DISQUS SHORTNAME

Jumaat, 12 Oktober 2018

Hati-hati gais! Penipu tiket penerbangan viral 2016 kembali menjalankan operasi penipuan

KUALA LUMPUR: Terpedaya dengan tawaran kenalan lama di zaman belajar, seorang pegawai pemasaran mendakwa mengalami kerugian RM15,400 akibat ditipu menggunakan tiket penerbangan palsu.
Mangsa, Mohamad Syafarin Izarul Aiman Syairul Azli, 21, berkata, dia mula berurusan dengan seorang wanita pada Julai lalu selepas ditawarkan tiket penerbangan ke pelbagai lokasi di dalam dan luar negara dengan diskaun menarik.
“Wanita itu memaklumkan kepada saya bahawa dia boleh mendapatkan tiket penerbangan dengan diskaun 50 hingga 75 peratus daripada harga asal.


“Segala tempahan hanya dilakukan menerusi perbualan di aplikasi WhatsApp dan urusan pembelian akan dilakukan olehnya kerana dia mendakwa dirinya mempunyai hubungan kuat dengan pihak pengurusan syarikat penerbangan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
“Pada mulanya penerbangan saya serta ahli keluarga ke destinasi pilihan berjaya dan kami mendapat tiket seperti yang ditempah.
“Namun masalah mula timbul apabila tempahan tiket penerbangan seterusnya untuk keluarga ibu saudara saya ke United Kingdom, September lalu, tidak diperoleh dalam masa yang ditetapkan sedangkan dia berjanji untuk memberikan nombor tempahan tiket selewat-lewatnya seminggu atau tiga hari sebelum tarikh penerbangan.
“Selepas didesak, dia memberikan nombor tempahan tiket menerusi e-mel sehari sebelum penerbangan. Ibu saudara saya sekali lagi berdepan masalah apabila gagal mendaftar masuk dan saya pasti nombor tiket itu adalah palsu,” katanya.
Mohamad Syafarin Izarul berkata, selepas mendapati tiket itu palsu, dia meminta wanita terbabit memulangkan semula duit tempahan tiket berjumlah RM11,500.
“Dia sangat licik dan hanya memberikan salinan transaksi palsu pemulangan wang selepas ibu saudara saya membuat semakan ke atas akaun banknya.
“Bukan hanya tiket itu, saya juga ditipu dengan tiket ke Kota Kinabalu berjumlah RM1,300, Sydney bernilai RM1,500 dan 20 tiket penerbangan domestik berjumlah RM1,100,” katanya.
Menurutnya, dia membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, di sini, pada 6 Oktober lalu untuk menuntut individu berkenaan memulangkan wangnya.
Sebelum ini pada 14 Mac 2017, Harian Metro melaporkan wanita terbabit yang berusia 23 tahun licik memerangkap lebih 100 mangsa dalam tempoh hampir setahun dengan menggunakan aplikasi dalam talian untuk mengeluarkan tiket palsu menyebabkan mangsa kerugian RM20 juta.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Shaharuddin Abdullah mengesahkan pihaknya menerima laporan mangsa dan kes berkenaan dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam untuk tindakan lanjut.

Tarikh: 11 Oktober 2018

Sumber: https://www.hmetro.com.my/utama/2018/10/385412/terus-ligat-jual-auta


Khamis, 11 Oktober 2018

Ini sebab Polis India garang dengan pelancong

NEW DELHI: Polis bersenjata di lapangan terbang India diarahkan supaya kurang tersenyum, dengan pegawai menyalahkan serangan pengganas Amerika Syarikat (AS) pada 2001 sebahagiannya kerana memfokuskan secara berlebihan sikap mesra, lapor media tempatan semalam.
Pasukan Keselamatan Perindustrian Pusat (CISF), yang bertanggungjawab terhadap keselamatan penerbangan, akan beralih daripada ‘sistem senyuman lebar’ kepada ‘sistem senyuman seadanya’, lapor akhbar Indian Express dalam satu laporan muka depan.
Akhbar bahasa Inggeris itu berkata, langkah itu menyasar menjadikan CISF ‘lebih berwaspada berbanding mesra.’
“Kita tidak boleh terlebih mesra dengan penumpang kerana satu daripada alasan dipetik mengapa 9/11 berlaku, adalah kebergantungan berlebihan terhadap paparan mesra penumpang,” kata Ketua Pengarah CISF, Rajesh Ranjan dipetik sebagai berkata.
Ranjan juga berkata, kakitangan CISF akan dilatih dalam analisis tingkah laku oleh perunding antarabangsa.
India menyaksikan peningkatan enam kali ganda jumlah penumpang sejak sedekad lalu ketika rakyatnya mengambil peluang perhubungan lebih baik dan tambang murah dalam sektor persaingan tinggi itu.
Namun lapangan terbang bergelut menangani peningkatan itu dan analisis memberi amaran, kerajaan perlu membelanjakan bilion dolar untuk meningkatkan kapasiti dan keselamatan.
Awal bulan ini, kerajaan berkata, sesetengah penumpang domestik boleh meninggalkan pas berlepas di rumah, berikutan teknologi pengesan wajah dipasang di lapangan terbang. -AFP
Tarikh: 10 Oktober 2018
Sumber: https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2018/10/484067/jangan-senyum-polis-lapangan-terbang-india-bertukar-garang

4 pegawai imigresen Thailand dipecat gara-gara tip

BANGKOK: Empat pegawai imigresen di sebuah lapangan terbang sibuk di ibu kota Thailand di sini dipecat selepas siasatan mendapati, mereka mengambil rasuah daripada pelancong China untuk mempercepatkan permohonan visa, kata seorang pegawai semalam.
Rakyat China mencatat suku daripada ketibaan 35 juta pelancong Thailand setahun, menjadikan mereka blok terbesar pelawat ke negara itu mengikut kerakyatan.
Mereka biasanya menunggu dalam barisan panjang di petak imigresen sibuk di Don Mueang, satu daripada dua lapangan terbang antarabangsa di ibu kota ini dan perlu membayar 2,000 baht (RM249.45) untuk mendapatkan visa ketika tiba.
Namun Ketua Biro Imigresen baharu, Mejar Jeneral Surachate Hakparn, memberitahu AFP, beliau diberi maklumat bagaimana sesetengah mereka tidak perlu beratur panjang.
“Kami menerima dakwaan daripada pelancong, mereka boleh mempercepatkan permohonan visa jika membayar tip sebanyak 300 baht (RM37.74) di laluan pantas. Ini menyebabkan satu siasatan, yang menjurus seorang pegawai mengakui menerima bayaran itu,” kata Surachate.
Katanya, pegawai terbabit bersama tiga pegawai kanan imigresen termasuk seorang superintendan, dipecat ketika siasatan diteruskan.
Dinaikkan pangkat sebagai ketua biro imigresen bulan lalu, Surachate, bekas timbalan ketua polis pelancongan merombak jawatan baharu dengan meminda beberapa perubahan segera dalam jabatannya.
Minggu lalu, papan tanda besar didirikan di lapangan terbang seluruh negara, bertulis dalam tiga bahasa bahawa tiada tip diperlukan untuk melalui imigresen.
“Saya mendengar perkara ini berlaku sejak sekian lama. Kini kami serius menghapuskannya,” katanya.
Penyingkiran empat pegawai imigresen itu susulan satu pergaduhan bulan lalu apabila satu video klip pelancong China dipukul seorang pengawal lapangan terbang muncul. Dua kakitangan kanan lapangan terbang digantung tugas berikutan kejadian itu. -AFP
Tarikh: 10 Oktober 2018
Sumber: https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2018/10/484063/4-pegawai-imigresen-thailand-dipecat-gara-gara-tip

Rabu, 10 Oktober 2018

18 info ini penting untuk anda tahu sebelum melancong ke China

Panduan lengkap tentang info-info yang perlu anda tahu sebelum melancong ke China.

