DISQUS SHORTNAME

Selasa, 2 Oktober 2018

Trip ke Indochina di China: Panduan mencari hostel murah di Guangzhou

Penginapan merupakan perkara yang amat perlu difikirkan apabila melancong. Hostel murah dan budget sentiasa menjadi pilihan yang travel secara backpackers atau yang melancong dalam budget yang ketat. Pilihan dibawah ini adalah sebagai panduan umum bagi anda yang pertama kali melancong ke Guangzhou sama ada untuk borong atau sekadar makan angin di Guangzhou.

1) Area Masjid Huang Sheng
Bagi yang pertama kali datang ke Guangzhou dan masih tercari-cari tempat penginapan, paling mudah untuk menginap ialah dengan menginap di hotel betul-betul berhadapan dengan Masjid Huang Sheng dan boleh diakses melalui MTR. Untuk ke sini jika anda bertanya dengan orang tempatan dengan menunjukkan gambar masjid Huang Sheng, insyallah mereka pasti membantu anda mencari tempat. Jika di tempat lain agak sukar untuk berkomunikasi kerana masalah bahasa. Di China amat jarang warganya boleh berbahasa Inggeris. Untuk ke sini, turun di stesen Ximenkou. Lady Gaga Hostel terletak di area stesen ini.

2) Beijing Lu
Menjadi lokasi kegemaran para pelancong Malaysia untuk menginap di sekitar sini memandangkan ianya mempunyai kedai makanan halal. Kawasan ini meriah dengan pelbagai kedai yang menjual pelbagai jenis barang. Terletak tidak jauh dari area Masjid Huang Sheng dan boleh berjalan kaki tetapi untuk kesini lebih mudah dengan turun di stesen Beijing Lu.

3) Sekitar Haizu Square 
Mudah untuk sampai ke sini dari airport menggunakan bas. Berdekatan dengan Beijing Lu, One Link Plaza, Pearl River dan kedai kasut serta hiasan. 


Catatan sebelumnya tentang Guangzhou, baca sini. Baca lagi di sini untuk info menarik tentang Guangzhou. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Cari

Like Us


Hot in week

Recent

Comments


Follow Instagram

Translate

item