DISQUS SHORTNAME

Isnin, 17 September 2018

Panduan lengkap lokasi best shopping dan memborong di Guangzhou

Guangzhou semestinya antara destinasi yang wajib dikunjungi bagi kaki shopping. Mempunyai pusat borong paling besar di dunia, aktiviti memborong dan shopping di Guangzhou akan memberikan anda kepuasan dalam membeli belah. Puas berjalan dan meninjau barangan dari satu kedai ke kedai yang lain, tidak akan terasa dengan keseronokan membeli belah. Dibawah adalah senarai lokasi membeli belah dan juga borong di Guangzhou, China.

1) Barang mainan- Yide Lu
2) Gajet- Cultural park/Hingsun Complex
3) Baju/kasut/ jam- Guangzhou Railway Station
4) Electronic- Zhongbai Electronic City atau Central communication accessories city



5) Pakaian kanak-kanak- Full Kids World-Zhong Shan Ban Lu

                               
6) Barangan kulit- Baiyun International Leather Plaza
7) Barang mainan, cenderamata, kraftangan- One Link Plaza
8) Kain dan textile- jalan Xin Gang Xi
                                
9) Sutera, cadar, langsir- Da Sha Tou
10) Aksesori wanita- Taikang Jewellery/stesen Haizu exit E 

Info sebelumnya baca sini. Islam di China baca sini.






Khamis, 13 September 2018

Panduan lengkap menaiki keretapi dari Guangzhou ke Shenzen

Tips dan panduan lengkap pengangkutan keretapi Guangzhou ke Shenzen. Di China kemudahan train tersangat efisyen dengan pelbagai jenis train yang boleh dinaiki. Tambang ada yang murah dan mahal bergantung kepada jenis train dan kecepatan perjalanan. Untuk membeli train dari Guangzhou ke Shenzen adalah sangat perlu untuk anda mengetahui pelepasan dan ketibaan train di stesen yang mana. Ini kerana, semua perjalanan keretapi dari Guangzhou ke Shenzen adalah mengikut jenis keretapi yang akan berlepas mengikut stesen tertentu dan akan sampai di stesen tertentu sahaja.



Untuk perjalanan Guangzhou ke Shenzen pertimbangkan situasi ini;
1) Jarak perjalanan anda dari hostel penginapan ke stesen keretapi terdekat
2) Jenis keretapi yang akan dinaiki
3) Jarak stesen keretapi apabila sampai ke destinasi ke tempat penginapan.

Untuk maklumat terdapat 3 jenis keretapi yang menyediakan perjalanan dari Guangzhou ke shenzen dengan tambang yang berbeza dan tempoh masa berbeza.
1) China high speed train- kod D
2) Bullet train – kod G
3) Train biasa-kod T


Dari Guangzhou ada 3 stesen keretapi:
i) Guangzhou South Railway Station
ii) Guangzhou East Railway Station
iii) Guangzhou Railway Station

Di Shenzen ada 2 stesen keretapi;
i) Shenzen North Railway Station
ii) Shenzan  Railway Station

Perkongsian tentang Guangzhou klik sini. Info bermanfaat seterusnya klik sini.


Selasa, 4 September 2018

Jejak Sejarah Islam di Bumi Guangzhou:Sejarah kewujudan Masjid Huai Sheng

Dikenali dengan pelbagai nama sejak dari awal didirikan sehingga sekarang masyarakat Guangzhou mengenalnya sebagai Masjid Huai Sheng. Turut dikenali sebagai Lighthouse Mosque atau the Great Mosque of Canton sesuai dengan peranannya pada ketika itu sebagai masjid pertama yang didirikan bagi tujuan dakwah disini. Dibina pada kurun 750 M pada zaman Dinasti Tang.



Masjid ini dihanya bersejarah sebagai masjid pertama di China tetapi ianya turut menyimpan beribu kenangan sebagai masjid yang didirikan oleh pelopor dakwah di negara ini iaitu bapa saudara Nabi Saidina Saad bin Abi Waqas. Lantaran itu, masjid ini juga disebut sebagai Masjid Memorial yang merupakan masjid pertama di daratan Cina.

Kawasan masjid luasnya kira-kira 3,800 meter persegi. Seni bina bangunan masjid ini menggabungkan unsur seni bina klasik China dan Arab. Ketika memasuki pintu masjid ini, terdapat gedung melihat anak sabit. Walaupun bangunan yang dibina semula pada tahun 1695 ini tidak begitu besar, tetapi kelihatan amat cantik jika dipandang dari jauh. Dua serambi yang panjang terletak di kedua-dua belah Bangunan Melihat Anak Bulan. Di dalamnya terdapat 10 buah batu bersurat yang mencatatkan sejarah Masjid Huaisheng.

