Pengangkutan Metro iaitu seperti sistem (LRT/MRT/KTM) di Malaysia adalah sangat efisyen di Guangzhou dengan kekerapan perjalanan tidak sampai 10 minit menunggu. Guangzhu Metro Railway mempunyai 8 line. Jika didalam peta metro, line tersebut akan diwarnakan mengikut warna tertentu tetapi dikenali dengan line 1, 2 dan sebagainya. Penggunaan Metro disini sama sistem dengan LRT, KTM, MRT jika di Malaysia.
Untuk memudahkan perjalanan anda, dinasihatkan untuk mendapatkan peta Metro di mana-mana kaunter stesen Metro. Sebaiknya rancang perjalanan anda untuk mengelakkan kesesakan penggunaan Metro yang sangat ramai pada waktu puncak iaitu di sebelah petang dan tengah hari. Kekerapan perjalanan Metro pada waktu puncak lebih cepat.
Di China termasuk juga Guangzhou sangat sukar untuk berkomunikas dalam bahasa Inggeris. Rata-rata masyarakat China tidak boleh berbahasa Inggeris. Jika mempunyai masalah, sebaiknya mendapatkan bantuan dari polis yang bertugas atau bertanyakan pada petugas kaunter di Stesen Metro. Mereka akan meminta bantuan dari rakan sekerja yang lain sekiranya tidak memahami soalan anda. Walaupun masalah komunikasi menjadi halangan utama untuk bergerak di Guangzhou tetapi disini tetap menjadi pilihan utama rakyat Malaysia untuk memborong. Klik sini untuk download peta Metro Guangzhou.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan