KUALA LUMPUR – Impian kira-kira 120 individu untuk menikmati percutian ke benua Eropah lebur selepas mereka terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang kelmarin dipercayai akibat ditipu oleh sebuah agensi pelancongan.
Kesemua mangsa yang tiba dari negeri di utara dan selatan tanah air turut mengalami kerugian lebih RM810,000 selepas dimaklumkan nama mereka tiada nama senarai penumpang untuk penerbangan ke Turki, Paris serta Santorini.
Selain itu, tiada wakil agensi pelancongan berkenaan di lokasi sebaliknya rata-rata mereka yang menunggu sejak tengah hari telah menerima panggilan pada pukul 9.35 malam daripada agensi itu memaklumkan penerbangan mereka dibatalkan.
Tarikh: 9 Februari 2019
Sumber: http://www.kosmo.com.my/negara/120-pelancong-terkandas-di-klia-1.837498?fbclid=IwAR2HDHoOf8b0s5HiJ42SUZryMuEiMveH8mx4MzpSlkPjhStDQe3vkDtNkPc#.XF515pnINY4.facebook
Tiada ulasan:
Catat Ulasan