Di area Old Quarter Hanoi, terdapat banyak agensi
pelancongan yang menyediakan perkhidmatan bas dari Hanoi ke Naning. Untuk
survey tiket ke sana tentang harga dan pakej serta masa perjalanan boleh
dilakukan dengan mudah sambil berjalan-jalan di area Old Quarter. Tetapi jika anda membeli tiket dari mana-mana agensi
pelancongan di sekitar sini, anda perlu bersedia untuk stranded dan susah serta
perlu membeli tiket lain ketika di border China.
Ramai yang akan menyangka pembelian tiket dari Hanoi
ke Naning akan terus sampai ke China tanpa perlu bertukar bas. Tetapi apa yang
berlaku sebenarnya mereka hanya akan menghantar anda sampai di border Vietnam
sahaja iaitu di kawasan stesen bas untuk menurunkan penumpang sebelum bergerak
ke Imigresen Vietnam. Ini bermakna, selepas menurunkan anda di perhentian
terakhir di bus stesen sempadan, driver bas akan memberikan anda sejumlah wang
yang cukup-cukup untuk anda membeli tiket dari imigresen China ke Naning.
Selepas itu anda akan dibawa dengan buggy ke pejabat Imigeresen Vietnam untuk
tujuan cop passport. Disini anda perlu membayar tambang buggy. Pastikan sediakan Dong disini.
Masalah akan berlaku apabila anda tidak mempunyai
lebihan Dong untuk membayar tambang. Jangan habiskan dong anda. Pastikan anda
menyimpan sedikit duit dong apabila bergerak ke sempadan untuk tujuan
pembayaran kecemasan.
Cara terbaik ialah dengan bergerak sendiri ke
sempadan Vietnam menggunakan bas atau share taxi. Kos rasanya lebih murah.
(perlu research sendiri info untuk maklumat lanjut).
Cara lain ialah dengan membeli tiket ke China
melalui Kim Lien Hotel.Tetapi masalah yang berlaku anda perlu bergerak sendiri ke hotel tersebut dan jika tidak silap mereka hanya mengambil penumpang khusus bagi yang menginap di hotel mereka untuk ke Naning. Bermakna anda perlu menginap di hotel untuk membeli tiket ke Naning melalui hotel ini. (perlu check kesahihan info ini).
Info sebelumnya baca sini. Perkongsian tentang Guangzhou klik sini
Info sebelumnya baca sini. Perkongsian tentang Guangzhou klik sini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan