DISQUS SHORTNAME

Isnin, 16 April 2018

5 Port syurga shopping di Ho Chi Minh City, Vietnam


Ho Chi Minh City adalah bandar kesukaan bagi kaki shopping. Di sini merupakan syurga membeli belah dan banyak tempat yang boleh dikunjungi untuk menghabiskan duit. Pelbagai barangan boleh didapati dengan murah disini termasuk pelbagai jenis barangan outdoor dan pakaian wanita.


1) Ben Thanh Market
Pasar malam Ben Thanh Market yang hanya dibuka pada waktu malam di luar perkarangan Bent Tanh Market. Penjual disini boleh berbahasa Melayu dan menerima duit Malaysia dalam urusan jual beli. Di sini, perlu berhati-hati kerana penjualnya agak agresif sambil tarik-tarik dan peluk pinggang pujuk dan paksa untuk beli. Jangan bargain jika tidak ingin membeli dan tanya harga jika benar-benar ingin membeli sahaja.

2) Malaysian street
Dikenali sebagai Malaysia street dan terletak berhampiran dengan Ben Thant Market. Yang menarik disini ialah penjual menerima ringgit Malaysia dalam urusan jual beli. Terdapat pelbagai barangan dijual seperti telekung, baju kurung, jubah, tudung, kopi Vietnam dan sebagainya. Sebelah malamnya kawasan ini akan bertukar menjadi pasar malam.

3) Russian Market
Disini banyak terdapat barang-barang outdoor original seperti backpack, winter jaket, desingner jaket. Tetapi terletak jauh dari Ben Thant market dan perlu berhati-hati sekiranya ke sini. Dibuka dalam pukul 10 pagi hingga 6 petang.


4)  Cho Binh Tay
Kawasan ini banyak kain. Murah dari Ben Tanh Naik moto dalam 15 minit. Bas no 1 dari stesen bas di Ben Thanh mMarket akan melalui district 5 dan 6 terus ke Bin Tay. Last stesen di Binh Tay dan perlu jalan kaki 5-10 minit. Kena hati2.


5) Linda Wholesale
Untuk tempahan pukal borong dengan bermacam-macam design baju. Disini harga lebih murah dan banyak pilihan berbanding bent tant dan Malaysian street. Tetapi dari bent tant market agak jauh. Tempat ini lebih dekat dengan airport kerana berada bersama dalam distruict 7. Ben Thant dalam district 1. Rancang perjalanan untuk  kesini. Mereka turut membuat pengeposan ke Malaysia.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Cari

Like Us


Hot in week

Recent

Comments


Follow Instagram

Translate

item