DISQUS SHORTNAME

Rabu, 14 November 2018

Panduan lengkap memohon visa China

Hai semua! Kali ni penulis nak kongsi tips dan panduan lengkap untuk dapatkan visa China.

Langkah-langkah: 
1. Permohonan visa China boleh dibuat secara online di pautan berikut :
https://www.visaforchina.org/…/howt…/quickaccess/index.shtml

2. Sila klik 'Enter' di kotak application form.
 

3. Kemudian akan keluar instruction for online visa. Di sini kalau rajin dan banyak masa boleh baca satu per satu. Kalau malas boleh terus scroll sampai bawah dan jumpa butang 'next'. Klik butang itu dengan sopan.

4. Seterusnya akan keluar paparan seperti gambar ke 3. Untuk makluman, terdapat 2 visa centre iaitu di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang dan anda boleh letak 'Kuala Lumpur' untuk kedua-dua lokasi ini. Anda hendaklah memasukkan verification code dan klik 3 pilihan urusan. Untuk permohonan pertama kali, pilih A. Jika anda sudah memohon dan simpan maklumat tapi belum submit, boleh pilih B.
5. Gambar ke-4 merupakan borang yang anda perlu isi. Tiada apa yang perlu digusarkan kerana common details sahaja. Macam family details tu penulis letakkan semua kaum kerabat penulis.
6. Di gambar ke 5, anda perlu pilih jenis visa dan tempoh yang dikehendaki. Menurut maklumat yang diberikan, visa hanya dikeluarkan untuk single entry dan two entries for 3-6 months. (mohon share kalau maklumat ni tak betul)
7. Anda hendaklah list mengikut turutan tempat yang anda akan lawati. Anda juga dikehendaki mengisi ruangan negara yang dilawati dalam tempoh setahun.
8. Selesai anda submit, sila print keluar borang dan terus tandatangan di ruangan bertanda merah.
9. Sebelum anda ke Visa Centre, pastikan anda telah sediakan perkara berikut ;
 Borang Visa yang siap tandatangan.
 Salinan Itinerary Flight.
 Salinan Pasport.
 Gambar background putih 2 keping.
 Passport sekurangnya valid 6 bulan
10. Urusan di visa center sangat mudah dan lancar. Petugas di kaunter akan check segala maklumat sebelum diberi nombor giliran. Anda akan diberi satu slip untuk urusan collection passport anda. Anda boleh wakilkan pihak lain untuk urusan ini kerana tiada proses biometrik seperti visa India. Mengikut pengalaman penulis, visa ini mengambil masa 7-8 hari untuk visa normal, kalau urgent boleh pilih express. Bayaran dibuat secara tunai di kaunter. Refer gambar terakhir untuk kadar bayaran.


Sumber: Fb Chey Chen

Ahad, 11 November 2018

Air Asia batal route ke Auckland: Ini pilihan route alternatif


Air Asia telah membuat pengumuman rasmi untuk membatalkan route dari Auckland, New Zealand bermula Februari 2019. Tetapi korang jangan risau, ini ada beberapa laluan yang korang boleh pilih untuk ke Auckland, New Zealand dikongsikan oleh Maya Mayati di Facebooknya.

Pada masa akan datang, akses dari Kuala Lumpur ke New Zealand boleh dilakukan melalui beberapa opsyen. Anda masih boleh mengambil pilihan penerbangan 
1) Tambang murah Air Asia melalui destinasi Australia seperti Sydney, Melbourne-Avalon dan Gold Coast.
2) Seterusnya, mengambil penerbangan dengan syarikat tambang murah tempatan seperti Jetstar ke destinasi New Zealand seperti Auckland, Christchurch atau Queenstown.Kaedah ini masih menjimatkan dan keperluan visa di Australia adalah tertakluk kepada tempoh masa sesuatu transit.
3). Bagi pilihan menggunakan syarikat penerbangan premium, Malaysia Airlines masih menawarkan penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Auckland.
4) Selain itu, Singapore Airlines juga turut ke Auckland dan Christchurch, dengan pilihan penerbangan yang akan transit di Changi dan Australia.

Berdasarkan pemerhatian, penerbangan melalui code-shares airlines ini dilihat lebih efektif dan memudahkan kerana tempoh transit kebiasaannya tidak melebihi 8 jam.

Jika anda mempunyai perancangan transit di Australia, dan tempohnya adalah kurang dari 8 jam serta tiada keperluan meninggalkan kawasan transit, anda tidak memerlukan visa transit.

Kebiasaannya, kaedah ini adalah terpakai bagi code-shares airlines seperti saya nyatakan tadi.
Maklumat visa transit boleh rujuk di sini:
https://www.homeaffairs.gov.au/…/do-i-need-a-visa-to-transi…

Walau bagaimanapun, sekiranya anda memilih penerbangan berbeza (bukan code-shares) yang memerlukan anda keluar dari kaunter imigresen bagi mendapatkan connecting flight, keperluan visa bagi memasuki Australia menjadi suatu kemestian.

Visa ini perlu dimohon lebih awal dari Malaysia dan tertakluk kepada kelulusan oleh pihak berkuasa Australia.
Maklumat berkenaannya seperti berikut:
https://www.homeaffairs.gov.au/trav/visa-1/601-
Sekian. Moga membantu!

Kredit: Fb Hawa Mayati 

Sabtu, 10 November 2018

Wabak Measles melanda Thailand: hati-hati jika korang pergi Selatan Thailand dalam masa terdekat


Pihak Kesihatan Thailand kini sedang bertungkus lumus untuk mengawal wabak Measles yang sedang melanda penduduk di Selatan Thailand. Lebih 1500 kes telah dilaporkan dengan 14 kematian. Mangsa terbesar akibat wabak ini adalah di kalangan kanak kanak
 Majoriti penduduk yang terjejas akibat wabak Measles ini adalah dikalangan mereka yang beragama Islam. Salah faham mengenai vaksin merupakan punca sesetengah penduduk mengambil risiko dan menyebabkan liputan vaksinasi di kawasan terjejas hanya 60%

 95% populasi perlu di vaksinasi untuk mencegah kejadian wabak . Anggota kesihatan di Selatan Thai sedang giat berusaha untuk memberi kesedaran dan meluaskan liputan vaksinasi. Majlis Agama Islam Thailand juga turut berusaha untuk menyakinkan penduduk tempatan.

* Measles merupakan penyakit yang boleh di cegah dengan vaksinasi.
* Sekiranya anak anda telah mengalami keciciran, pintu sentiasa terbuka untuk anda melengkapkan immunisasi.

Jumaat, 9 November 2018

Berita baik untuk backpacker: Anda dibenarkan kerja petik buah sehingga 3 tahun melalui peraturan baru Kerajaan Australia


Kerajaan Australia telah mengumumkan akan memanjangkan tempoh visa bagi pengembara backpackers ke negara berkenaan untuk tinggal lebih lama bagi menampung kekurangan tenaga kerja di ladang-ladang buah menjelang musim menuai. Menerusi laporan Business Times, perubahan peraturan visa backpacker yang baru itu membolehkan anak muda ke negara berkenaan untuk mencari pekerjaan untuk tinggal sehingga 3 tahun dengan syarat mereka perlu bekerja di dalam sektor pertanian untuk tempoh sekurang-kurangnya enam bulan.

Melalui syarat lama di mana pekerja-pekerja ini hanya dibenarkan untuk tinggal selama setahun dan tambahan satu tahun lagi sekiranya mereka bekerja di ladang-ladang di wilayah utara yang terpencil. 
Bermula Julai tahun depan, visa berkenaan akan dipanjangkan sehingga ke  tahun ketiga sekiranya mereka meluangkan masa untuk bekerja di wilayah terpencil dimana pengusaha-pengusaha ladang buah menderita kerana kekurangan pekerja. 

Peraturan tersebut diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri Australia, Scott Morrison ketika bertemu dengan pengusaha tanah pertanian di wilayah Queensland. Pengumuman tersebut dibuat menjelang pilihan raya umum Mei depan.


Kerajaan Australia sebelumnya mengenakan peraturan ketat termasuklah memendekkan tempoh visa bagi menghalang kemasukan imigran secara berterusan ke negara berkenaan bagi memulakan kehidupan baru.
Bagaimanapun, sektor pertanian berhadapan dengan kesan buruk akibat peraturan ketat yang diamalkan terutamanya ketika musim menuai.

Untuk tempoh 2017 sehingga 2018, Australia mengeluarkan visa kepada lebih 200 ribu orang pekerja imigran dengan Perancis dan Jerman menjadi negara tertinggi dalam kalangan 45 negara yang menerima visa tersebut.
Kajian sebelum ini mendedahkan kebanyakan pekerja-pekerja imigran ini merupakan pelajar-pelajar antarabangsa yang menuntut di universiti-universiti tempatan.


Tarikh: 8 September  2018
sumber: http://www.sinarharian.com.my/global/australia-benarkan-backpakers-tinggal-lebih-lama-1.902043?fbclid=IwAR1JU3uKGF2lTQcbYajBICEJ7ylwpezCkBHcOwO0b7Stl9D5RUVUH3BPA0g


Ahad, 4 November 2018

Airport terbesar di dunia: Istanbul Grand Airport kini dibuka


2 hari lepas tanggal 29 Oktober 2018 adalah hari pelancaran pembukaan airport yang ketiga di Istanbul iaitu Istanbul Grand Airport yang dihadiri oleh beberapa pemimpin seluruh dunia. Tarikh itu adalah bersempena dengan ulang tahun kerajaan Republik Turki yang ke-95


Ia mampu menampung 114 aircraft pada masa yang sama, serta membuka peluang pekerjaan di Istanbul seramai 225,000 orang dan mempunyai sekitar 3,000 jadual penerbangan dalam sehari
.
Terletak di Arnavutköy, Istanbul yang berada di bahagian Eropah, Istanbul. Cara yang terbaik untuk menggunakan pengangkutan awam adalah
1. Gunakan Airport Transfer daripada Hotel
2. Bus Havataş (Shuttle Bus) daripada IGA ke Taksim, daripada Taksim anda boleh menaiki tramvay ke Sultanahmet
.
Jarak
Atatürk ---> Sultanahmet 🕌 : 23.0 km
IGA ---> Sultanahmet 🕌 : 47.8 km
IGA ---> Point Hotel (Havataş) 48 km
Point Hotel (Tramvay) ---> Sultanahmet 🕌 : 8 km (8 perhentian)

Sumber: https://www.facebook.com/groups/backpackers.buddies.malaysia/permalink/2025467604182173/



Cari

Like Us


Hot in week

Recent

Comments


Follow Instagram

Translate

index