Korang yang suka travel mesti tahu, antara cara
murah mendapatkan tiket Air Asia selain daripada beli tiket pada waktu promosi,
anda juga boleh menebuskan mata big point yag terkumpul untuk mendapatkan tiket
ke sesuatu destinasi. Korang juga patut tahu cara mudah kumpul mata big point Air Asia.
Tetapi, jika hanya mengharapkan mata big point
melalui pembelian tiket air asia semata-mata, korang perlu menunggu lama untuk
mengumpul mata point yang mencukupi sebelum dapat menebus point tersebut. Air
asia hanya memberikan ganjaran 1point untuk
setiap ???
Point akan dikreditkan ke akaun big point korang
sekurang-kurangnya sebulan selepas
pelepasan. Bermakna korang perlu ada akaun air asia sendiri untuk memastikan
korang dapat mengumpul mata big point. Jika korang belum ada akaun, klik dan
sign up akaun big point korng
Namun, sekarang korang boleh menggunakan 2 cara yang
akan diterangkan dengan detail dibawah bagaimana untuk mengumpul mata big point
dengan cepat dan pantas tanpa memerlukan modal wang yang banyak.
1) Big pay kad.
Ini cara pertama untuk mengumpul mata big point Air
Asia. Dengan menggunakan kad big pay, korang boleh mengumpul mata point Air
Asia dengan mudah. Kad ini berfungsi seperti kad debit biasa seperti kad bank. Tetapi
kelebihan membuat pembayaran dengan menggunakan kad ini ialah, korang akan
diberikan ganjaran mata big point untuk:
i) Setiap RM 50 untuk 1 point yang dipindahkan ke
dalam kad.
ii) Setiap RM20 untuk 1 point bayaran dengan menggunakan
big pay kad untuk shopping di mall, supermarket, website e-commerce lazada,
shopee, isi minyak, pembayaran bill dan
sebagainya.
iii) Setiap RM 1 untuk 2 point bagi pembayaran
shopping di overseas.
Paling best untuk korang selalu travel ke luar
negara, kad ini boleh digunakan di
mana-mana mesin ATM di luar negara
dengan kadar tukaran mata wang yang agak tinggi berbanding dengan penukaran di
money changer. Kad big pay memang sangat membantu memudahkan urusan para
pelancong tanpa perlu lagi memikirkan keselamatan wang yang dibawa. Dengan hanya
sekeping kad big pay, anda boleh travel ke mana-mana sahaja tanpa perlu risau
untuk menukar wang terlebih dahulu. Selain itu untuk pembayaran tiket Air Asia
anda tidak akan dikenakan processing fee. Sangat best kan?
Ini langkah bagaimana korang dengan mudah dapat
memohon kad ini. Ikuti langkah mudah dibawah:
STEP 1
Mula-mula install apps BIGPAY kat dalam Play Store atau App Store
STEP 2
Lepas tu sign up kad BigPay ni guna handfon kita je
STEP 3
Masukkan kod ni V206MDKMKM untuk claim RM10 PERCUMA
dari Air Asia. Tak ambik ni rugi la, siapa nak bagi duit free?
STEP 4
Dah selesai semua, top up RM20 untuk aktifkan kad. Top up ni boleh guna kad
kredit or online banking. Dah settle.
*Once activate, dalam account ada RM10(referral code)+RM20 =RM30
STEP 5
Kad tu dia akan pos ke alamat kita, dlm 5 - 7 hari bekerja dah sampai, tak
payah bayar apa-apa utk pos. Tunggu je kad sampai kat rumah sambil goyang kaki.
Tak perlu pergi bank, atau
pergi mana-mana kaunter untuk nak buat kad ni. Mudah sangat.
2) Shopback cashback
Tapi sebelum itu, ada ada bagusnya korang kumpul duit daripada setiap pembelian online daripada mana-mana platform e commerce seperti lazada, shopee, agoda dan sebagainya.
Aplikasi ini membenarkan korang untuk mendapatkan
balik sedikit cashback daripada setiap pembelian dari mana-mana platform e
commerce yang terdapat dalam shopback.
Melalui aplikasi ini, korang akan akan diberikan cashback bergantung pada platform e commerce dan juga jumlah pembelian. Semakin banyak pembelian, semakin banyak pulangan cashback korang dapat.
Korang jangan risau kerana terdapat berpuluh-puluh e commerce yang korang boleh guna melalui aplikasi ini. Terdapat e commerce untuk shopping barangan kecantikan, fesyen, pelancangon, dan banyak lagi.
Caranya mudah sahaja:
i) download aplikasi shopback di link ini klik sini
ii) korang sign up untuk daftar
iii) setiap kali korang nak beli melalui shopee,lazada, zalora atau apa sahaja..korang hanya perlu masuk melalui aplikasi ini terlebih dahulu.
Mudah kan untuk mengumpul duit daripada setiap pembelian.
3) YouGov point
Pernah tak korang terfikir hanya dengan menjawab
soalan-soalan soal selidik korang dapat menebus dengan mata big point Air Asia?
Perkongsian ini sangat benar guys bukan tipu atau scammer. Cuba korang tengok
gambar di bawah jika tak percaya. Ianya benar!
Jadi macam mana korang dapat mengumpul big point Air
Asia melalui YouGov? Untuk pengetahuanr korang, You Gov adalah merupakan web
yang menjalankan kerja-kerja penyelidikan berkaitan apa sahaja yang memfokuskan
respondennya dari kalangan orang Asia. Hasil kajian dari laman web ini banyak
digunakan untuk menunjukkan respon masyarakat tentang sesuai isu atau perkara.
Untuk menjawab soal selidik dari web ini korang
perlu berdaftar dengan sign up free klik sini register akaun korang dengan
mengikuti langkah-langkah mudah yang ditetapkan.
Soal selidik akan dihantar ke email korang dari masa
ke semasa. Pastikan korang sentiasa membuka email untuk menjawab soal selidik
yang berkaitan. You Gov akan memberikan anda mata ganjaran setiap kali selepas
anda menjawab soal selidik. Mata ganjaran yang terkumpul dari akaun You Gov
boleh ditebus ke mata ganjaran Air Asia. Setiap 5000 mata You Gov untuk 2500 mata big point Air Asia.
Jadi rajin-rajinkan diri korang untuk selalu
menjawab soal selidik yang dihantar. Semakin banyak anda menjawab soal selidik,
semakin banyak mata ganjaran You Gov, semakin cepat anda boleh menebus ke mata
big point Air Asia.
Good luck guys!
Selamat terbang dan mengembara!