DISQUS SHORTNAME

Isnin, 20 Mei 2019

PTPTN pertimbangkan semula sekatan ke luar negara

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional(PTPTN) mungkin akan memperkenalkan semula sekatan perjalanan ke luar negara terhadap peminjam yang gagal membayar balik pinjaman jika perkara itu dimahukan orang ramai.
Dalam taklimat media bersama pentadbiran tinggi PTPTN hari ini, termasuk pengerusi Wan Saiful Wan Jan, perbadanan itu sedang melihat beberapa cadangan lain untuk mengutip baki pinjaman pendidikan.
Menurut Timbalan CEO PTPTN, Mastura Mohd Khalid, ini termasuk cadangan menyekat peminjam daripada memperbaharui pasport, lesen, cukai jalan dan lesen perniagaan kepada kabinet.
Sekatan perjalanan merupakan kaedah paling berkesan oleh PTPTN dalam usaha mengumpul balik bayaran pinjaman daripada peminjam yang gagal membuat bayaran, jelas Mastura kepada wakil media.
"Lebih daripada dua pertiga peminjam PTPTN yang gagal bayar balik pinjaman, mula membayar balik selepas pihak kami mengenakan sekatan perjalanan. Daripada satu juta peminjam yang gagal membayar balik hutang, 684,000 daripadanya membuat kembali melunaskan bayaran pinjaman, hanya 332,000 sahaja yang masih tidak membuat sebarang pembayaran.
"Bagaimanapun, kaedah ini dihentikan kerana ia menyebabkan kesulitan (kepada peminjam yang mahu melakukan perjalanan ke luar negara) kerana mereka dihalang (daripada meninggalkan negara) di pintu keluar sempadan.
"Kini, (antara) cadangan yang kami terima untuk PTPTN, peminjam yang tidak membuat bayaran dilarang memperbaharui pasport, lesen memandu, cukai jalan dan juga menyiarkan gambar mereka di khalayak ramai serta menyenarai hitam ahli keluarganya daripada pinjaman pendidikan PTPN," katanya lagi.
Pada 26 Jun, Wan Saiful mengumumkan sekatan perjalanan terhadap peminjam yang ingkar ditarik balik. Sebanyak 429,945 peminjam PTPTN yang disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen turut dibatalkan.
Menghapuskan dasar menyenarai hitam peminjam PTPTN yang tidak membayar hutang merupakan antara manifesto PH untuk Pilihan Raya Umum Ke-14.
Janji lain mengenai PTPTN adalah menangguhkan pembayaran balik kepada peminjam yang memperoleh gaji kurang daripada RM4,000 sebulan.
Menurut Wan Saiful, PTPTN sedang mengumpul maklumbalas daripada orang awam berkenaan cadangan-cadangan yang diterimanya buat masa ini dan akan membawanya ke mesyuarat kabinet bagi mendapatkan keputusan muktamad.
Jelas Wan Saiful lagi, badan tersebut turut mengalu-alukan orang ramai memberi pandangan melalui tinjauan atas talian, yang akan dibuka kepada umum pada lewat petang hari ini sehingga 13 Jun 2019.
Sesiapa yang berminat untuk memberi maklum balas terhadap hal ini boleh melayari laman PTPTN 'Konsultasi Rakyat'.
"Semasa sesi urus libat (bersama para pemegang taruh), terdapat perbincangan mengenai keberkesanan sekatan perjalanan. Terdapat juga pandangan bahawa kaedah tersebut perlu diteruskan terhadap peminjam yang 'liat membayar hutang' bagi memastikan mereka lebih bertanggungjawab.
"Namun, kami akan mengambil pendirian sederhana dalam rundingan ini. Kami mengumpul kesemua cadangan daripada rakyat dan kemudian kerajaan akan membuat keputusan.
"Sekiranya, cadangan sekatan perjalanan turut diterima dalam Konsultasi Rakyat, kami akan membawanya ke kabinet," kata Wan Saiful.
PTPTN mungkin tak wujud 20 tahun lagi
Dalam taklimat hari ini, Mastura turut menjelaskan sejarah PTPTN dan unjuran hutang dana kepada media.
Beliau berkata PTPTN setakat Februari ini telah mengeluarkan sejumlah RM56 bilion, manakala jumlah kutipan hutam peminjam cuma sebanyak RM8.4 bilion.
Menurut Wan Saiful dan Mastura, PTPTN dijangka akan menanggung hutang kira-kira RM76 bilion dalam masa 20 tahun lagi.
"Ini bermakna PTPTN mungkin tidak lagi dapat membiayai pinjaman atau mungkin sudah tidak wujud lagi," katanya.
Mastura menegaskan sekiranya ini berlaku, orang ramai akan terpaksa bergantung kepada institusi kewangan swasta untuk membuat pinjaman pelajaran dan bilangan pelajar yang memperoleh pembiayaan akan menjadi lebih rendah.
Tarikh: 16 Mei 2019

Rabu, 24 April 2019

Bayi meninggal ketika dalam penerbangan Kuala Lumpur ke Perth

SEORANG bayi meninggal dunia dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Perth, Australia pada pagi Isnin, lapor ABC News Australia.
Polis Australia Barat mengesahkan kematian bayi itu, sambil menambah tiada sebarang keraguan yang mengakibatkan kematiannya.
Dilaporkan pihak polis sedang membuat laporan untuk koroner.
AirAsia ketika dihubungi mengesahkan kecemasan perubatan dilakukan membabitkan bayi berkenaan bagi penerbangan D7236.


"Kami tidak dapat mengulas lanjut mengenai keadaan perubatan bayi tersebut. Bagaimanapun, bayi dan keluarga yang terlibat dalam ingatan kami," kata jurucakap AirAsia dalam satu kenyataan melalui e-mel kepada The Star Online.
Jurucakap berkata, pesawat itu didatangi pakar perubatan dan pihak berkuasa berkaitan sewaktu ia tiba di lapangan terbang, termasuk Polis Australia Barat.
"Keselamatan dan kesejahteraan penumpang kami sentiasa menjadi keutamaan kami, dan kru penerbangan memohon bantuan perubatan semasa pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth mengikut prosedur.
"Susulan insiden itu, penerbangan D7237 AirAsia dari Perth ke Kuala Lumpur yang dijadualkan berlepas pagi ini pada pukul 6.50 pagi ditunda," ujar jurucakap itu.
Menurut syarikat penerbangan itu, ia akan membantu dan membuat semula tempahan bagi penumpang yang mempunyai penerbangan sambungan dari Kuala Lumpur tengah hari Isnin.
"AirAsia memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang berlaku akibat kelewatan penerbangan D7237," tambah jurucakap itu. - The Star

Tarikh: 22 April 2019

Sumber:
lebih lanjut di https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2019/04/22/bayi-meninggal-dalam-pesawat/#S1iKuW3pYle4Rvwg.99

Isnin, 8 April 2019

Airport Artartuk, Istanbul secara rasminya ditutup

Pada 7 April 2019, Airport Artartuk, Istanbul secara rasminya ditutup kepada semua operasi penerbangan. Operasi penerbangan negara Turki secara rasminya menggunakan airport baru yang dikenali sebagai Istanbul Grand Airport bermula 6 April 2019.

Kepada mana-mana traveller yang melancong ke Turki, penerbangan akan secara rasminya akan berlepas atau tiba di Istanbul Grand Airport dan bukan lagi turun di Atartuk Airport.

Sabtu, 6 April 2019

5 Tips berguna keselamatan ketika travel

Nak travel safety adalah keutamaan. Penting untuk mengambil langkah-langkah keselamatan bagi mengelakkan kemalangan, kecederaan atau kehilangan harta benda ketika travel. 

Baca tips dibawah 👇👇👇👇
Tips 1: Keselamatan diri
Elakkan memakai pakaian menjolok mata. Tidak keluar malam berseorangan dan elakkan berjalan seorang diri di lorong-lorong sunyi.


Tips 2: Keselamatan duit
Simpan duit di banyak tempat untuk elakkan duit kehilangan sekaligus seperti dalam singlet berpoket, smart safet inner, travel safety belt, pouch beg, beg sling, poket seluar dan baju.


Tips 3: Keselamatan pasport
Pasport perlu dibawa sentiasa sebagai tanda pengenalan diri ketika di luar negara. Simpan pasport di tempat selamat dan elakkan pasport kebasahan.



Tips 4: Keselamatan luggage
Kunci semua poket dan zip lugage. Wrap luggage menggunakan plastik wrap dan sarung lugage.

Tips 5: Keselamatan  makanan
Pilih restoran atau kedai makan yang bersih dan persekitaran bersih. Elakkan makan makanan terdedah. Minum air yang dimasak.

Khamis, 21 Mac 2019

8 tips dan trick keselamatan diri elak scammer

Berkunjung ke negara luar walaupun negara tersebut adalah jiran negara anda, ianya bermakna anda perlu menempuh dan melihat perbezaaan budaya, makanan, sosial masyarakat dan keadaan ekonomi negara tersebut. perbezaan bahasa untuk berkomunikasi adalah halangan tersebut untuk anda berhubung dengan masyarakat setempat. Perbezaan ini juga kadang kala diambil kesempatan oleh warga tempatan untuk meningkatkan harga barangan ketika jual beli barangan atau semasa mendapatkan perkhidmatan teksi, tuk-tuk atau sebagainya. 

Scammer warga tempatan akan melakukan pelbagai cara untuk memeras ugut pelancong secara terang-terangan dengan kekasaran atau dengan cara halus umpamanya pukau. seharusnya pelancong perlu sedar dan tahu cara selamat untuk mengelakkan diri dari menjadi mangsa scammer. Baca tips dan trick berikut yang dapat digunakan untuk melepaskan diri apabila anda terperangkap dengan helah scammer. 

1) Guna handphone
Gunakan phone untuk mengalihkan percakapan anda dengan scammer secara langsung. Pura-pura sibuk menggunakan phone sama ada untuk text, atau wasap atau menggunakan aplikasi phone.

2) Berlakon pekak dan bisu
Jika sekiranya anda berada di kawasan bising sepert mall atau kawasan pasar malam yang bingit dengan penjual, manipulasi suasana kebisingan tersebut dengan pura-pura anda tidak mendengar perbualan tersebut.

3) Pura-pura tidak faham English
Jika anda merasakan sedang didekati oleh scammer, pastikan anda tidak mengucapkan sebarang perkataan english walaupun yes atau no. Scammer biasanya akan menggunakan bahasa English sebagai bahasa pengantaraan.



4) Elakkan eye contac
Jangan pandang ke mata scammer ketika bercakap. Eye contact memberikan petunjuk anda berminat dengan apa yang diperkatakan. Larikan pandangan anda dengan tidak memandang tepat ke muka scammer bagi mengelakkan anda menjadi mangsa pukau.

5) Buat muka sombong
Tunjukkan muka sombong anda dan body  language kurang mesra. Ini akan menyelamatkan anda kerana scammer sukar mendekati dengan sikap anda yang sombong. Walaupun anda kelihatan tidak comel atau bengis ini lebih baik daripada menjadi mangsa scammer yang akan merencatkan mood melancong.

6) Muka blurr
Buat muka blurr sekiranya anda diminta untuk membuat sesuatu oleh scammer. Muka blurr dan reaksi tidak faham dengan apa yang suruh akan mengagalkan usaha scammer daripada menggunakan taktik tersebut. Segera berlalu dan tinggalkan tempat tersebut.

7) Yakin
Berjalan seolah-olah anda sebenarnya bukan pertama kali datang ke situ. berjalan dengan penuh yakin seperti anda mengetahui selok belok kawasan sekitar. Sangat penting untuk membuat kajian dengan berpandukan google maps sebelum ke sesuatu tempat.

8) Berpakaian seperti local
Skill peniruan ini sangat penting terutama bagi wanita yang travel solo ke negara yang taboo dengan pakaian wanita. Di negara timur tengah, wanitanya berpakaian menyelubungi seluruh tubuh dan hanya mengenakan pakaian hitam sahaja. Budaya setempat tidak membenarkan wanita keluar rumah seorang diri melainkan dengan mahram (bagi muslim). berpakaian seperti wanita tempatan akan mengelakkan anda daripada menjadi mangsa pandangan serong atau diambil kesempatan oleh lelaki tempatan. Ianya juga menunjukkan anda seorang yang memahami budaya tempatan dan cuba mengadaptasi pakaian anda demi menghormati budaya berpakaian mereka. 

Cari

Like Us

Hot in week

Recent

Comments

Follow Instagram

Translate

index