Pengalaman merentas sempadan Thailand dan Kemboja
Sempadan Thailand di
sebelah kemboja dikenali sebagai Aranyaprathet manakala sempadan Kemboja adalah
Poipet. Disini merupakan syurga bundle kerana ianya merupakan pusat bundle
terbesar di Asia Tenggara. Bagi pencinta bundle yang ingin mencari barangan
berjenama dengan harga gila, jangan lepaskan peluang untuk meninjau
barang-barang yang ingin menjadi koleksi atau keperluan.
Untuk kesini
selain mengunakan bas boleh juga menggunakan keretapi awal pagi dari stesen Hua
Lampong. Perjalanan lebih kurang 5-6 jam dan akan sampai ke sini sekitar tengah
hari. Anda perlu merancang perjalanan kesini disebabkan penginapan di sekitar
sini agak mahal.
Urusan imigresen di
Thailand sangat mudah. Beg anda akan diangkut sendiri oleh pihak bas dan hanya
perlu berjalan kaki menyelesaikan urusan imigresen dan mengambil beg selepas
urusan imigresen selesai. Sila beratur di laluan foreigner dan serahkan voa
kad. Bas akan menunggu anda di border kemboja.
Untuk menyelesaikan
urusan imigresen Kemboja, hanya perlu berjalan ikut lorong berbumbung dan jalan
terus ke depan sehingga nampak bangunan besar di sebelah kanan. Jalan terus
melewati bangunan hotel yang tersergam besar di kanan jalan. Jalan salah sangka
ianya bukanlah pejabat imigresen Kemboja. Tetapi, kaunter imigresen Kemboja
hanya menyerupai sebuah pondok daripada kayu. Isi kad voa dan beratur di laluan foreingner.
Ketika disini, adalah
dinasihatkan untuk memakai mask kerana keadaanya sangat berdebu ditambah pula
dengan cuaca panas dan kering Di kawasan sempadan Kemboja, jalan rayanya masih
tidak berturap.
Jika anda masih belum
menukar duit Kemboja, di sebelah border Kemboja sebaik sahaja keluar dari pintu
sempadan Thailand dan menuju ke imigresen Kemboja, ada terdapat perkhidmatan
money charger di sebelah kiri sederet dengan kedai runcit.
Jika anda
bergerak sendiri ke Siem Riep untuk mengambil bas ke sana, perlu berjalan kaki
ke Poipet
Tourist Terminal. Dekat saja. Bas ke Siem Riep atau Phnom Penh perlu di ambil
dari Tourist Terminal Bas Poipet. Tidak ada bas yang bergerak dari border
Poipet melainkan bas yang telah pun disewa.
Terdapat free shuttle bas untuk ke terminal bas, cuma perlu berjalan
terus melalui lorong sebaik keluar dari bangunan imigresen Kemboja. Free Bas
shuttle ni ada dari kol 07:00 am sampai 22:00 pm. Dalam bas ini akan ada yang
menawarkan anda tiket bas ke Siem Riep.
Tetapi adalah lebih baik jika membel terus dari kaunter bagi mengelakkan anda
perlu membayar harga yang mahal.
Selepas selesai urusan imigresen dikedua-dua arah, naik balik bas yang
sama untuk perjalanan selama 4 jam sebelum sampai ke Siem Riep.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan