Perjalanan ke Mui Ne dari Ho Chi Minh City menggunakan bas sangat mengujakan. Apa yang menarik dengan pengangkutan bas perjalanan
jauh di Vietnam, mereka menyediakan servis pick up secara percuma di hotel ke
stesen bas. Jadi, dapat menjimatkan kos tambang. Walau bagaimanapun, dinasihatkan
untuk check dan tanya dahulu sebelum membuat pembelian tiket.
Sekiranya menggunakan perkhidmatan bas pada waktu
malam antara bandar, apa yang menarik adalah bas yang digunakan adalah jenis
sleeper bus dan kebiasaan sedikit mahal. Tetapi dengan keselesaan yang
ditawarkan oleh bus ini yang mana pelancong boleh tidur dalam keadaan selesa
sambil jelunjur kaki dan bahagian kepala kerusi yang boleh dilaraskan mengikut
keselesaan penumpang. Turut disediakan adalah selimut. Keadaan dalam bas sangat
bersih kerana penumpang perlu menanggalkan selipar sebelum menaiki bas dan
diberikan plastic bag untuk menyimpan selipar atau kasut.
Mereka turut memberikan air mineral secara percuma dan wet
tissue. Apa yang lagi best, perjalanan menggunakan bas pasti tidak akan
kebosanan kerana wifi juga turut disediakan.Sebelum memulakan perjalanan, driver dan konduktor
akan memberikan taklimat perjalanan (dalam bahasa Vietnam).
Bagi rakyat Malaysia, mereka patut mencuba
pengalaman menaiki sleeper bas di Vietnam kerana ianya sesuatu yang tidak ada
di Malaysia. Bas di Malaysia adalah jenis biasa sama ada untuk perjalanan waktu
siang atau malam. Dan servis daripada syarikat pengangkutan bas di Vietnam
bertaraf 5 bintang ala-ala menaiki kapal terbang. Jika dibandingkan dengan
perkhidmatan bas Malaysia ianya seperti langit dan
bumi. Sesuatu yang boleh dicontohi oleh syarikat penyedia bas di Malaysia.
Baca sini catatan sebelumnya. Perkongsian tentang Mui Ne klik sini.
Baca sini catatan sebelumnya. Perkongsian tentang Mui Ne klik sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan