DISQUS SHORTNAME

Rabu, 16 Januari 2019

Pelancong Malaysia perlu mohon visa ke Eropah bermula 2019


Bermula 2019, pelancong Malaysia tidak boleh lagi sewenangnya memasuki negara eropah apabila sistem ETIAS dilaksanakan 2 tahun dari sekarang. Rujuk artikel di bawah.
ETIAS stands for European Travel Information and Authorization System. It is a completely electronic system which allows and keeps track of visitors from countries who do not need a visa to enter the Schengen Zone. In a way, it resembles the U.S Electronic System for Travel Authorization (ESTA), which serves a similar purpose. The legal procedures to pass the ETIAS have started in 2016, and the system is expected to be in place by 2021.
The ETIAS will undergo a detailed security check of each applicant to determine whether they can be allowed to enter any Schengen Zone country. Since citizens of countries who do not need a visa for travel purposes of up to 90 days in the EU do not need to go through a long process of applying for the visa, the ETIAS will make sure that these people are not a security threat. This travel authorization system will gather, keep track of, and update necessary information regarding visitors to determine whether it is safe for them to enter Schengen countries.
The ETIAS, besides being used for business and tourist purposes, will also allow people to visit the Schengen countries for medical and transit reasons. In addition, it will be mandatory for all countries who are Schengen visa-free.

Sumber: https://www.schengenvisainfo.com/etias/

Ahad, 13 Januari 2019

Akibat ramai yang hilang pasport denda semakin mahal

PORT DICKSON: Pewartaan denda akibat kehilangan pasport antara RM300 hingga RM1,000 adalah berasas berikutan terlalu banyak dokumen itu yang dilaporkan hilang pada tahun lalu.
Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Imigresen, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata, lebih 2.1 juta pasport dikeluarkan pada tahun lalu, namun sebanyak 83,617 dilaporkan hilang.
Katanya, kadar kehilangan itu lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya yang merekodkan sebanyak 75,600 dan 44,528 (2016).
“Perkara ini membimbangkan kerana pasport adalah dokumen keselamatan negara.
“Disebabkan itu bermula 2 Januari lalu, Imigresen mewartakan denda RM200 bagi kehilangan pasport kali pertama, kali kedua (RM500) dan ketiga (RM1,000),” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perbarisan Tamat Latihan dan Kawalan Kehormatan Penolong Penguasa Imigresen KP29 2018 di Akademi Imigresen Malaysia (AIM) di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Abdul Halim berkata, denda yang dikenakan imigresen itu adalah bertujuan memastikan pemegang pasport bertanggungjawab dan tidak mengambil mudah.
“Bagi kehilangan pasport akibat dicuri, dirompak dan kebakaran, ia mendapat pengecualian yang perlu disertakan dengan laporan polis. Jika tercicir atau kecuaian, pemegang akan didenda,” katanya.
Mengikut pecahan kes kehilangan pasport tahun lalu, katanya, sebanyak 62,044 pasport hilang dalam simpanan, dicuri (5,022), diserahkan kepada agensi tertentu (170), kebakaran (559), berpindah rumah (7,815), malapetaka (1,203), disimpan tempat tidak selamat (1,949), tercicir (4,682) dan tertinggal dalam kenderaan (173).
Dalam perkembangan lain, Abdul Halim berkata, sebanyak 14,724 operasi dilaksanakan dengan 191,218 pemeriksaan dibuat Jabatan Imigresen di seluruh negara, pada tahun lalu.
“Hasil pemeriksaan itu, seramai 48,372 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan manakala 1,468 majikan diambil tindakan.
“Malah, untuk tempoh 12 hari tahun ini kita sudah melaksanakan 313 operasi membabitkan 3,476 pemeriksaan dengan 1,397 PATI ditahan dan 14 majikan diambil tindakan,” katanya.
Tarikh: 12 Januari 2019
Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/01/518951/jumlah-pasport-hilang-meningkat-denda-amat-munasabah?fbclid=IwAR2oJtQAsu3j_eEMLbIapHAcUENGBRJhIJf_ZzXhgvZpKe0deDGqzS1PsDI

Jumaat, 14 Disember 2018

11 isu penting keselamatan dan kesihatan berkaitan travel

               
Tiada siapa inginkan musibah. Musibah datang tanpa diundang dan pergi tanda dihalau. Semua perkara berlaku dengan sebab dan musabab.Setiap manusia tidak akan tahu apa yang bakal berlaku sesaat dari sekarang. Tetapi, manusia perlu bersedia dan berhati-hati mengelakkan musibah daripada datang menerjah kepadanya. Jadi mereka perlu mengurus sesuatu untuk mengelakkan musibah dan mendatangkan kebaikan.

Bagi pengembara atau backpackers atau pelancong atau apa sahaja gelaran, isu keselamatan dan kesihatan ketika melancong adalah isu penting yang perlu diambil perhatian serius. Ramai yang memikirkan tiket penerbangan atau passport adalah keperluan utama untuk melancong tetapi gagal menyediakan diri dengan ilmu keselamatan dan kesihatan ketika travel.
Jika passport adalah perkara utama yang perlu disediakan untuk memasuki sesebuah negara kerana faktor keselamatan, maka ada satu lagi aspek yang harus difikirkan oleh para pelancong atau pengembara iaitu aspek kesihatan.Tanpa jaminan keselamatan  diri dan  negara serta tahap kesihatan diri yang baik  tidak mungkin aktiviti melancong boleh dilakukan.  

Melancong bermakna anda berjalan di negara orang sebagai orang asing tanpa mengetahui keadaan semasa, budaya masyarakat setempat, keadaan politik negara, juga dalam keadaan suasana dan bahasa yang sangat asing.Persiapan sebelum bercuti di negara orang memerlukan anda membuat persiapan rapi.

Banyak isu keselamatan dan kesihatan ketika travel yang telah berlaku. Ada pelancong yang mendapat musibah kehilangan duit kerana dirompak, scam, pick pocket atau terjatuh, dimasukkan ke hospital di negara asing kerana terkena serangan stroke, jantung atau cirit birit ketika travel malah ada yang sampai meninggal dunia. Ini semua kisah benar yang sememangnya berlaku.

Tertimpa musibah di negara orang bukan hanya merencatkan perjalanan percutian anda, tetapi menyebabkan anda ditimpa musibah bertimpa-timpa. Risiko sakit di luar negara memerlukan anda berhadapan dengan musibah tersebut dengan kekuatan emosi, jiwa, tenaga, dan perlu bersedia menanggung jumlah perbelanjaan rawatan yang besar.

Semua orang tidak menginginkan sesuatu perkara buruk berlaku bukan sahaja ketika travel malah fitrah manusia hanya menginginkan kehidupan ini berjalan dengan keseronokan dan riang tawa. Justeru, persediaan tentang perkara berkaitan keselamatan dan kesihatan perlu dilakukan sebelum, semasa dan selepas travel. 

Patuhi garis panduan tentang keselamatan ketika melancong di negara yang bergelogak atau mengalami bencana alam. Sentiasa alert dengan berita semasa di negara yang dilawati seperti adanya wabak penyakit. Ambil maklum segala nasihat yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan. Jangan mengadai nyawa dan terlalu berani mengambil risiko melibatkan isu keselamatan dan kesihatan. Manusia hanya ada satu nyawa. Nyawa dan kesihatan tidak boleh dijual beli dengan wang ringgit.

Antara aspek keselamatan dan kesihatan ketika travel iaitu

1) Travel insurans untuk perlindungan keselamatan dan kesihatan ketika travel
2) Keselamatan diri dan barangan ketika di airport
3) Persediaan keselamatan dan kesihatan sebelum melancong
4) Keselamatan passport
5) Keselamatan wang
6) Kesihatan kulit dan badan
7) Keselamatan dan kesihatan makanan apabila travel
8) Keselamatan penginapan
9) Pengambilan ubat-ubatan
10) Keperluan vaksin
11) Lapor perjalanan ke pihak kedutaan.


Artikel bersambung

Khamis, 6 Disember 2018

Govt launches unlimited travel pass for commuters


KUALA LUMPUR: The Pakatan Harapan (PH) government today launched the unlimited travel pass, known as My100 and My50, in a move to reduce the cost of living for the people.
Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad said the facility, which would be implemented in the Klang Valley effective Jan 1, 2019, would also be extended to other states in the future.

“As a trial run, we will start in Kuala Lumpur so we can know if there are weaknesses to rectify. We are doing this to reduce the people’s burden so that they can enjoy a better life,” he said at the launch of the travel pass at KL Sentral today
Also present were Transport Minister Anthony Loke Siew Fook and Minister of Tourism, Arts and Culture Datuk Mohamaddin Ketapi.
Dr Mahathir said the introduction of the travel pass was also an initiative by the government towards promoting the culture of cashless society, which among others could curb corruption.
“Cash makes easy for bribery, but cashless is hard to bribe because every trip will be recorded so we can know who accepts and gives.
"If corruption is widespread in our country, everything will be expensive because payment has to be made to certain quarters to approve a request," he said.
In his speech, Dr Mahathir said that as promised in its manifesto, efforts were always made by the Pakatan Harapan government to reduce the cost of living of the people, adding that the government was always open to receive views and suggestions from any quarters.
Earlier, Dr Mahathir took the opportunity to board the LRT light rail transit system from the Universiti Station to KL Sentral for the launching ceremony.
Subscription for the travel pass can be made using MyKad, MyKid and MyTentera at the Touch and Go to ensure that the facility is enjoyed by Malaysians only.
The My100 pass allows commuters to access unlimited ride for 30 days on all forms of RapidKL rail and road transport, including MRT, LRT, monorail, BRT Sunway, RapidKL buses and MRT feeder buses.
With the My50 pass, commuters can enjoy unlimited rides for a period of 30 days on all RapidKL buses and MRT feeder buses, not including BRT.
Ten top national sport figures were introduced during the launching event to act as ambassadors of the new unlimited travel pass.
They are Datuk Nicol Ann David (squash), Cheong Jun Hoong (diving), Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi (paralympic athlete), Goh Liu Ying (badminton), Syaidatul Afifah Badrul Hamidi (bowling), Leong Mun Yee (diving), Syakilla Salni Jefry Krisnan (karate), Welson Sim Wee Sheng (swimming), Farah Ann Abdul Hadi (artistic gymnastic) and Julian Yee Zhi-Jie (figure skating). — BERNAMA 

Tarikh: 1 Disember 2018
Sumber: https://www.nst.com.my/news/nation/2018/12/436297/govt-launches-unlimited-travel-pass-commuters?fbclid=IwAR1v1fdvr8-eX_z-4qgN3TeHG2kGhQO4esbdMPHYPYTthRjpq4TtRvz92JA



Selasa, 4 Disember 2018

Panduan keselamatan dan kesihatan jika berlaku kecemasan di Singapore dan Thailand

Kecemasan selalunya berlaku tanpa diduga. Jika anda tiba-tiba ditimpa kecemasan akibat musibah yang tidak dijangka, disini dikongsikan panduan segera yang perlu dilakukan bagi tujuan keselamatan dan kesihatan pesakit. 

Tips apabila berlaku masalah kesihatan atau ketika melancong di Singapore dan Thailand terutamanya yang tidak membeli travel insurans. 

1) Dapatkan dan simpan nombor telefon ambulance swasta yang beroperasi di Johor Bahru.
2) Segera transfer pesakit balik ke Malaysia jika tidak serius.
3) Jangan buat operation di Hospital Singapore jika kecederaan boleh di transfer ke Johor Bahru. Kos perubatan di Singapore akan menelan belanja yang besar kerana kadar tukaran ringgit 3 kali ganda berbanding Ringgit Malaysia.
4) Pastikan ambulance Malaysia yang digunakan berdaftar sebagai sebuah Ambulance. Check roadtax ambulance untuk pengesahan. Jika kenderaan tersebut sebuah ambulance yang sah dan dilengkapi Insurance, nilai roadtax adalah RM0.00. Jangan mengadai nyawa dan menambah masalah dengan ambulance yang tidak berdaftar.
5) Jika keadaan membenarkan pesakit untuk dipindahkan, pesakit perlu berkeras dengan pihak hospital di Singapore untuk segera pindah ke hospital di sekitar Johor Bharu. Pihak hospital tiada hak menahan pesakit untuk pindah ke hospital lain. Lagi lama di hospital Singapore, jumlah bil anda meningkat. 

Untuk di Thailand yang boleh menggunakan Land Transfer, prosedur lebih kurang sama. 

Gambar: Medic Care Services 

Kredit artikel diubahsuai dari Fb Ali Alfamia 

Cari

Like Us

Hot in week

Recent

Comments

Follow Instagram

Translate

index