DISQUS SHORTNAME

Selasa, 9 Oktober 2018

Sejarah Islam di Bumi China: Keperibadian Hebat Manusia Pertama Menjulang Islam di China

Kisah Sa’ad Abi Waqas memang menarik kerana keimanan beliau setelah memeluk Islam serta kehebatan beliau setelah diberi tanggung jawab memimpin tentera Islam dalam perang Al Qadisiyah yang membawa kejatuhan kerajaan Parsi.
Sa’ad Abi Waqas berasal dari keluarga Quraisy yang terhormat itu menerima bantahan keras daripada ibunya sendiri apabila beliau memeluk Islam. Ibunya menentang dengan pelbagai cara sehingga sanggup melakukan mogok lapar dengan harapan anak kesayangannya berubah pendirian. Namun Sa’ad Abi Waqas dengan tegas berkata.
“Wahai ibuku, demi Allah, jika ibu mempunyai seratus nyawa dan nyawa itu hilang satu demi satu aku tidak akan meninggalkan agamaku ini.”
Kata-katanya itu membuat ibunya kecewa dan marah lalu menghalau Sa’ad keluar dari rumah hanya dengan sehelai sepinggang. Kemudian Sa’ad Abi Waqas ikut berhijrah ke Madinah.

Antara kelebihan Sa’ad Abi Waqas doanya makbul dan apabila memanah tepat mengenai sasaran. Ini kerana Nabi Muhamad saw pernah mendoakannya.
“Ya Allah, jadikanlah sasaran panahnya tepat dan makbulkan doanya.”
Pada suatu hari ketika Rasulullah saw sedang berbual dengan para sahabat tiba-tiba baginda berkata, “Sekarang akan muncul di hadapan kamu seorang lelaki ahli syurga.”
Tidak lama kemudian muncul Sa’ad Abi Waqas. Mereka bertanya apakah ibadat yang dilakukannya sehingga mendapat kedudukan yang tinggi.
Kata Sa’ad Abi Waqas, “Saya beribadat seperti kamu juga. Hanya saya tidak pernah menaruh perasaan dendam atau berniat jahat terhadap seorang pun di antara kaum muslimin.”
Semasa Perang Badar Sa’ad Abi Waqas bertempur dengan gagah berani. Begitu juga dalam Perang Uhud beliau antara sahabat yang sentiasa berada di sisi Rasulullah serta melindunginya.
“Panahlah hai Sa’ad, ibu bapaku jadi jaminannya,” kata Rasulullah sambil menghulurklan anak-anak panah kepada Sa’ad Abi Waqas.
Sa'ad Abi Waqas juga mendapat gelaran “Singa yang menyembunyikan kukunya.”Kerana itu beliau diberi tanggung jawab oleh khalifah Umar al Khattab memimpin 30 ribu tentera Islam bagi membantu pasukan yang sedang bertempur dengan tentera Parsi.
Sebelum itu khalifah mendapat berita tentera Islam di bawah pimpinan panglima al Muthanna mengalami kekalahan dalam perang jambatan yang mana 4 ribu orang sudah syahid.
Pasukan tentera Islam yang dipinpin Sa’ad Abi Waqas akhirnya bertempur dengan tentera Parsi dalam Perang Al Qadisiyah. Akhirnya tentera Parsi mengaku kalah setelah ketua mereka Rustam terbunuh.
Kekalahan dalam Perang Al Qadisiyah menyebabkan maharaja Parsi mengerahkan seluruh kekuatan tentera bagi menghadapi tentera Islam. Kedua pasukan bertemu di Iraq dan mereka dipisahkan sungai Tigris.
Sa’ad Abi Waqas pun memohon doa kemudian menyuruh tenteranya membaca Hasbunallah wa ni’mal wakil yang ertinya “cukuplah bagi kita Allah dan Dia sebaik pemimpin” lalu memerintahkan tenteranya menyeberang sungai Tigris.
Dengan izin Allah, mereka meredah air sungai itu bagaikan berjalan di atas daratan sehinga ke semuanya tentera Islam berjaya menyeberangi dengan selamat. Melihat keajaipan yang luar biasa itu menyebabkan tentera Parsi lari bertempiaran….
Sa’ad Abi Waqas dilantik menjadi ganenor Kufah. Apabila timbul fitnah terhadapnya maka Khalifah Umar al Khattab menggantikannya dengan orang lain. Namun kepercayaan khalifah Umar terhadap Sa’ad Abi Waqas tidak berubah sehingga mahu melantiknya menjadi penggantinya sebagai khalifah tetapi ditolak oleh Sa’ad Abi Waqas.
Sebelum meninggal dunia Khalifah Umar berkata. “Aku bersetuju jika Sa’ad yang dipilih oleh majlis syura menjadi khalifah. Jika orang lain maka aku berpesan supaya khalifah selepas aku melantik Sa’ad untuk satu jawatan. Sesungguhnya aku memecat dia sebagai gabenor Kufah bukan kerana dia lalai atau kianat.”
Apabila majlis syura bersidang Sa’ad Abi Waqas menarik diri dari pencalunan sebagai khalifah. Saidina Uthman melantik Sa’ad Abi Waqas sebagai gabenor Kufah. Sekali lagi beliau difitnah sehingga beliau berdoa.
“Ya Allah, jika orang yang menfitnahku itu kerana riyak, dusta dan ingin mendapat nama maka butakanlah matanya dan biarkanlah dia menerima balasan fitnah.”
Doa Sa’ad Abi waqas dimakbulkan Tuhan. Orang yang menfitnah itu matanya menjadi buta.
Apabila berlaku perbalahan antara pengikut Saidina Ali dengan Muawiyah maka Sa’ad Abi Waqas bersikap berkecuali dengan tidak menyebelahi mana-mana pihak.
Ketika Khalifah Muawiyah berkuasa beliau mahu melantik Sa’ad Abi Waqas menjadi ketua panglimanya tetapi dengan tegas menolaknya dengan berkata.
“Apabila aku menghunus pedang jika dipukulkan kepada orang mukmin maka pedangku tidak melukai mereka tetapi jika dipukulkan kepada musuh Allah mereka akan terpotong.”
Sa'ad Abi Waqas lelaki Muhajirin yang terakhir meninggal dunia dan beliau berpesan.
“Kafani aku dengan jubah yang aku pakai semasa Perang Badar. Aku sengaja menyimpannya untuk keperluan tersebut.”
Sumber : Nukilan Abu Latip novelis

Cinta lelaki gua di Thailand dengan pelancong Rusia

KOH PHANGAN - THAILAND. Hanya dengan kata-kata romantis, pujuk rayu oleh seorang lelaki gua berjaya memujuk seorang pelancong Rusia pergi ke kediamannya tular di media sosial.
Kisah Jatuphum Losiri, 49, dikenali lelaki gua menjadi sensasi di negaranya selepas tampil berani mendedahkan kehidupan luar biasa di Koh Phangan, pulau yang menjadi tuan rumah bagi festival Songkran.
Dalam Facebook miliknya, dia memberitahu berjaya memujuk pelancong wanita untuk datang ke guanya.
"Ketika saya memandu sebuah motosikal menuju ke gua, saya nampak seorang wanita yang cantik paras rupanya dari seberang jalan.


"Saya berkata, kamu sudah menganggu saya, saya sedang menunggang motosikal untuk pulang tetapi kerana kecantikan awak, saya terpaksa berpatah balik," katanya.
Wanita itu pada awalnya menolak namun teruja selepas melihat beberapa keping gambar kehidupan Losiri di dalam gua.
Walaupun terdapat netizen yang mengagumi lelaki gua itu sebagai idola dan romantis, tetapi segelintir netizen memberitahu ia amat 'menyeramkan'.
Ramai netizen tidak bersetuju dengan tindakan dilakukan Losiri tetapi dia hanya membalas untuk 'unfollow' Facebook miliknya


Tarikh: 9 Oktober 2018
Sumber: http://www.sinarharian.com.my/global/lelaki-gua-popular-selepas-mengayat-pelancong-rusia-1.889352

Ahad, 7 Oktober 2018

Trip ke Indochina: Panduan mudah melancong ke Hong Kong dari Shenzen

Jika berada di Shenzen amat mudah untuk melancong ke Hong Kong. Amat senang untuk menyelesaikan urusan merentasi sempadan China dan Hong Kong secara overland. Border Shenzen di sebelah China dan Hong Kong saling berhubung antara satu sama lain dan hanya terletak bersebelahan sahaja. Hanya perlu berjalan kaki dengan mengikut signboard, anda dapat menyelesaikan urusan imigresen di sempadan Shenzen dan Hong Kong  dengan mudah dan cepat. Sempadan di sebelah Shenzen ialah Luohu manakala di sebelah Hong Kong ialah Lo’wu. Berkongsi sebutan dan ejaan yang hampir sama. Jangan keliru ok!

                                      

Prosedur Imigresen di China


a) Di Shenzen menuju imigresen China
1) Ambik Mrt  ke Louhu Station. Berjalan keluar.
2) Follow sahaja signboard untuk ke imigresen Hong Kong (berada dalam mall)
3) Ikut prosedur biasa imigresen China untuk cop passport.


Prosedur imigresen di Hong Kong


b) Memasuki sempadan Hong Kong (terletak bersebelahan mall sahaja)
4) Isi borang Voa dan beratur untuk cop passport
5) Keluar dari pejabat imigresen Hong Kong dan menuju ke MTR Lo’wu (train station).
6) Beli tiket ikut tempat yang ingin dituju (kawasan hotel yang ditempah) sama ada Kowloon/ Mongkok/ Tsim Tsa Tsui dsbg.
(pandai-pandai baca map MTR-perlu tukar line MTR)



Sebenarnya Hong Kong dan Shenzen juga turut dihubungkan melalui pengangkutan air. Jika inginkan kelainan boleh cuba menggunakan ferry untuk ke dua-dua destinasi ini. Port Shenzen terletak di Shekou. 

Info berguna sebelumnya baca sini. Info selanjutnya tentang Hong Kong di sini

Sabtu, 6 Oktober 2018

Korea Selatan dilanda Taufan Kong Rey: hati-hati jika melancong di sana

Dua maut, satu hilang Taufan Kong Rey landa Korea Selatan



SEOUL : Dua maut manakala seorang lagi dilaporkan hilang selepas Taufan Kong Rey membadai Korea Selatan hari ini.
Menurut agensi pengurusan bencana, seorang lelaki berusia 66 tahun maut ketika melintasi jambatan di bandar Gwangju, selatan Seoul.
Seorang lagi lelaki berusia 83 tahun ditemui maut selepas dihanyutkan arus deras sebatang sungai di selatan Yeongdeok, manakala seorang lagi berusia 76 tahun disahkan hilang akibat terjatuh ke dalam sungai di selatan pelabuhan Pohang.
Taufan berkenaan menyebabkan sebahagian besar negara dilanda hujan lebat sejak semalam sebelum bergerak meninggalkan semenanjung Korea tengahari tadi. - AFP
Tarikh: 6 Oktober 2018
Sumber: https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2018/10/482676/dua-maut-satu-hilang-taufan-kong-rey-landa-korea-selatan

Trip ke Indochina di China: Panduan penting sebelum melancong ke Hong Kong

Kota Shenzen lebih tenang dan aman. Jalan rayanya tidak sesibuk di Guangzhou. Bandar yang paling dekat dengan Hong Kong. Jika di Shenzen, sangat rugi jika tidak melancong ke Hong Kong. Bersempadan dengan Hong Kong, yang sampai ke Shenzen wajib masuk ke Hong Kong kerana ianya terlalu mudah dan cepat.Tetapi bagi rakyat Malaysia perlu mengambil kira beberapa perkara sebelum membuat keputusan memasuki Hong Kong.

1) Keperluan visa China
Memandangkan China memerlukan visa tetapi Hong Kong tidak. Visa berbeza diperlukan mengikut situasi.


a) Single entry China visa
Jika anda hanya masuk sekali sahaja ke China dan pulang melalui mana-mana airport di China atau keluar dari China dan balik melalui negara lain. cth. Masuk melalui China balik melalui Hong Kong/ Macau/mana-mana negara.

b) Double entry
Jika anda masuk ke China 2 kali melalui mana-mana pintu sempadan. Cth. Dari China pergi ke Hong Kong dan masuk balik ke China.
(mohon bertanya di Kedutaan China ketika membuat visa untuk lebih kepastian).

2) Kos perbelanjaan di Hong Kong
Rancang perjalanan dengan mengambil kira segala aspek iaitu kos melancong di Hong Kong dan juga keperluan visa. Perbelanjaan di Hong Kong lebih tinggi berbanding di Shenzen. Harga penginapan di Hong Kong mendadak naik dan sangat berbeza dengan keadaan bilik yang ditawarkan berbanding harga hotel. Tetapi ituah situasi yang berlaku jika berkunjung ke Hong Kong.  Keadaan bilik di Hong Kong hanya seluas katil dengan sedikit ruang muat-muat untuk berjalan seorang. Di Hong Kong jika mementingkan keselesaan penginapan perlu sanggup mengeluarkan belanja tinggi untuk menginap di hotel berbintang dan paling bagus untuk menyewa Air BnB. Sesuai untuk yang datang melancong bersama-sama keluarga atau melancong dalam kumpulan. Tidak hanya penginapan, harga makanan di Hong Kong juga agak mahal untuk satu hidangan.

3) Tiket penerbangan
Lebih baik membuat perjalanan sehala dari China ke Hong Kong/Macau atau route sebaliknya dari Hong Kong/Macau ke China. Route sehala lebih menjimatkan anda dari membuat visa double entry yang lebih mahal berbanding single entry. Juga lebih menjimatkan masa dan tenaga tanpa perlu bergerak ke sana sini 2 kali.

Cadangan route:
1) Macau-Hong Kong-Shenzen-Guangzhou
2) Hong Kong-Shenzen-Macau
3) Guangzhou-Shenzen-Macau-Hong Kong

Banyak info berguna di Shenzen di sini. Untuk panduan overland Shenzen-Hong Kong baca  sini


Cari

Like Us


Hot in week

Recent

Comments


Follow Instagram

Translate

index