DISQUS SHORTNAME

Khamis, 8 Februari 2018

Tips memilih lokasi hotel mengikut "kaki" di Bangkok

Lokasi penginapan lebih baik dipilih mengikut misi melancong di Bangkok. Menginap di tempat yang dekat dengan keinginan untuk berjalan-jalan di Bangkok akan menjimatkan masa dan kos pengangkutan. Tidak susah untuk mencari hostel budget di Bangkok yang menjadi tumpuan pelancong dari pelbagai negara. 


1)  Kaki  backpackers- Area Khaosan Road
Jika ingin melawat tempat-tempat bersejarah di Bangkok terutamanya muzium dan Grand Palace kawasan ini amat dekat dan sebenarnya boleh berjalan kaki untuk ke tempat-tempat ini. Berhampiran dengan Grand Palace terdapat jetty untuk ke seberang. Banyak tempat-tempat persinggahan yang boleh dituju dengan menggunakan ferry. Cari hostel murah di sini.

2)   Kaki shopping- Area Pratunam
Bagi yang kaki shopping, kawasan ini merupakan kawasan syurga shopping dengan harga barang yang jauh lebih murah berbanding tempat lain. Di sini juga ada morning market tetapi kawasan ini agak susah untuk mendapatkan makanan halal. Tempah hostel anda di Booking.com.

3) Kaki bundle -Area Hua Lamphong Stesen
Sekiranya Bangkok hanyalah sekadar bandar persinggahan untuk trip overland ke kemboja atau anda bercadang ke sempadan Thailand Kemboja untuk ke Aranphapet pilih hotel di sekitar ini jika hendak mengambil train pagi ke Aranphapet. Berhadapan dengan  pintu masuk stesen ini, di seberang jalan terdapat banyak hostel sekitarnya. Cari hostel anda di sini.

4) Kaki malas jalan-Area BTS/ARL Phaya Thai 
 Kawasan interchanger antara ARL dan BTS. Jika flight anda dari Survanabhumi airpot ada baiknya tinggal di sekitar stesen ini memandangkan dari sini lebih mudah nak ke airport dan mengambil ARL atau BTS ke mana-mana. 

5) Kaki jalan- Soi Rambutri
Kawasan kejiranan Khoasan Road lebih tenang dan bersih mempunyai banyak pilihan hotel atau hostel. Terletak di sebelah sungai Chaopraya, amat mudah untuk menggunakan bot menyeberang ke seberang atau aktiviti river cruise. Buat perbandingan harga hotel melalui TripAdvisor untuk dapatkan diskaun penginapan sehingga 30%. 

Booking hotel sebelum tarikh melancong dapat mengelakkan anda berhadapan dengan hotel penuh. Buat tempahan hotel di Booking.com atau Traveloka.

Baca seterusnya info berkaitan kaki shopping kain klik sini. Lokasi makanan halal baca sini



Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Cari

Like Us


Hot in week

Recent

Comments


Follow Instagram

Translate

item