1) Masyarakat
Di China, terlalu ramai ummah manusia yang bertebaran di segala ceruk terutamanya di mall dan shopping komplek. Ada yang cina Ughur, Tibet dan dikalangan mereka ada yang beragama Islam.

2) Bahasa
Mereka hanya bercakap dan menulis dalam bahasa Mandarin, Hokkien, dan lain-lain. Tidak ramai yang boleh bercakap English dan inilah yang akan menyukarkan perjalanan anda untuk melancong kesini.

3) Matawang
Untuk pergi ke mana-mana sahaja di negara China anda perlu menukar matawang ke yuan atau Renminbi. Di China mereka lebih suka membahasakan matawang mereka dengan Renminbi. Jangan membawa duit Malaysia kerana tiada tukaran ringgit ke Yuan di sini.

4) Cuaca
China merupakan negara 4 musim yang mengalami musim panas, sejuk, luruh dan bunga silih berganti. Untuk kesini, check keadaan musim disini supaya anda dapat menyediakan pakaian yang bersesuaian. 

5) Visa
Rakyat Malaysia perlukan visa untuk memasuki negara China. Perlu memohon di Kedutaan China di Hampshire Place Office, turun di LRT Ampang Park. Ada 3 jenis visa iaitu single entry, double entry dan multiple entry. Setiap pilihan visa adalah berbeza harga dan anda perlu memohon visa bersesuaian dengan perjalanan anda.

6) Masa
Waktu disini sama seperti di Malaysia.

7) Plug
Plug disini berbeza dengan di Malaysia dan bawa travel adapter untuk tujuan caj bateri.

8) Internet
Polisi kerajaan China tidak membenarkan rakyat mereka menggunakan segala aplikasi media social dan juga google. Untuk menggunakan fb dan juga di China memerlukan anda mendowload aplikasi VPN sebagai proxy untuk melayari internet. Download sahaja aplikasi VPN sebelum bertolak ke China.

9) Sim kad
Sim kad China Mobile atau China Unicom agak mahal. Pastikan anda tahu keperluan internet anda dan jika menggunakan telco yang menawarkan servis roaming murah, adalah lebih berbaloi untuk roaming sahaja berbanding membeli sim kad.

10) Kad kredit
China sukar menerima kad kredit malah hampir tidak menerima pembayaran melalui kad kredit dari bank Malaysia. Bawak duit secukupnya untuk keperluan membeli belah dan juga memborong di sini.

11) Duit palsu
Seboleh mungkin elakkan menukar wang di money changer di China. Di sini terdapat banyak wang palsu. Bawa wang secukupnya dan jika memerlukan wang tambahan lebih baik keluarkan dari mesin ATM.

12) Tanda halal
Perkataan halal dalam bahasa Mandarin adalah Qing Zhen. Untuk mengenal pasti kedai halal ialah melalui tanda hijau seperti dibawah.

13) Waktu solat
Untuk menyemak waktu solat ketika di China check melalui website ini www.islamchina.com

14) Tandas
Perlu bawak botol air untuk memudahkan bersuci. Disini memang semua tandas tidak ada paip air, ada yang tidak mempunyai pintu dan bersedia dengan keadaan tandas kotor.


15) Peak season di China
Elakkan bercuti di sini pada waktu-waktu perayaan dan juga cuti umum disini. Keadaan akan sangat sesak dengan orang tempatan dan anda akan bermasalah untuk berjalan-jalan dan membeli tiket apabila terpaksa beratur panjang.

16) Penginapan/ Hotel
Hanya hotel besar dan berbintang sahaja yang dapat dilihat di jalan-jalan utama dan di sign board tertulis perkataan ‘Hotel” . Jika anda menginap di hostel murah, kebanyakkan hostel tersebut terletak di dalam bangunan apartment. Dan hanya hotel tertentu sahaja yang dibenarkan menerima pelancong asing. (Check status hotel tersebut boleh menerima pelancong atau tidak). Anda akan mengalami masalah besar jika receptionist atau pemilik hostel tidak boleh berbahasa Inggeris. Untuk menempah hotel disini, pastikan anda mempunyai maklumat lengkap lokasi hote tersebut. Dapatkan email, we chat, whatsapp atau apa saja yang dapat dihubungi jika anda tersesat mencari hostel tersebut.

17) Pengangkutan
Tidak perlu risau dengan masalah pengangkutan ketika di China. Perkhidmatan Metro sangat efisyen dan bergerak dalam selang waktu yang hanya 5 minit menunggu. Banyak tempat menarik di China boleh diaccess menggunakan metro. Jaringan pengangkutan train ke antara bandar dan juga negeri serta wilayah boleh dipilih sama ada menggunakan keretapi laju, biasa, atau sederhana laju. Pengangkutan udara melalui flight juga turut tersedia.

18) Keselamatan
Disini jika menggunakan Metro, anda akan melihat askar berjaga di semua pintu masuk dan keluar lengkap dengan senapang. Tidak cukup dengan itu, setiap kali menggunakan subway, anda diwajibkan untuk mengimbas segala beg dan badan. Jangan bawa peralatan tajam dan berbahaya disini seperti gunting, pisau jika tidak ingin menimbulkan masalah. Jika mesin berbunyi, anda perlu bersoal jawab dengan pegawai yang bertugas dan perlu mengisi nama di borang berkaitan. (proses seperti mendaftar barang yang dibawa). 

Info bermanfaat di Shenzen klik sini. Info bermanfaat tentang overland ke Hong Kong sini.

Selasa, 9 Oktober 2018

Sejarah Islam di Bumi China: Keperibadian Hebat Manusia Pertama Menjulang Islam di China

Kisah Sa’ad Abi Waqas memang menarik kerana keimanan beliau setelah memeluk Islam serta kehebatan beliau setelah diberi tanggung jawab memimpin tentera Islam dalam perang Al Qadisiyah yang membawa kejatuhan kerajaan Parsi.
Sa’ad Abi Waqas berasal dari keluarga Quraisy yang terhormat itu menerima bantahan keras daripada ibunya sendiri apabila beliau memeluk Islam. Ibunya menentang dengan pelbagai cara sehingga sanggup melakukan mogok lapar dengan harapan anak kesayangannya berubah pendirian. Namun Sa’ad Abi Waqas dengan tegas berkata.
“Wahai ibuku, demi Allah, jika ibu mempunyai seratus nyawa dan nyawa itu hilang satu demi satu aku tidak akan meninggalkan agamaku ini.”
Kata-katanya itu membuat ibunya kecewa dan marah lalu menghalau Sa’ad keluar dari rumah hanya dengan sehelai sepinggang. Kemudian Sa’ad Abi Waqas ikut berhijrah ke Madinah.

