Catatan sebelumnya di sini. Tips elak terkandas ke Naning, baca seterusnya di sini.
DISQUS SHORTNAME
Khamis, 17 Mei 2018
Trip ke Indochina: Pengalaman overland sempadan Vietnam dan China melalui Hanoi Naning
Dari Old Quarter Hanoi ke sempadan mengambil masa lebih
kurang 3-4 jam dan bas berhenti sekali di sebuah restoran bagi membolehkan
penumpang lain untuk makan juga ke tandas. Perjalanan yang tidak menjemukan kerana di
dalam minibas tersebut disediakan wifi free. Walaupun line agak kurang bagus
tetapi boleh laa sekadar menghilangkan bosan melayari fb.
Perjalanan selesa menggunakan bas tidak akan
bertahan lama kerana bas tersebut hanya membawa anda sampai ke sempadan sahaja.
Mereka tidak dibenarkan atau dibolehkan masuk membawa pelancong sehingga ke
Naning. Perjalanan tersebut akan terhenti setakat di sempadan Vietnam-China
sahaja. Selepas menurunkan penumpang di stesen bas berhampiran sempadan, driver
bas akan memberikan anda wang supaya membeli tiket bas sendiri ke Naning. Dari
stesen bas sempadan, anda perlu
mengeluarkan duit untuk tiket buggy yang akan menghantar anda ke depan pintu
pejabat imigresen Vietnam. Pastikan anda menyimpan sedikit duit Dong untuk tujuan
membayar tambang buggy dalam 10k Dong (lupa).
Selesai urusan imigresen Vietnam, anda perlu
berjalan melalui laluan berbumbung yang agak jauh menuju ke imigresen China. Disini
tidak ada sebarang kenderaan yang boleh dinaiki melainkan hanya perlu berjalan
kaki. Selesai menapak di sepanjang laluan berbumbung
tersebut, anda terus memasuki pejabat imigresen China. Seperti biasa perlu
mengisi kad dan mengembalikan di kaunter.
Sebaik melepasi kaunter cop passport,
anda perlu melalui laluan bersistem yang mempunyai askar sebagai penjaga. Disini passport saya ditahan dan dibawa ke bilik
kecik oleh seorang pegawai. Selepas beberapa ketika, pegawai tersebut menyoal
dengan beberapa soalan seperti “ tujuan masuk ke China, kemana hendak pergi,
dengan siapa datang dan sebagainya”.
Anda hanya perlu menjawab soalan dengan tenang dan
jangan mengelabah. Tunjukkan itinerary anda jika anda untuk membuktikan anda
benar-benar seorang pelancong. Pegawai tersebut akan membebaskan anda sebaik
berpuas hati dengan jawapan yang diberikan.
Keluar dari pintu imigresen China akan terdapat
perkhidmatan buggy dan sememangnya anda perlu menaiki buggy ini untuk ke stesen
bus sempadan Naning yang memang agak jauh dan sangat mustahil untuk jalan kaki.
Disebabkan perlu membeli tiket ke Naning, hanya
perlu jalan terus dari pintu keluar tersebut dan terdapat satu pejabat kecil
untuk beli tiket ke naning. Ambik buggy tadi dan mereka akan membawa anda ke
stesen bas Naning.
Dalam perjalanan ke Naning jangan terkejut jika bas
dinaiki oleh askar yang siap membawa senapang memeriksa passport dan kad
pengenalan semua penumpang dalam bas. Ianya prosedur biasa kerajaan China yang
sangat ketat dalam kawalan keselamatan.
Pemandangan di sepanjang perjalanan akan
menghidangkan mata anda dengan keadaan muka bumi yang sedikit bergunung ganang
di awal perjalanan. Sebaik memasuki kota Naning pemandangan akan berubah sama
sekali kepada panorama bangunan batu dan bangunan tinggi yang berceracak menyambut kedatangan
pelancong. Bas akan berhenti di stesen bas Naning dan dari sini anda perlu
bergerak mencari tempat penginapan. Adalah lebih mudah menggunakan Metro dan
mencari penginapan berdekatan dengan stesen Metro.
Catatan sebelumnya di sini. Tips elak terkandas ke Naning, baca seterusnya di sini.
Catatan sebelumnya di sini. Tips elak terkandas ke Naning, baca seterusnya di sini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Cari
Like Us
Tabs
Hot in weekRecentComments
Hot in week
-
KUALA LUMPUR: The Malaysian ePassport, has earned the Immigration Department the 2018 Regional ID Document of the Year Award. Immigratio...
-
XIFU Naser telah mengulas tentang penggunaan colok oleh Cina Muslim dalam ruangannya minggu lepas. Ia lanjutan penularan video yang menunju...
-
Di sesetangah negara, sektor pelancongan merupakan sector utama menjana pendapatan negara. Thailand antara negara yang betul-betul memfokus...
Recent
Comments
Follow Instagram
Blog Archieve
- Mei 2020 (1)
- April 2020 (8)
- Mac 2020 (5)
- Oktober 2019 (3)
- Ogos 2019 (1)
- Julai 2019 (3)
- Mei 2019 (2)
- April 2019 (3)
- Mac 2019 (7)
- Februari 2019 (6)
- Januari 2019 (4)
- Disember 2018 (3)
- November 2018 (11)
- Oktober 2018 (30)
- September 2018 (10)
- Ogos 2018 (2)
- Julai 2018 (13)
- Mei 2018 (7)
- April 2018 (13)
- Mac 2018 (15)
- Februari 2018 (8)
- Januari 2018 (10)
- Disember 2017 (3)
- November 2017 (6)
- Oktober 2017 (9)
- September 2017 (5)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan