DISQUS SHORTNAME

Isnin, 12 Februari 2018

Trip Indochina di Thailand: 10 tempat menarik utama wajib dilawati di Bangkok (part 2)


Tempat menarik utama yang wajib dilawati di Bangkok.Sambungan ke-2.

5) Grand palace
Grand palace bukan sekadar istana kediaman raja Thailand tetapi tempat ini juga terletak pejabat pentadbiran penting bagi negara Thailand. Ianya boleh dikatakan sebagai kombinasi istana raja, pusat pentadbiran dan keagamaan kerajaan Thailand sejak dari tahun 1782. Terletak di tengah-tengah kota Bangkok dan berdekatan dengan Sungai Chao Phraya. Kawasan ini dihiasi dengan taman yang indah bagi mewarnai bangunan ini.
Kawasan disini sangat sesak dengan pelancong. Separuh daripada Grand Palace terbuka kepada orang ramai sebagai sebuah muzium. BTS Saphan Taksin paling dekat dengan tempat ini. Jika menggunakan bot turun di Tha Maharaj Pier (jeti no 9). Untuk masuk ke dalam tiket berharga 500 THB.

6) Muzium
ada beberapa muzium berdekatan antara satu sama lain. Antaranya ialah The National Museum, The Art and Theathre Muzium, Coin Muzium,
The Art and theathre Muzium dan Coin Muzeum adalah free tetapi kalau tidak masuk tidak rugi. Dalam kedua-dua muzium ini tidak banyak pameran yang dipamerkan dan muzium ini juga kecil.
Tetapi lain-lain muzium sangat berbaloi untuk masuk bagi pencinta sejarah. Ada muzium yang mempamerkan hasil seni lukis raja Thailand yang dulu. Sangat menarik dan muzium ini juga besar. Banyak hasil karya seni yang dipamerkan disini. Untuk masuk ke muzium ini perlu tinggalkan barang dalam loker.

7) Art and Galery Jim Thompson
Rumah bersejarah usahawan Amerika yang hilang semasa mengembara di Malaysia. Jim Thompson, seorang arkitek warga Amerika yang mengasaskan perniagaan sutera di Thailand.  Untuk masuk ke dalam rumah ini kena bayar dalam 100 bath dan akan ada guide yang akan membawa menjelajah kawasan Art and Galery Jim Thompson. Turun di stesen Ratchatewi dan ikut singboard untuk ke sini.

8) Chao Phraya River attractions (Wat Arun, Wat Pho, The Grand Palace, Pak Klong Talad flower market dan sebagainya)
BTS Saphan Taksin

9) Asiatique
Antara Mall shopping yang terdapat di Bangkok. Turun di BTS Saphan Taksin. Jika di jetty Sathorn Pier ada shuttle boat percuma ke Asiatique.

10) Aktiviti shopping

Bagi yang menghadapi kekangan masa dan tenaga untuk berjalan-jalan sendiri di Bangkok, adalah sangat mudah dan senang mengambil perkhidmatan pakej tour. Masa lebih jimat dan anda tidak perlu menempuh sesat merata tempat untuk pergi ke tempat menarik. Klik sini untuk melihat pelbagai pakej tour yang disediakan.

Posting sebelumnya klik sini. Penting untuk tahu tentang ini sebelum melancong di Thailand, baca sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Cari

Like Us


Hot in week

Recent

Comments


Follow Instagram

Translate

item