DISQUS SHORTNAME

Selasa, 6 Februari 2018

Trip Indochina di Vietnam: 6 tempat menarik wajib pergi di Ho Chi Minh City, Vietnam

Tidak sah jika tidak ke tempat menarik jika pergi melancong. 6 tempat menarik ini wajib pergi jika anda ke Ho Chi Minh City.

1. Saigon Central Post Office - Rekaan dalaman sangatlah unik dan cantik. Kagum sekejap bila masuk dalam bangunan ni. Info menarik utk di kongsi dan bagi sesiapa yg belum tahu, Ho Chi Minh di namakan sempena nama bekas Perdana Menteri mereka iaitu Ho Chi Minh sendiri. Kelakar bukan? *saya pun baru tahu. Hihi..


2. Pasar Ben Thanth - Pasar ni di buka seawal pagi tapi sayangnya malam dah tutup. Pasar ni memang besar, nak jalan pon tk habis. Pastikan korang bawa duit lebih sbb macam2 barang di jual tapi hati2 dengan makanan dia. Takut tak halal. Berhati2 juga dengan orang sekeliling, takut ada yg mencuri.

3. Jalan Malaysia - Jalan ni terletak bersebelahan Pasar Ben Thanth. Jalan ni di namakan Jalan Malaysia sebab ramai sangat orang Malaysia di sini. Selain shopping, makanan halal pon banyak di sini dan begitu juga dgn hotel bajet.
                                          
4. Cu Chi Tunnel - Tempat ni merupakan sejarah peperangan Vietnam & America. Terdapat kesan2 peperangan di tayangkan spt kereta kebal buatan America, kawasan yg di bom, dan bnyk lagi. Di khabarkan terdapat lebih kurang 5000 lubang di bina bagi memasuki terowong bawah tanah. Pengunjung boleh merasai pengalaman memasukit terowong bawah tanah. Free je nak masuk tu. Kalau nak merasai pengalaman menembak pun boleh juga, tapi agak mahal, satu bullet dkt RM11.00.

5. Sungai Mekong - Tempat wajib pergi bila dah sampai sini. Rasa tak lengkap kalau tk singgah. Bila naik sampan ni, terasa sedih dengan kesusahan rakyat Vietnam sampai mereka cakap "terima kasih kerana datang dan tolong kami". Bagi tips okay dkt diaorang.

6. Muzium Perang - Sejarah peperangan di coretkan di muzium ini. Muzium ni 3 tingkat. Pelbagai senjata di pamerkan. Kesengsaraan orang vietnam juga di tayangkan. Sangat perit. Nak tahu? Kenalah pergi n baca. Hehe

Banyak lagi tempat menarik utk di kongsi tapi setakat ini shj coretan saya. Papepun, diorang memang best. 👍
kredit-Hafiz (fb)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Cari

Like Us


Hot in week

Recent

Comments


Follow Instagram

Translate

item