DISQUS SHORTNAME
Jumaat, 30 November 2018
Alert! Tiada lagi pengumuman penerbangan di KLIA dan KLIA2
KUALA LUMPUR: Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur KLIA dan KLIA2 akan turut serta dalam kempen Silent Airport, bermula Disember ini.
Dalam satu kemaskini di akaun Twitter, Malaysia Airlines memaklumkan tiada lagi pengumuman di kedua-dua buah lapangan terbang itu dan meminta penumpang merujuk kepada papan informasi digital yang ada di dalam lapangan terbang untuk sebarang maklumat terbaharu dan penting.
Dalam satu kemaskini di akaun Twitter, Malaysia Airlines memaklumkan tiada lagi pengumuman di kedua-dua buah lapangan terbang itu dan meminta penumpang merujuk kepada papan informasi digital yang ada di dalam lapangan terbang untuk sebarang maklumat terbaharu dan penting.
Kempen Silent Airport merupakan satu polisi yang dimulakan sejak beberapa tahun lalu, di mana jumlah pengumuman menerusi pembesar suara dikurangkan.
Pengumuman yang dibuat hanya akan membabitkan situasi kritikal, atau perubahan saat akhir.
Antara lapangan terbang yang telah menyertai kempen ini adalah Lapangan Terbang London City, Lapangan Terbang Antarabangsa Cape Town dan Lapangan Terbang Helsinki.
Pengumuman yang dibuat hanya akan membabitkan situasi kritikal, atau perubahan saat akhir.
Antara lapangan terbang yang telah menyertai kempen ini adalah Lapangan Terbang London City, Lapangan Terbang Antarabangsa Cape Town dan Lapangan Terbang Helsinki.
Tarikh: 30 November 2018
Sumber: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/tiada-lagi-pengumuman-di-klia-klia2-192482
Ahad, 25 November 2018
Penang Central dibuka secara rasmi
Penang Sentral iaitu terminal canggih di utara yang terletak di Butterworth telah mula beroperasi 22 November 2018.Berbeza dengan TBS, Penang Sentral turut menghubungkan feri, selain bas, teksi dan Komuter/KTM.
Penang Sentral mempunyai keluasan 82,000 kp dan dijangka akan menerima
kunjungan 3,000 orang setiap hari pada hari2 biasa dan akan meningkat pada hari
cuti. Ianya menyediakan perkhidmatan:
- 250 perjalanan bas ekspress
- 500 bas tempatan henti2
- 32 perjalanan Komuter
- 10 perjalanan ETS
- 50 perjalanan feri pergi balik.
Terdapat 38 kaunter tiket bas dengan kemudahan canggih layan
diri. Dan ada 580 tempat meletak kereta yang turut disediakan untuk kemudahan
pengunjung. Sehingga kini hampir 90% ruang niaga juga telah pun disewakan bagi pelbagai
perniagaan.
Disini jadual perjalanan bas ekspres lengkap dipaparkan di skrin seperti di
Airport. Menariknya, ada tempat untuk bersantai di
luar untuk menghirup angin laut sambil melihat pemandangan indah Pulau Pinang
dari sini.
Anda juga
boleh membeli pas bulanan tempat meletak kereta di sini untuk lebih berjimat
bagi yang kerap menggunakannya.
Rabu, 14 November 2018
Panduan lengkap memohon visa China
Hai semua!
Kali ni penulis nak kongsi tips dan panduan lengkap untuk dapatkan visa China.
Sumber: Fb Chey Chen
Langkah-langkah:
1. Permohonan visa China
boleh dibuat secara online di pautan berikut :
https://www.visaforchina.org/…/howt…/quickaccess/index.shtml
https://www.visaforchina.org/…/howt…/quickaccess/index.shtml
2. Sila klik 'Enter' di kotak
application form.
3. Kemudian akan keluar
instruction for online visa. Di sini kalau rajin dan banyak masa boleh baca
satu per satu. Kalau malas boleh terus scroll sampai bawah dan jumpa butang
'next'. Klik butang itu dengan sopan.
4. Seterusnya akan keluar
paparan seperti gambar ke 3. Untuk makluman, terdapat 2 visa centre iaitu di
Kuala Lumpur dan Pulau Pinang dan anda boleh letak 'Kuala Lumpur' untuk
kedua-dua lokasi ini. Anda hendaklah memasukkan verification code dan klik 3
pilihan urusan. Untuk permohonan pertama kali, pilih A. Jika anda sudah memohon
dan simpan maklumat tapi belum submit, boleh pilih B.
5. Gambar ke-4 merupakan
borang yang anda perlu isi. Tiada apa yang perlu digusarkan kerana common
details sahaja. Macam family details tu penulis letakkan semua kaum kerabat
penulis.
6. Di gambar ke 5, anda perlu
pilih jenis visa dan tempoh yang dikehendaki. Menurut maklumat yang diberikan,
visa hanya dikeluarkan untuk single entry dan two entries for 3-6 months.
(mohon share kalau maklumat ni tak betul)
7. Anda hendaklah list
mengikut turutan tempat yang anda akan lawati. Anda juga dikehendaki mengisi
ruangan negara yang dilawati dalam tempoh setahun.
8. Selesai anda submit, sila
print keluar borang dan terus tandatangan di ruangan bertanda merah.
9. Sebelum anda ke Visa
Centre, pastikan anda telah sediakan perkara berikut ;
❤️ Borang Visa yang siap tandatangan.
❤️ Salinan Itinerary Flight.
❤️ Salinan Pasport.
❤️ Gambar background putih 2 keping.
❤️ Passport sekurangnya valid 6 bulan
❤️ Salinan Itinerary Flight.
❤️ Salinan Pasport.
❤️ Gambar background putih 2 keping.
❤️ Passport sekurangnya valid 6 bulan
10. Urusan di visa center
sangat mudah dan lancar. Petugas di kaunter akan check segala maklumat sebelum
diberi nombor giliran. Anda akan diberi satu slip untuk urusan collection
passport anda. Anda boleh wakilkan pihak lain untuk urusan ini kerana tiada
proses biometrik seperti visa India. Mengikut pengalaman penulis, visa ini
mengambil masa 7-8 hari untuk visa normal, kalau urgent boleh pilih express.
Bayaran dibuat secara tunai di kaunter. Refer gambar terakhir untuk kadar
bayaran.
Ahad, 11 November 2018
Air Asia batal route ke Auckland: Ini pilihan route alternatif
Air Asia telah membuat pengumuman rasmi untuk membatalkan route dari Auckland, New Zealand bermula Februari 2019. Tetapi korang jangan risau, ini ada beberapa laluan yang korang boleh pilih untuk ke Auckland, New Zealand dikongsikan oleh Maya Mayati di Facebooknya.
Pada masa
akan datang, akses dari Kuala Lumpur ke New Zealand boleh dilakukan melalui
beberapa opsyen. Anda masih boleh mengambil pilihan penerbangan
1) Tambang murah
Air Asia melalui destinasi Australia seperti Sydney, Melbourne-Avalon dan Gold
Coast.
2) Seterusnya, mengambil
penerbangan dengan syarikat tambang murah tempatan seperti Jetstar ke destinasi
New Zealand seperti Auckland, Christchurch atau Queenstown.Kaedah ini masih menjimatkan
dan keperluan visa di Australia adalah tertakluk kepada tempoh masa sesuatu
transit.
3). Bagi pilihan menggunakan
syarikat penerbangan premium, Malaysia Airlines masih menawarkan penerbangan
terus dari Kuala Lumpur ke Auckland.
4) Selain itu, Singapore
Airlines juga turut ke Auckland dan Christchurch, dengan pilihan penerbangan
yang akan transit di Changi dan Australia.
Berdasarkan pemerhatian,
penerbangan melalui code-shares airlines ini dilihat lebih efektif dan
memudahkan kerana tempoh transit kebiasaannya tidak melebihi 8 jam.
Jika anda mempunyai
perancangan transit di Australia, dan tempohnya adalah kurang dari 8 jam serta
tiada keperluan meninggalkan kawasan transit, anda tidak memerlukan visa
transit.
Kebiasaannya, kaedah ini
adalah terpakai bagi code-shares airlines seperti saya nyatakan tadi.
Maklumat visa transit boleh
rujuk di sini:
https://www.homeaffairs.gov.au/…/do-i-need-a-visa-to-transi…
https://www.homeaffairs.gov.au/…/do-i-need-a-visa-to-transi…
Walau bagaimanapun,
sekiranya anda memilih penerbangan berbeza (bukan code-shares) yang memerlukan
anda keluar dari kaunter imigresen bagi mendapatkan connecting flight, keperluan
visa bagi memasuki Australia menjadi suatu kemestian.
Visa ini perlu dimohon lebih
awal dari Malaysia dan tertakluk kepada kelulusan oleh pihak berkuasa
Australia.
Maklumat berkenaannya seperti
berikut:
https://www.homeaffairs.gov.au/trav/visa-1/601-
https://www.homeaffairs.gov.au/trav/visa-1/601-
Sekian. Moga membantu!
Kredit: Fb Hawa Mayati
Langgan:
Catatan (Atom)
Cari
Like Us
Tabs
Hot in week
-
KUALA LUMPUR: The Malaysian ePassport, has earned the Immigration Department the 2018 Regional ID Document of the Year Award. Immigratio...
-
Tempat ini merupakan tumpuan pelancong. Harga hotel boleh dikatakan agak mahal bagi yang melancong ke sini secara backpackers. Tetapi, ian...
-
Aranyaprathet merupakan pusat bundle ke -2 terbesar di dunia dan terbesar di Asia. Disini dapat ditemukan barang-barang original yang lari ...
Recent
Comments
Follow Instagram
Blog Archieve
- Mei 2020 (1)
- April 2020 (8)
- Mac 2020 (5)
- Oktober 2019 (3)
- Ogos 2019 (1)
- Julai 2019 (3)
- Mei 2019 (2)
- April 2019 (3)
- Mac 2019 (7)
- Februari 2019 (6)
- Januari 2019 (4)
- Disember 2018 (3)
- November 2018 (11)
- Oktober 2018 (30)
- September 2018 (10)
- Ogos 2018 (2)
- Julai 2018 (13)
- Mei 2018 (7)
- April 2018 (13)
- Mac 2018 (15)
- Februari 2018 (8)
- Januari 2018 (10)
- Disember 2017 (3)
- November 2017 (6)
- Oktober 2017 (9)
- September 2017 (5)