Ramai umat Islam
mengetahui mengenai perintah solat, mengeluarkan dan mengerjakan haji. Namun tidak
ramai yang memahami bahawa Allah taala juga memerintahkan umat islam untuk
berjalan di muka bumi ini.
Inilah senarai 9
ayat dari quran yang menyebut tentang kembara dan berjalanlah di muka bumi ini:
1) Surah Al-Mulk
ayat 15
“Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan, maka berjalanlah merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan kepada Allah jualah (kamu) dibangkitkan hidup semula”.
“Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan, maka berjalanlah merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan kepada Allah jualah (kamu) dibangkitkan hidup semula”.
2) Surah
Muhammad Ayat 10
Maka
tidakkah mereka telah mengembara di muka bumi, serta mereka memerhatikan
bagaimana akibat orang-orang kafir yang terdahulu dari mereka? Allah telah
menghancurkan orang-orang itu dan orang-orang kafir (yang menurut jejak mereka)
akan beroleh akibat-akibat buruk yang seperti itu.
3) Surah
Luqman Ayat 31
Dan tiadalah
Kami mengutus Rasul-Rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang
lelaki dari penduduk bandar, yang kami wahyukan kepada mereka. Maka mengapa
orang-orang (yang tidak mahu beriman) itu tidak mengembara di muka bumi, supaya
memerhatikan bagaimana akibat orang-orang kafir yang terdahulu dari mereka? Dan
(ingatlah) sesungguhnya negeri akhirat lebih baik bagi orang-orang yang
bertakwa. Oleh itu, mengapa kamu (wahai manusia) tidak mahu memikirkannya?
Katakanlah:
Mengembaralah kamu di muka bumi kemudian lihatlah bagaimana kesudahan
orang-orang yang telah lalu (yang telah dibinasakan); kebanyakan mereka adalah
orang-orang musyrik.
Sesungguhnya
telah berlaku sebelum kamu (contoh kejadian-kejadian berdasarkan) peraturan-peraturan
Allah yang tetap; oleh itu mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian
perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (Rasul-Rasul).
Tidakkah
mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, serta memerhatikan bagaimana
kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu lebih kuat
daripada mereka sendiri dan orang-orang itu telah meneroka bumi serta
memakmurkannya lebih daripada kemakmuran yang dilakukan oleh mereka dan
orang-orang itu juga telah didatangi oleh Rasul-Rasulnya dengan membawa
keterangan-keterangan yang jelas nyata (lalu mereka mendustakannya dan
kesudahannya mereka dibinasakan). Dengan yang demikian, maka Allah tidak
sekali-kali menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.
Katakanlah
(wahai Muhammad): Mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah
bagaimana buruknya kesudahan orang-orang yang berdosa itu.
Katakanlah
(wahai Muhammad): Mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah
bagaimana akibat buruk (yang menimpa) orang-orang yang mendustakan
(Rasul-Rasul) itu.
Pengajaran
terpenting yang boleh diambil daripada ayat di atas ialah:
i) Daripada ayat
diatas, menunjukkan bahawa dunia ini merupakan satu hamparan luas terbentang
yang perlu diterokai oleh sekalian manusia.
Bumi ini
diciptakan untuk manusia dengan pelbagai kenikmatan antaranya ialah mengembara
dengan tujuan melihat keindahan alam.
ii) hanya
orang islam yang mahu berfikir dan mengambil pelajaran sahaja yang mampu
mengambil manfaat daripada sesuatu perjalanan
iii) Allah
telah berfirman di dalam Al-Quran dan menggalakkan umat manusia supaya berkelana
ke setiap pelusuk dunia. Malah ada lebih daripada satu ayat di dalam Al-Quran
yang menyebut perkataan "berjalanlah" atau "mengembaralah"
di muka bumi. Pengembaraan dan perjalanan dapat menambah iman dan takwa melalui
kebesaran alam ciptaanNya.
iv) Islam
sejak awal pengajarannya menggalakkan seseorang mengembara untuk menimba ilmu
pengetahuan. Allah menegaskan manusia supaya melihat alam yang pelbagai rupa,
melihat kesan-kesan kaum yang terdahulu, berkenalan antara bangsa, dan pelbagai
lagi. Umat islam digalakkan mengembara melihat peninggalan kesan sejarah
daripada umat terdahulu dan mengambil pelajaran daripadanya.
Kesemuanya
itu bertujuan meningkatkan pengetahuan insan tentang kehidupan dan mendalami
pengetahuan tentang Tuhan. Ada banyak perkara yang Tuhan suruh kita tengok di
Bumi ini. Bukanlah sekadar tengok dengan mata kepala saja, tetapi pandanglah
dengan mata hati. Setiap ciptaan-Nya pasti ada kegunaan. Setiap yang kita lalui
dan temui juga pasti ada hikmah. Yang paling Dia mahu kita tengok ialah kesan
tinggalan orang-orang terdahulu yang musyrik, iaitu apa yang berlaku kepada
orang-orang yang bongkak, sombong, dan mendustakan Dia.
Tidak Allah
jadikan sesuatu itu sia-sia. Ada yang mahu Dia beritahu melalui setiap perkara
yang dijadikan oleh-Nya. Rujuk kisah pengembaraan ilmu ulama zaman silam, malah
zaman sekarang. Berkelana jauh meninggalkan keluarga tanpa wang yang banyak,
kerana mahu jadi hamba Allah yang lebih baik.
Pengembaraan
yang bernilai tinggi hanyalah yang dilakukan demi Dia. Semakin banyak tempat
dijejak, semakin tunduk. Semakin banyak pengalaman dilalui, semakin rendah rasa
diri. Semakin banyak dipelajari, semakin bodoh dirasakan. Kitab-kitab Islam
terdahulu mencatatkan kembara para ilmuwan dalam usaha menuntut ilmu. Setiap
ilmuwan pasti ada catatan mengenai kembara mereka. Melalui kembara juga
melonjakkan nama mereka dalam bidang ilmu. Kembaralah dengan tujuan dan niat yang
baik, semoga melalui kembara akan menambah iman, ilmu dan juga amalan.
Kredit: ubah suai dari penulisan Fb Narma Hamzah