Bangkok terkenal dengan syurga shopping. Siang malam terdapat banyak mall dan pasar malam yang dibuka meriah dengan pelbagai jenis jualan. bagi golongan wanita berkunjung ke negara Gajah Putih ini tidak sah jika tidak membeli belah pakaian, aksesori wanita, handbeg dan pelbagai jenis barangan yang boleh didapati dengan harga murah. Jika pandai tawar-menawar tentunya ianya sangat berbaloi untuk membelanjakan wang disini.
Sampeng Market adalah pusat jualan kain cotton yang banyak dijual disini secara borng mahupun runcit. Tetapi jualan disini tidak terhad kepada kain cotton sahaja turut dijual disini ialah aksesori wanita seperti barang kemas
tiruan, beg, klip rambut, kosmetik dan sebagainya. Pasar ini dibuka setiap hari dari jam
9am - 6pm. Manakala pada sebelah malam, ada pasar malam di area Chinatown.Terdapat beberapa gerai kebab dan restoran India di sekitar sini. Market yang unik, hanya di Bangkok.
1) Menggunakan feri
Ambik Chao Phraya Express Boat (N5 Ratchawongse or
N6 Memorial Bridge/Saphan Phut) ke Rajchawongse Pier. Keluar dan jalan terus ke Ratchawongse Road lebih kurang 300m untuk masuk ke Sampeng Market.
2) Menggunakan keretapi
Dari MRT Hua lumphong atau BTS Wong Wian Yai ambik taxi atau Uber ke Sampeng Market.
3) Menggunakan BTS
Naik BTS turun Saphan Taksin( last station). Kemudian naik water taxi turun station Rachawangse. Perjalanan sehala kemana-mana stesen dalam 15 baht. Dekat area China Town. Sampai Rachawangse cari Sampeng Market .Tidak jauh dari stesen dan boleh berjalan kaki.
Terdapat banyak pintu masuk ke market.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan