DISQUS SHORTNAME

Selasa, 4 Disember 2018

Panduan keselamatan dan kesihatan jika berlaku kecemasan di Singapore dan Thailand

Kecemasan selalunya berlaku tanpa diduga. Jika anda tiba-tiba ditimpa kecemasan akibat musibah yang tidak dijangka, disini dikongsikan panduan segera yang perlu dilakukan bagi tujuan keselamatan dan kesihatan pesakit. 

Tips apabila berlaku masalah kesihatan atau ketika melancong di Singapore dan Thailand terutamanya yang tidak membeli travel insurans. 

1) Dapatkan dan simpan nombor telefon ambulance swasta yang beroperasi di Johor Bahru.
2) Segera transfer pesakit balik ke Malaysia jika tidak serius.
3) Jangan buat operation di Hospital Singapore jika kecederaan boleh di transfer ke Johor Bahru. Kos perubatan di Singapore akan menelan belanja yang besar kerana kadar tukaran ringgit 3 kali ganda berbanding Ringgit Malaysia.
4) Pastikan ambulance Malaysia yang digunakan berdaftar sebagai sebuah Ambulance. Check roadtax ambulance untuk pengesahan. Jika kenderaan tersebut sebuah ambulance yang sah dan dilengkapi Insurance, nilai roadtax adalah RM0.00. Jangan mengadai nyawa dan menambah masalah dengan ambulance yang tidak berdaftar.
5) Jika keadaan membenarkan pesakit untuk dipindahkan, pesakit perlu berkeras dengan pihak hospital di Singapore untuk segera pindah ke hospital di sekitar Johor Bharu. Pihak hospital tiada hak menahan pesakit untuk pindah ke hospital lain. Lagi lama di hospital Singapore, jumlah bil anda meningkat. 

Untuk di Thailand yang boleh menggunakan Land Transfer, prosedur lebih kurang sama. 

Gambar: Medic Care Services 

Kredit artikel diubahsuai dari Fb Ali Alfamia 

Jumaat, 30 November 2018

Pelepasan Air Asia berpindah ke terminal 2 di Airport Jakarta


Alert! Tiada lagi pengumuman penerbangan di KLIA dan KLIA2

KUALA LUMPUR: Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur KLIA dan KLIA2 akan turut serta dalam kempen Silent Airport, bermula Disember ini.

Dalam satu kemaskini di akaun Twitter, Malaysia Airlines memaklumkan tiada lagi pengumuman di kedua-dua buah lapangan terbang itu dan meminta penumpang merujuk kepada papan informasi digital yang ada di dalam lapangan terbang untuk sebarang maklumat terbaharu dan penting.

Kempen Silent Airport merupakan satu polisi yang dimulakan sejak beberapa tahun lalu, di mana jumlah pengumuman menerusi pembesar suara dikurangkan.

Pengumuman yang dibuat hanya akan membabitkan situasi kritikal, atau perubahan saat akhir.

Antara lapangan terbang yang telah menyertai kempen ini adalah Lapangan Terbang London City, Lapangan Terbang Antarabangsa Cape Town dan Lapangan Terbang Helsinki. 

Tarikh: 30 November 2018
Sumber: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/tiada-lagi-pengumuman-di-klia-klia2-192482

Ahad, 25 November 2018

Penang Central dibuka secara rasmi

Penang Sentral iaitu terminal canggih di utara yang terletak di Butterworth telah mula beroperasi 22 November 2018.Berbeza dengan TBS, Penang Sentral turut menghubungkan feri, selain bas, teksi dan Komuter/KTM.


Penang Sentral mempunyai keluasan 82,000 kp dan dijangka akan menerima kunjungan 3,000 orang setiap hari pada hari2 biasa dan akan meningkat pada hari cuti. Ianya menyediakan perkhidmatan:

- 250 perjalanan bas ekspress
- 500 bas tempatan henti2
- 32 perjalanan Komuter
- 10 perjalanan ETS
- 50 perjalanan feri pergi balik.

                                    
Terdapat 38 kaunter tiket bas dengan kemudahan canggih layan diri. Dan ada 580 tempat meletak kereta yang turut disediakan untuk kemudahan pengunjung. Sehingga kini hampir 90% ruang niaga juga telah pun disewakan bagi pelbagai perniagaan. 
 Disini jadual perjalanan bas ekspres lengkap dipaparkan di skrin seperti di Airport. Menariknya, ada tempat untuk bersantai di luar untuk menghirup angin laut sambil melihat pemandangan indah Pulau Pinang dari sini.
Anda juga boleh membeli pas bulanan tempat meletak kereta di sini untuk lebih berjimat bagi yang kerap menggunakannya.

Rabu, 14 November 2018

Panduan lengkap memohon visa China

Hai semua! Kali ni penulis nak kongsi tips dan panduan lengkap untuk dapatkan visa China.

Langkah-langkah: 
1. Permohonan visa China boleh dibuat secara online di pautan berikut :
https://www.visaforchina.org/…/howt…/quickaccess/index.shtml

2. Sila klik 'Enter' di kotak application form.
 

3. Kemudian akan keluar instruction for online visa. Di sini kalau rajin dan banyak masa boleh baca satu per satu. Kalau malas boleh terus scroll sampai bawah dan jumpa butang 'next'. Klik butang itu dengan sopan.

4. Seterusnya akan keluar paparan seperti gambar ke 3. Untuk makluman, terdapat 2 visa centre iaitu di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang dan anda boleh letak 'Kuala Lumpur' untuk kedua-dua lokasi ini. Anda hendaklah memasukkan verification code dan klik 3 pilihan urusan. Untuk permohonan pertama kali, pilih A. Jika anda sudah memohon dan simpan maklumat tapi belum submit, boleh pilih B.
5. Gambar ke-4 merupakan borang yang anda perlu isi. Tiada apa yang perlu digusarkan kerana common details sahaja. Macam family details tu penulis letakkan semua kaum kerabat penulis.
6. Di gambar ke 5, anda perlu pilih jenis visa dan tempoh yang dikehendaki. Menurut maklumat yang diberikan, visa hanya dikeluarkan untuk single entry dan two entries for 3-6 months. (mohon share kalau maklumat ni tak betul)
7. Anda hendaklah list mengikut turutan tempat yang anda akan lawati. Anda juga dikehendaki mengisi ruangan negara yang dilawati dalam tempoh setahun.
8. Selesai anda submit, sila print keluar borang dan terus tandatangan di ruangan bertanda merah.
9. Sebelum anda ke Visa Centre, pastikan anda telah sediakan perkara berikut ;
 Borang Visa yang siap tandatangan.
 Salinan Itinerary Flight.
 Salinan Pasport.
 Gambar background putih 2 keping.
 Passport sekurangnya valid 6 bulan
10. Urusan di visa center sangat mudah dan lancar. Petugas di kaunter akan check segala maklumat sebelum diberi nombor giliran. Anda akan diberi satu slip untuk urusan collection passport anda. Anda boleh wakilkan pihak lain untuk urusan ini kerana tiada proses biometrik seperti visa India. Mengikut pengalaman penulis, visa ini mengambil masa 7-8 hari untuk visa normal, kalau urgent boleh pilih express. Bayaran dibuat secara tunai di kaunter. Refer gambar terakhir untuk kadar bayaran.


Sumber: Fb Chey Chen


Cari

Like Us


Hot in week

Recent

Comments


Follow Instagram

Translate

index