DISQUS SHORTNAME

Selasa, 10 Mac 2020

4 Tips penting keselamatan passport yang anda wajib tahu

Perihal keselamatan passport jarang dibicarakan secara detail. Keghairan melancong dan berjalan-jalan lebih mengujakan para pelancong dari memikirkan isu-isu keselamatan dan kesihatan yang mungkn wujud ketika melancong. Passport sebagai tanda pengenalan diri dan pas keluar masuk ke sesebuah negara merupakan dokumen penting yang harus dijaga sebaik mungkin. Ketiadaan passport semasa berada di negara orang boleh menyebabkan anda ditahan dan dituduh memasuki negara secara haram. 

i) Bawa pasport
Passport perlu dibawa bersama apabila keluar. Jangan pernah tinggalkan passport anda di dalam beg. Passport ketika travel adalah nyawa anda dan ianya merupakan penganti kad pengenalan diri anda. Anda mungkin akan ditahan jika gagal menunjukkan passport pada polis jika ditanya. Perlu diingat apabila berada di negara orang, bahasa adalah halangan utama. Anda akan sukar untuk berkomunikasi menyatakan apa yang berlaku jika pihak berkuasa tersebut tidak memahami bahasa Inggeris. 

ii) Kehilangan pasport
Jangan ambil mudah dalam soal passport. Jika anda kehilangan passport ketika di luar negara, anda perlu ke kedutaan Malaysia. Bagaimana jika tidak ada kedutaan Malaysia dinegara yang anda pergi. Disinilah masalah besar anda akan wujud. Anda tidak mungkin dibenarkan keluar dari negara terbabit tanpa pengenalan diri. Maka berhati-hati dan sentiasa beringat menyimpan passport anda ditempat yang selamat. Prosedur memohon emergency passport akan rumit, dan memerlukan anda mengikut prosedur tertentu.

iii) Emergency pasport
Emergency pasport diperlukan sebagai pasport sementara apabila berlaku kehilangan pasport di luar negara. Pasport ini hendaklah dipohon melalui kedutaan Malaysia di negara terbabit. Pasport ini tidak boleh lagi digunakan sebaik anda melangkah masuk ke ruang imigresen di Malaysia. Permohonan mendapatkan pasport baru perlu dibuat melalui Jabatan Imigresen berdekatan.

iv) Kerosakan pasport
Pasport akan dikira rosak sekiranya mesin pengimbas gagal membaca maklumat dalam pasport anda. Ini berlaku kemungkinan cip yang telah rosak akibat terkena air. Maka pasport perlu dijaga supaya tidak kebasahan. Namun selain daripada pasport yang basah, contengan atau cop lain selain daripada cop rasmi sesuatu negara untuk keluar masuk adalah dikira pasport rosak. Pasport adalah lambang identiti dan mengandungi makumat penting rekod perjalanan anda, seharusnya ianya tidak boleh sama sekali untuk dicop dengan selainnya umpamanya cop watermark sesuatu tempat pelancongan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Cari

Like Us


Hot in week

Recent

Comments


Follow Instagram

Translate

item