DISQUS SHORTNAME
Khamis, 21 Disember 2017
Trip ke Batam dari Singapore: Tips hotel murah dan mudah di Batam
Hotel murah banyak terdapat di sekitar bandar Batam.
Di sini menjadi tumpuan ramai pelancong asing apatah lagi warga Singapore yang
datang ke sini untuk shopping.
1) Area Nagoya Hill
Di kawasan ini banyak hotel-hotel murah. Area yang
paling strategic untuk mencari penginapan di Batam sekiranya datang ke Batam
untuk berjalan-jalan dan shopping. Untuk survey harga hotel check di sini
2) Batam Center
Berhampiran dengan jetty Batam Center ada terdapat
hotel besar berbintang. Kawasan ini sangat dekat dengan Masjid Raya Batam dan
mudah untuk untuk ke pelabuhan mengambil ferry. Tempah hotel di sini untuk dapatkan diskaun melalui Traveloka.
3) Resort
Sekiranya kedatangan anda ke Batam khusus untuk
bercuti dan merehatkan minda dan badan, bercuti di resort tertentu adalah
pilihan terbaik untuk anda. Cara menjimatkan untuk memilih resort terbaik ialah dengan membuat perbandingan harga dan survey d
Tips pengangkutan di Batam klik sini. Baca perkongsian trip Indochina Malaysia ke Hong Kong Overland baca di sini. Dapatkan photobook murah di Photobook Malaysia.
Rabu, 13 Disember 2017
Trip ke Batam melalui Singapore: Jejak kepulauan Melayu, sejarah Kelantan di Batam, Indonesia
Hari ke-2 di Batam, dengan tidak ada perancangan
yang jelas untuk dibuat pada hari itu kerana trip ini hanya bertujuan untuk
jalan-jalan sambil makan dan menjejak masjid di Batam. Keluar seusai Subuh, jam 7 pagi sudah pun terlalu
cerah di sini. Hanya bercadang ronda-ronda bandar Batam dengan menaiki bas
disebabkan harga tambang yang murah 4000 Rupiah ke mana-mana destinasi. Hari
ini hanya menaiki saja bas tanpa tujuan dari perhentian bas depan Batam Center. Bas henti-henti ini melalui bandar, pekan sehingga ke kawasan yang agak pedalaman dan berhenti di perhentian terakhir
berhampiran jetty setelah sejam.
Akhirnya setelah bertanya dan mendapatkan sedikit
info dengan pemandu bas, saya memutuskan untuk ke Pulau Penawar kerana pulau kecil ini lebih dekat dan boleh
balik hari. Dengan tambang sebanyak 15000 rupiah seorang sehala kurang setengah
jam perjalanan, bot yang menggunakan enjin ini melabuhkan sauhnya di jetty Pulau Penawar.
Sebaik melangkah keluar dari jetty ini, tempat pertama yang boleh dilihat ialah pasar yang menjual pelbagai jenis barang dan keperluan harian penduduk. Disini juga terdapat banyak restoran dan dapat dilihat aktiviti harian penduduk disini. ada yang menjual, lepak di kedai makan, dan ramai yang mencari rezeki dengan upah ojek. Tidak jauh daripada pasar ini, terdapat masjid dan balai polis serta segala kemudahan untuk penduduk termasuk balai raya dan tadika.
Tanpa arah tujuan, hanya berjalan menyelusuri jalan-jalan di pulau ini sehingga akhirnya bertemu dengan papan tanda yang membuatkan mulut terlopong, otak berfikir tetapi bibir mengukir senyuman. Keletihan berjalan dengan panas terik matahari akhirnya memberikan kegembiraan sebaik terpandang dengan pintu gerbang yang tertulis
Tentunya ada sejarah dan cerita di sebalik nama kampung tersebut menyamai dengan salah sebuah daerah di negeri Kelantan iaitu Pasir Puteh. Tambahan pula nama kampung tersebut sepenuhnya sama kecuali perkataan Bugis memandangkan Kelantan dikenali sebagai Kelantan Darul Naim. Kesimpulannya kampung ini diambil bersempena dengan nama salah sebuah jajahan di Kelantan dan juga nama Darul Naim.
Pertanyaan yang masih lagi menjadi persoalan dan keinginan untuk tahu yang membuak-buak. Jika anda mempunyai maklumat berkaitan dengan kampung ini dan kaitannya dengan Kelantan. Mohon komen atau bagi email ke mypearlady@gmail.com
Baca lanjut tentang tempat penginapan percuma di sini. Buat photobook lebih murah di sini.
Baca lanjut tentang tempat penginapan percuma di sini. Buat photobook lebih murah di sini.
Khamis, 7 Disember 2017
Trip ke Batam melalui Singapore: Jalan-jalan cari makan di Batam
Makanan di Batam secara relative sangat murah
berbanding dengan Malaysia tambahan pula duit Malaysia yang agak tinggi
berbanding Rupiah. Indonesia antara syurga makanan bagi yang gemar
mencuba pelbagai jenis makanan. Datang ke sini, antara aktiviti yang perlu dibuat ialah jalan-jalan cari makan.



Baca di sini untuk tips pengangkutan murah di Batam. Jalan-jalan masjid Batam baca di sini.
mencuba pelbagai jenis makanan. Datang ke sini, antara aktiviti yang perlu dibuat ialah jalan-jalan cari makan.
1)
Pasar malam
Berdepan
dengan kawasan masjid raya terdapat kawasan tanah lapang yang digunakan sebagai
tapak pasar malam pada setiap hari bermula sebelah petang.
2)
Area Nagoya Hill
Nagoya
Hill merupakan shopping kompleks utama di Batam. Disini sangat meriah dengan
pelbagai pusat perniagaan dan terdapat banyak hotel serta restoran yang
menyediakan makanan halal.
3) Berhampiran dengan Jetty Batam Centre
Daripada
pintu pagar utama jetty, ambik kiri dan jalan terus sehingga nampak seperti kawasan bengkel kereta. Di
dalam kawasan tersebut terdapat sederet gerai makan.
4)
Dalam kawasan Masjid Raya, Batam
Di
dalam kawasan masjid terdapat bangunan kedai yang menjual barangan dan
keperluan orang muslim termasuk pakaian. Termasuk juga kedai makan.



Baca di sini untuk tips pengangkutan murah di Batam. Jalan-jalan masjid Batam baca di sini.
Langgan:
Catatan (Atom)
Cari
Like Us
Tabs
Hot in weekRecentComments
Hot in week
-
KUALA LUMPUR: The Malaysian ePassport, has earned the Immigration Department the 2018 Regional ID Document of the Year Award. Immigratio...
-
XIFU Naser telah mengulas tentang penggunaan colok oleh Cina Muslim dalam ruangannya minggu lepas. Ia lanjutan penularan video yang menunju...
-
Di sesetangah negara, sektor pelancongan merupakan sector utama menjana pendapatan negara. Thailand antara negara yang betul-betul memfokus...
Recent
Comments
Follow Instagram
Blog Archieve
- Mei 2020 (1)
- April 2020 (8)
- Mac 2020 (5)
- Oktober 2019 (3)
- Ogos 2019 (1)
- Julai 2019 (3)
- Mei 2019 (2)
- April 2019 (3)
- Mac 2019 (7)
- Februari 2019 (6)
- Januari 2019 (4)
- Disember 2018 (3)
- November 2018 (11)
- Oktober 2018 (30)
- September 2018 (10)
- Ogos 2018 (2)
- Julai 2018 (13)
- Mei 2018 (7)
- April 2018 (13)
- Mac 2018 (15)
- Februari 2018 (8)
- Januari 2018 (10)
- Disember 2017 (3)
- November 2017 (6)
- Oktober 2017 (9)
- September 2017 (5)