Tiada siapa inginkan musibah. Musibah datang tanpa diundang dan pergi tanda dihalau. Semua perkara berlaku dengan sebab dan musabab.Setiap manusia tidak akan tahu apa yang bakal berlaku sesaat dari sekarang. Tetapi, manusia perlu bersedia dan berhati-hati mengelakkan musibah daripada datang menerjah kepadanya. Jadi mereka perlu mengurus sesuatu untuk mengelakkan musibah dan mendatangkan kebaikan.
Bagi pengembara atau backpackers atau pelancong atau
apa sahaja gelaran, isu keselamatan dan kesihatan ketika melancong adalah isu
penting yang perlu diambil perhatian serius. Ramai yang memikirkan tiket
penerbangan atau passport adalah keperluan utama untuk melancong tetapi gagal
menyediakan diri dengan ilmu keselamatan dan kesihatan ketika travel.
Jika passport adalah perkara utama yang perlu
disediakan untuk memasuki sesebuah negara kerana faktor keselamatan, maka ada
satu lagi aspek yang harus difikirkan oleh para pelancong atau pengembara iaitu
aspek kesihatan.Tanpa jaminan keselamatan
diri dan negara serta tahap
kesihatan diri yang baik tidak mungkin
aktiviti melancong boleh dilakukan.
Melancong bermakna anda berjalan di negara orang
sebagai orang asing tanpa mengetahui keadaan semasa, budaya masyarakat
setempat, keadaan politik negara, juga dalam keadaan suasana dan bahasa yang
sangat asing.Persiapan sebelum bercuti di negara orang memerlukan anda membuat
persiapan rapi.
Banyak isu keselamatan dan kesihatan ketika travel
yang telah berlaku. Ada pelancong yang mendapat musibah kehilangan duit kerana
dirompak, scam, pick pocket atau terjatuh, dimasukkan ke hospital di negara
asing kerana terkena serangan stroke, jantung atau cirit birit ketika travel
malah ada yang sampai meninggal dunia. Ini semua kisah benar yang sememangnya
berlaku.
Tertimpa musibah di negara orang bukan hanya
merencatkan perjalanan percutian anda, tetapi menyebabkan anda ditimpa musibah
bertimpa-timpa. Risiko sakit di luar negara memerlukan anda berhadapan dengan musibah
tersebut dengan kekuatan emosi, jiwa, tenaga, dan perlu bersedia menanggung
jumlah perbelanjaan rawatan yang besar.
Semua orang tidak menginginkan sesuatu perkara buruk
berlaku bukan sahaja ketika travel malah fitrah manusia hanya menginginkan kehidupan
ini berjalan dengan keseronokan dan riang tawa. Justeru, persediaan tentang
perkara berkaitan keselamatan dan kesihatan perlu dilakukan sebelum, semasa dan
selepas travel.
Antara aspek keselamatan dan kesihatan ketika travel
iaitu
1) Travel insurans untuk perlindungan keselamatan
dan kesihatan ketika travel
2) Keselamatan diri dan barangan ketika di airport
3) Persediaan keselamatan dan kesihatan sebelum
melancong
4) Keselamatan passport
5) Keselamatan wang
6) Kesihatan kulit dan badan
7) Keselamatan dan kesihatan makanan apabila travel
8) Keselamatan penginapan
9) Pengambilan ubat-ubatan
10) Keperluan vaksin
Artikel bersambung
Tiada ulasan:
Catat Ulasan