Kesedaran individu penting untuk memastikan keselamatan diri, harta benda supaya tidak menjadi mangsa penyeludupan sindiket dadah antarabangsa. Pelancong perlu menyedari sindiket-sindiket ini menjadikan airport sebagai cara paling cepat untuk penghantaran dadah ke luar negara. sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa sindiket ini tanpa disedari.
Adalah amat penting untuk pelancong mengetahui trick-trick yang digunakan oleh sindiket ini untuk mengaburi atau menjadikan anda kambing hitam membawa barang terlarang ke luar negara. Baca langkah keselamatan penting ini semasa di airport.
Semasa di airport, sangat perlu untuk menjadi manusia kejam yang pentingkan diri sendiri demi keselamatan diri sendiri. Jangan menolong sesiapa sahaja yang meminta anda untuk tengok-tengokkan begnya atau meninggalkan bagasinya kepada anda semata-mata untuk ke tandas dan sebagainya.
Anda sudah tentu tidak ingin merengkot dalam penjara kerana kecuaian kecil akibat terlalu percaya dengan orang dan atas sikap anda yang terlalu baik hati menolong sesiapa untuk check in barang, melihat beg dan sebagainya. Walau apa jua alasan yang diberikan termasuk jika ingin dibayar untuk check in barang orang lain atas nama anda, keputusan yang mesti anda buat ialah "NO".
Jika perlu untuk menggunakan tandas, bawa beg bersama ke dalam tandas. Jangan sesekali meninggalkan beg anda tanpa pemantauan. Jika tidak dicuri mungkin anda bakal menjadi mangsa sindiket dadah antarabangsa yang sentiasa mencari mangsa untuk menjadi kambing hitam. Jika perlu, rancang masa untuk ke toilet dan sebagainya supaya anda tidak perlu meninggalkan beg..
Pembelian SMART SAFETY INNER klik travel safety shop