Melancong di Shenzen tidak sah jika tidak berkunjung ke tempat-tempat menarik berikut:
Info sebelumnya klik sini. Baca seterusnya untuk info lanjut tentang Guangzhou sini.
1) Window of the World
Replica semua monument terkenal dari seluruh dunia. Tempat
ini ada semua binaan 7 wonders of the world. Untuk ke sini turun di stesen
Window of The World. Tiket untuk masuk ke sini dalam RMB 200 lebih kurang RM
120.
2) Splendid China & Folk Cultural Village
Keluasan taman ini sangat besar. Dikatakan ianya
merupakan taman “miniature” yang terbesar di dunia. Mempunyai 80 rekabentuk
landmark terkenal di seluruh China termasuk replica “tanah besar China”. Disini
terdapat 2 tempat menarik iaitu “Splendid China Area” dan juga “Cultural
Village Are”. Untuk masuk ke sini perlukan tiket.
3) Dafeng painting
Perkampungan lebih 8000 para seni, pembuat frame dan
agent yang menetap di perkampungan ini bersama keluarga.disni dapat dilihat
aktiviti seni lukis secara langsung dan pameran seni lukisan yang tersangat
banyak dan menarik.Dikenali sebagai “kilang lukisan didunia”. Kedai-kedai
disini tidak hanya menjual barangan hasil seni mereka tetapi turut
mempertontonkan bagaimana mereka melukis secara langsung. Tempat yang harus
dikunjungi jika anda peminat seni lukis.
4) Shopping di Shenzen
Shenzen merupakan kawasan perindustrian dengan
banyak kilang didirikan. Disini dapat
ditemukan bangunan Apple sebesar mall yang menjual pelbagai barangan Apple.
Tidak hairanlah jika di sini, produk Apple ialah produk pilihan penduduk
tempatan disini. 2 tempat shopping utama di Shenzen ialah Dongmen street. Pusat
komersial utama di Shenzen dengan pelbagai jenis barang. Turun di stesen Lou
Jie. Louhu plaza juga syurga membeli belah. Tetapi disini harga barang agak
mahal kerana berdekatan dengan sempadan.
5) Melawat masjid Shenzen
Komuniti islam di sini tidak begitu ramai. Tetapi
mereka lebih mesra dan bersopan santun dan sentiasa murah dengan senyuman.
Setiap kali berjumpa dengan kalangan Muslim
(wanita yang bertudung lebih mudah dikenali) pasti tidak lepas memberi salam. Terasa semangat persaudaraan disini. Saling memberi salam tanpa mengira bangsa
dan kaum serta negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan