepada ‘sistem senyuman seadanya’, lapor akhbar Indian Express dalam satu laporan muka depan.
Akhbar bahasa Inggeris itu berkata, langkah itu menyasar menjadikan CISF ‘lebih berwaspada berbanding mesra.’
“Kita tidak boleh terlebih mesra dengan penumpang kerana satu daripada alasan dipetik mengapa 9/11 berlaku, adalah kebergantungan berlebihan terhadap paparan mesra penumpang,” kata Ketua Pengarah CISF, Rajesh Ranjan dipetik sebagai berkata.
Ranjan juga berkata, kakitangan CISF akan dilatih dalam analisis tingkah laku oleh perunding antarabangsa.
India menyaksikan peningkatan enam kali ganda jumlah penumpang sejak sedekad lalu ketika rakyatnya mengambil peluang perhubungan lebih baik dan tambang murah dalam sektor persaingan tinggi itu.
Namun lapangan terbang bergelut menangani peningkatan itu dan analisis memberi amaran, kerajaan perlu membelanjakan bilion dolar untuk meningkatkan kapasiti dan keselamatan.
Awal bulan ini, kerajaan berkata, sesetengah penumpang domestik boleh meninggalkan pas berlepas di rumah, berikutan teknologi pengesan wajah dipasang di lapangan terbang. -AFP
Tarikh: 10 Oktober 2018
Sumber: https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2018/10/484067/jangan-senyum-polis-lapangan-terbang-india-bertukar-garang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cari

Like Us

Hot in week

Recent

Comments

Follow Instagram

Translate

item