DISQUS SHORTNAME

Ahad, 25 November 2018

Penang Central dibuka secara rasmi

Penang Sentral iaitu terminal canggih di utara yang terletak di Butterworth telah mula beroperasi 22 November 2018.Berbeza dengan TBS, Penang Sentral turut menghubungkan feri, selain bas, teksi dan Komuter/KTM.


Penang Sentral mempunyai keluasan 82,000 kp dan dijangka akan menerima kunjungan 3,000 orang setiap hari pada hari2 biasa dan akan meningkat pada hari cuti. Ianya menyediakan perkhidmatan:

- 250 perjalanan bas ekspress
- 500 bas tempatan henti2
- 32 perjalanan Komuter
- 10 perjalanan ETS
- 50 perjalanan feri pergi balik.

                                    
Terdapat 38 kaunter tiket bas dengan kemudahan canggih layan diri. Dan ada 580 tempat meletak kereta yang turut disediakan untuk kemudahan pengunjung. Sehingga kini hampir 90% ruang niaga juga telah pun disewakan bagi pelbagai perniagaan. 
 Disini jadual perjalanan bas ekspres lengkap dipaparkan di skrin seperti di Airport. Menariknya, ada tempat untuk bersantai di luar untuk menghirup angin laut sambil melihat pemandangan indah Pulau Pinang dari sini.
Anda juga boleh membeli pas bulanan tempat meletak kereta di sini untuk lebih berjimat bagi yang kerap menggunakannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cari

Like Us

Hot in week

Recent

Comments

Follow Instagram

Translate

item