DISQUS SHORTNAME

Khamis, 20 September 2018

Amalan khurafat di perkuburan Saad bin Abi Waqas

Perkuburan yang dikatakan mempunyai maqam sahabat Nabi Saad bin Abi Waqas menjadi tumpuan umat Islam seluruh dunia datang ke sini bagi menziarahi jasad manusia hebat ini. Hidup sezaman dengan Nabi Muhammad, baginda saidina Saad bin abi Waqas merupakan antara sahabat yang dijanjikan syurga serta antara sahabat yang pernah didoakan Nabi.

Keperibadian hebat baginda terserlah apabila sanggup mengorbankan segala kedudukannya sebagai seorang yang lahir dalam keluarga bangsawan semata-mata untuk bersama-sama nabi mengembangkan dakwah Islam. Baginda mengabadikan kehidupannya sehingga ke waktu tua untuk memberi sumbangan kepada perkembangan dunia Islam. Tenaganya digunakan sehingga baginda tidak mampu lagi mengangkat senjata menyertai peperangan dan akhirnya memilih untuk datang ke Canton  atas arahan Saidina Uthman melakukan dakwah disini. 

Dipercayai baginda menghembuskan nafasnya di kota ini pada usia 80 tahun. Masyarakat muslim di sini percaya sebuah maqam yang berada di dalam perkarangan masjid Saad bin Abi Waqas adalah merupakan maqam manusia terulung ini. Mereka mengabadikan jasadnya disitu dan pada hari ini kawasan tersebut juga merupakan terletaknya sebuah masjid ke dua di bandar Guangzhou yang diberikan sempena nama baginda iaitu Masjid Saad bin Abi Waqas.



Maqam ini terletak di dalam kawasan menuju ke masjid Saad bin Abi Waqas merupakan satu lokasi yang bertepatan bagi umat  Islam secara tidak langsung singgah untuk ke masjid atau mencari makanan halal di sekitarnya. Jika berkunjung ke kawasan perkuburan ini, dapat dilihat perkuburan kecil di sekitarnya. Maqam yang dipercayai Saidina Saad Bin Abi Waqas  terletak di dalam pondok kecil dan dilitupi kain yang berlapis-lapis. Masyarakat muslim di sini kadang-kadang akan melakukan upacara tahlil disini. Di pintu masuk pondok kecil tersebut dapat dilihat colok yang dibakar. 

Bagi orang Islam  dari Malaysia tentunya keadaan itu dilihat pelik dan dianggap sebagai khurafat di perkuburan kerana ianya seolah-olah berada dalam rumah  atau di perkuburan orang Cina. Muslim di Malaysia tidak mengamalkan adat sedemikian kerana colok merupakan peralatan khusus yang digunakan masyrakat Cina di sini untuk aktiviti sembahyang. Penggunaan colok di kawasan perkuburan tersebut dilihat tidak mematuhi adab di perkuburan orang Muslim bagi masyarakat Islam. Namum apakah budaya dan adat di Malaysia wajar diguna pakai untuk menjatuhkan hukum bagi Muslim di China? Baca di bahagian ke -2. 

Catatan sebelumnya klik sini. Info menarik seterusnya baca sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Cari

Like Us


Hot in week

Recent

Comments


Follow Instagram

Translate

item