Tidak hanya mempunyai gudang dan mall yang
menempatkan lokasi khusus untuk memborong. Di Guangzhou juga tidak kalah dengan
tempat menarik lain yang boleh dilawati. Sejarah kedatangan Islam di China
bermula di Guangzhou yang dulunya dikenali sebagai Canton. Masjid dan pelbagai
landmark lain di kota ini perlu dilawati untuk mengetahui bagaimana sejarah
Canton bermula dan hari ini bandar ini menjadi tumpuan pemborong seluruh dunia.
Tempat-tempat menarik di Guangzhou:
Tempat-tempat menarik di Guangzhou:
1) Canton tower
Merupakan mercu tanda Guangzhou.
Tower ini akan mengadakan pertunjukan cahaya berwarna warni pada waktu malam. Untuk
ke sini datang pada waktu malam lebih menarik dan meriah dengan pemandangan
berwarna-warni silih berganti di bangunan ini. Turun di stesen Canton Tower, exit
B, naik tangga dan ikut sign board ke sighseeing Canton Tower. Akan sampai
terus di dataran Canton Tower tempat orang ramai berkumpul melihat pertunjukkan
api warna-warni.
2) River Cruise at Pearl River
Jika ke Canton Tower, boleh menaiki
river cruise yang bergerak mengelilingi sungai membawa anda menikmati kota
Guangzhou dari ferry. Tambang cruise yang tidak terlalu mahal dan masih lagi
berbaloi untuk dinaiki.
3) Yiu xie park
Taman di tengah2 kota batu di
Bandar Guangzhou. Siapa sangka pemerintah China masih mengekalkan hutan hijau
untuk aktiviti riadah masyarakat Guangzhou. Taman ini sangat besar dan
bertingkat-tingkat dengan keluasan 920, 000 meter. Untuk kesini, sediakan
tenaga yang mencukupi untuk jalan-jalan di sekitar taman ini. Turun di stesen
Yie Xie Park, exit B1 ke pintu utama taman. Disini juga terletaknya Five Ram Statue.
4) Shamian Island
Pulau yang agak terpisah sedikit
dari tanah besar merupakan antara tempat tumpuan pelancong di Guangzhou. Kawasan
terpenting pada zaman Dinasti Qing. Tempat ini menjadi tumpuan untuk kaki
photographer dan wedding mengabadikan kenangan di sini. Boleh masuk dengan
percuma. Untuk ke sini turun di Huansgsha Station, exit 4, lintas Sky Bridge
dan jalan terus. Waktu paling sesuai ke sini ialah antara bulan September ke
November. Elakkan datang pada hujung minggu.
5) Sun Yat Sen Memorial Hall
Memorial Dr Sun Yat Sen yang
merupakan watak terpenting yang mencetuskan revolusi di China yang juga
presiden China yang pertama. Beliau juga merupakan seorang doctor perubatan. Stesen
yang terdekat adalah Sun Yat Sen.Memorial Hall.
Abadikan segala kenangan melancong anda ke Photobook. Buat photobook dengan harga murah dan berbaloi-baloi. Klik disini>>>Photobook Malaysia mengabadikan kenangan travel anda
Abadikan segala kenangan melancong anda ke Photobook. Buat photobook dengan harga murah dan berbaloi-baloi. Klik disini>>>Photobook Malaysia mengabadikan kenangan travel anda
6) Muzium Seni Guangzhou
Terletak dalam kawasan Yiu Xie Park
tetapi perlu bayar sebelum memasukinya. Muzium yang menempatkan sejarah
berkaitan kaligrafi China, lukisan, batuan dan sebagainya.
7) Shopping
Aktiviti wajib jika berkunjung ke
Guangzhou ialah membeli belah. Status sebagai bandar borong dunia menjadikan
aktiviti membeli belah di sini berbaloi-baloi dan lebih menjimatkan. Banyak
mall yang boleh dikunjungi bergantung kepada barang yang hendak dibeli.
8) Melawat masjid
Guangzhou merupakan tempat
persinggahan pertama saad bin abi waqas semasa mula2 berdakwah di China.
Justeru, disini terdapat masjid yang sangat bersejarah bersempena dengan
kedatangan Islam di China iaitu Masjid Huang Sheng dan juga Masjid Saad bin Abi Waqas.
Untuk lebih banyak tempat menarik
di Guangzhou, lawati www.topchinatravel.com
Info sebelumnya baca sini. Info best seterusnya sini
Info sebelumnya baca sini. Info best seterusnya sini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan