Terdapat banyak tempat menarik
untuk dilawati di Phnom Penh. Kota ini banyak meninggalkan sejarah besar semasa
perang dan semasa era pemerintahan Pol Pot yang hari ini tempat-tempat yang
berkenaan telah ditukar menjadi tarikan pelancongan disini.
1) Killing Field
Tempat paling bersejarah di
Phnom Penh yang merupakan tempat bersemadinya jasad warga Khmer akibat
kekejaman Pol Pot . Untuk kesini agak jauh dan kebanyakkan tuk-tuk akan
mengenakan harga yang sangat mahal. Sangat tidak berbaloi jika seorang. Ianya
memakan masa lebih 30 minit dari bandar kerana tempat ini terletak di pinggir
bandar. Tempat ini berbayar untuk masuk.
2) Tuol Sleng Genocide Museum
Asalnya merupakan sekolah
tinggi di bandar Phnom Penh tetapi ditukar menjadi penjara yang menempatkan
tahanan warga Khmer kanak-kanak, orang tua, lelaki, wanita yang dibunuh pada
zaman Pol Pot. Disini mangsa didera dan dan ditahan dengan kejam tanpa belas
ihsan. Tempat ini terletak dalam kawasan bandar. Untuk masuk ke sini perlukan
tiket.
3) Royal Palace
Kediaman raja Kemboja yang
turut dijadikan tempat pelancongan. Kompleks kediaman raja Kemboja ini merupakan
symbol keindahan di sekitar river front. Untuk masuk kesini dikenakan bayaran.
Kawasan Royal Palace betul-betul berdepan dengan riverfront Sungai Mekong dan pada
sebelah petangnya sangat happening.
4) National Museum
Phnom Penh sebuah bandar yang
sarat dengan sejarah perang. Di muzium ini ada juga diceritakan tentang sejarah
Melayu. Perlu membeli tiket untuk masuk ke sini.
5) River cruise sungai Mekong
Terdapat cruise yang boleh
dinaiki untuk menyelusuri sungai Mekong sambil melihat matahari terbenam. River
cruise terletak berhampiran dengan Royal Palace.
6) Perkampungan melayu muslim
di Kemboja
Mereka tinggal di dalam sampan
di tepi sungai Mekong. Tanpa rumah di darat. Kehidupan mereka amat susah kerana
terpaksa berteduh hanya di dalam sampan.
7) Indepence monument
Memorial kemerdekaan yang
dibina untuk memperingati peristiwa kemerdekaan Kemboja daripada penjajahan
Perancis dirasmikan pada tahun 1962. Ianya merupakan sebuah monument yang
menyerupai bunga teratai dengan ketinggian 20 meter.
8) Vietnam-Kemboja Friendship
Monument
Monumen yang dibina bagi
memperingati kerjasama antara 2 negara Kemboja dan Vietnam yang bersempadan
antara satu sama lain.
9) Masjid al-Serkal
Masjid binaan Turki yang
dibina oleh jutawan Turki di sini. Menjadi masjid utama dan sangat gah serta
paling besar disini. Dengan ruang solat yang besar, berhawa dingin dan dihampar
karpet. Ianya sangat selesa ditambah ruang parking yang besar dan mempunyai
kedai halal disekitarnya.
10) Wat Phnom
Bagi bukan Islam di sini ada 2
wat yang boleh dikunjungi. Ada satu wat berhampiran dengan Royal Palace dan
National Muzium. Tetapi Wat Phnom ini agak jauh dari pusat bandar dan perlu
mengambil tuk-tuk untuk ke sini. Wat ini merupakan kuil Buddha yang dibina pada tahun
1373, terletak di atas bukit dan terdapat kuil berusia beratus tahun.
11) Tempat shopping di Phnom
Penh
i) Central Market- Pasar Thmey
Pasar ini harus dikunjungi
jika ingin membeli barangan souvenier atau tshirt. Dikawasan ini juga terdapat
beberapa restoran halal. Barangan disini lebih murah berbanding Russian Market.
Pastikan anda tawar harga jika membeli disini. Pasar ini lebih luas, bersih dan
teratur berbanding Russian Market.
ii)Russian Market- Pasar Tuol
Tom Poung
Pusat shopping yang agak
terkenal di kalangan pelancong Malaysia tetapi barang disini agak mahal dan
keadaan pasar ini panas. Pilihan barangan lebih banyak di Central Market
berbanding disini.
Baca tentang makanan halal di sini. Klik sini untuk perjalanan ke Ho Chi Minh City, Vietnam.
Baca tentang makanan halal di sini. Klik sini untuk perjalanan ke Ho Chi Minh City, Vietnam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan