DISQUS SHORTNAME

Isnin, 15 Oktober 2018

Air Asia promo tiket sehingga 70% diskaun. Cepat grab gaiss!

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan kos rendah AirAsia menawarkan diskaun sehingga 70 peratus bagi semua destinasi mulai hari ini sehingga 28 Oktober.


Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat penerbangan itu berkata tempahan boleh dibuat di airasia.com dan aplikasi mudah alih untuk perjalanan segera sehingga 30 Jun 2019.

Ketua Pemasaran Kumpulan AirAsia, Amanda Woo berkata terdapat lebih 130 destinasi di seluruh rangkaian AirAsia dan AirAsia X untuk semua orang menikmatinya.

"Seperti biasa, ahli AirAsia BIG akan menikmati lebih banyak tawaran yang termasuk diskaun segera apabila mereka menempah terus di laman web dan di aplikasi mudah alih kami," katanya.

Pelanggan boleh menikmati tambang yang sangat rendah dari Kuala Lumpur ke Changsha, Tokyo, Kolkata, Bali, Phuket, Siem Reap, Yangon, Manila, Singapura, Kota Kinabalu dan banyak lagi destinasi.

Tarikh: 15 Oktober 2018
Sumber: http://www.astroawani.com/berita-bisnes/airasia-tawar-diskaun-sehingga-70-peratus-188311

-- BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cari

Like Us

Hot in week

Recent

Comments

Follow Instagram

Translate

item