Antara kelebihan Sa’ad Abi Waqas doanya makbul dan apabila memanah tepat mengenai sasaran. Ini kerana Nabi Muhamad saw pernah mendoakannya.
“Ya Allah, jadikanlah sasaran panahnya tepat dan makbulkan doanya.”
Pada suatu hari ketika Rasulullah saw sedang berbual dengan para sahabat tiba-tiba baginda berkata, “Sekarang akan muncul di hadapan kamu seorang lelaki ahli syurga.”
Tidak lama kemudian muncul Sa’ad Abi Waqas. Mereka bertanya apakah ibadat yang dilakukannya sehingga mendapat kedudukan yang tinggi.
Kata Sa’ad Abi Waqas, “Saya beribadat seperti kamu juga. Hanya saya tidak pernah menaruh perasaan dendam atau berniat jahat terhadap seorang pun di antara kaum muslimin.”
Semasa Perang Badar Sa’ad Abi Waqas bertempur dengan gagah berani. Begitu juga dalam Perang Uhud beliau antara sahabat yang sentiasa berada di sisi Rasulullah serta melindunginya.
“Panahlah hai Sa’ad, ibu bapaku jadi jaminannya,” kata Rasulullah sambil menghulurklan anak-anak panah kepada Sa’ad Abi Waqas.
Sa'ad Abi Waqas juga mendapat gelaran “Singa yang menyembunyikan kukunya.”Kerana itu beliau diberi tanggung jawab oleh khalifah Umar al Khattab memimpin 30 ribu tentera Islam bagi membantu pasukan yang sedang bertempur dengan tentera Parsi.
Sebelum itu khalifah mendapat berita tentera Islam di bawah pimpinan panglima al Muthanna mengalami kekalahan dalam perang jambatan yang mana 4 ribu orang sudah syahid.
Pasukan tentera Islam yang dipinpin Sa’ad Abi Waqas akhirnya bertempur dengan tentera Parsi dalam Perang Al Qadisiyah. Akhirnya tentera Parsi mengaku kalah setelah ketua mereka Rustam terbunuh.
Kekalahan dalam Perang Al Qadisiyah menyebabkan maharaja Parsi mengerahkan seluruh kekuatan tentera bagi menghadapi tentera Islam. Kedua pasukan bertemu di Iraq dan mereka dipisahkan sungai Tigris.
Sa’ad Abi Waqas pun memohon doa kemudian menyuruh tenteranya membaca Hasbunallah wa ni’mal wakil yang ertinya “cukuplah bagi kita Allah dan Dia sebaik pemimpin” lalu memerintahkan tenteranya menyeberang sungai Tigris.
Dengan izin Allah, mereka meredah air sungai itu bagaikan berjalan di atas daratan sehinga ke semuanya tentera Islam berjaya menyeberangi dengan selamat. Melihat keajaipan yang luar biasa itu menyebabkan tentera Parsi lari bertempiaran….
Sa’ad Abi Waqas dilantik menjadi ganenor Kufah. Apabila timbul fitnah terhadapnya maka Khalifah Umar al Khattab menggantikannya dengan orang lain. Namun kepercayaan khalifah Umar terhadap Sa’ad Abi Waqas tidak berubah sehingga mahu melantiknya menjadi penggantinya sebagai khalifah tetapi ditolak oleh Sa’ad Abi Waqas.
Sebelum meninggal dunia Khalifah Umar berkata. “Aku bersetuju jika Sa’ad yang dipilih oleh majlis syura menjadi khalifah. Jika orang lain maka aku berpesan supaya khalifah selepas aku melantik Sa’ad untuk satu jawatan. Sesungguhnya aku memecat dia sebagai gabenor Kufah bukan kerana dia lalai atau kianat.”
Apabila majlis syura bersidang Sa’ad Abi Waqas menarik diri dari pencalunan sebagai khalifah. Saidina Uthman melantik Sa’ad Abi Waqas sebagai gabenor Kufah. Sekali lagi beliau difitnah sehingga beliau berdoa.
“Ya Allah, jika orang yang menfitnahku itu kerana riyak, dusta dan ingin mendapat nama maka butakanlah matanya dan biarkanlah dia menerima balasan fitnah.”
Doa Sa’ad Abi waqas dimakbulkan Tuhan. Orang yang menfitnah itu matanya menjadi buta.
Apabila berlaku perbalahan antara pengikut Saidina Ali dengan Muawiyah maka Sa’ad Abi Waqas bersikap berkecuali dengan tidak menyebelahi mana-mana pihak.
Ketika Khalifah Muawiyah berkuasa beliau mahu melantik Sa’ad Abi Waqas menjadi ketua panglimanya tetapi dengan tegas menolaknya dengan berkata.
“Apabila aku menghunus pedang jika dipukulkan kepada orang mukmin maka pedangku tidak melukai mereka tetapi jika dipukulkan kepada musuh Allah mereka akan terpotong.”
Sa'ad Abi Waqas lelaki Muhajirin yang terakhir meninggal dunia dan beliau berpesan.
“Kafani aku dengan jubah yang aku pakai semasa Perang Badar. Aku sengaja menyimpannya untuk keperluan tersebut.”
Sumber : Nukilan Abu Latip novelis

Cari

Like Us

Hot in week

Recent

Comments

Follow Instagram

Translate

index