Ruang sembahyang yang bercirikan seni bina tradisional China dibina semula pada tahun 1935. Ruang itu boleh menampung lebih seribu orang umat Islam bersolat berjemaah pada satu masa.

Berhampiran dengan ruang sembahyang yang menghadap ke arah tanah suci Mekah ialah bilik penyimpanan kitab, yang menyimpan pelbagai salinan al-Quran. Ruang solat masjid ini sangat biasa dengan tulisan ayat-ayat suci a quran di dinding sebagai hiasan dalaman masjid.

Selain itu, terdapat sebuah menara yang dipanggil menara bercahaya setinggi 36.3 meter di bahagian barat daya halaman masjid tersebut. Badan menara ini berbentuk bujur manakala bahagian atasnya tajam. Oleh itu, Masjid Huaisheng juga dipanggil sebagai masjid Guangta yang bererti menara bercahaya oleh penduduk tempatan. Menara yang telah dibina semula pada tahun 1934 ini bercirikan seni bina Arab. 

Catatan sebelumnya baca sini. Klik sini untuk info yang lebih menarik tentang tempat shopping di Guangzhou. 


Rabu, 22 Ogos 2018

Trip ke Indochina di China: Peta metro Guangzhou

Baik sebelum itu izinkan kami kongsikan sedikit informasi berkenaan Guangzhou Metro Railway. Untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat menggunakan perkhidmatan Metro Railway paling mudah dan cepat, anda boleh dapatkan kad Metro Railway di Lapangan Terbang Baiyun. Harga untuk satu kad adalah 70 Yuan, 50 Yuang kredit, manakala 20 Yuan lagi adalah harga kad.


1). Subway ini ada 8 line, sangat mudah digunakan. Anda hanya perlu fokus pada warna line kalau nak bertukar stesen.
2).  Boleh download peta di atas atau dapatkan di mana-mana kaunter di stesen metro. Nanti senang nak berjalan.


3).  Kad yang dibeli tidak boleh dipulangkan. Top-up kad boleh dibuat di mana-mana 7-Eleven.
4). Waktu peak adalah ketika petang dan waktu tengah hari dan jarak menunggu train seterusnya sangat cepat. Sekitar 90 – 120 saat sahaja.
5). Tak ramai orang tempatan yang boleh berbahasa Inggeris, kalau nak tanya apa-apa boleh dapatkan bantuan polis yang bertugas di setiap Metro Railway. Kebanyakkan polis yang bertugas semuanya boleh berbahasa Inggeris. 

Kredit info dari FB posting (sumber tidak dapat dikenalpasti) 

Info sebelumnya tentang Guangzhou klik sini. Baca catatan seterusnya tentang Shenzen baca sini.

Sabtu, 11 Ogos 2018

Trip ke Indochina di Vietnam: Panduan pengangkutan ke White Sand Dunes di Mui Ne

Tidak sah ke Mui Ne jika tidak pergi ke White Sand Dunes yang best. Siapa sangka di Negara Asia turut terdapat bukit pasir yang sangat mengujakan. Tidak perlu untuk ke tanah Arab bagi bermain bukit pasir yang seluas mata memandang. White Sand Dunes di Mui Ne merupakan tempat pelancongan terkenal di sini. Bagi yang budget rendah tapi ingin merasai pengalaman berada di gurun sahara seperti di Morocco, Dubai..eloklaa datang ke sini. 


          1) Pengangkutan ke White Sand Dunes

White Sand Dunes terletak jauh ke pedalaman dari bandar Mui Ne kira-kira 20 km. Ia merupakan satu-satunya tempat pelancongan yang paling jauh disini tetapi paling ramai yang datang ke Mui Ne semata-matanya untuk merasai keseronokan bermain bukit pasir yang besar. 

i) Sewa motosikal

Bagi yang inginkan cabaran sewa motosikal adalah pilihan terbaik untuk menjelajah Mui Ne. Dengan kadar sewa 200k dong untuk 4 jam, anda bebas bergerak mengatur masa kemana-mana sahaja pada bila-bila masa. Dengan pekan yang tidak terlalu besar berpandukan google maps adalah sangat mudah untuk ke White Sand Dunes sendiri tanpa pakej. Tetapi ianya sangat tidak kos efektif bagi yang travel secara backpackers dan cheapskate.



ii) Berbasikal

Bagi yang kaki cycling, di area pekan Mui Ne terdapat banyak yang menyediakan perkhidmatan sewa motosikal dan basikal. Perjalanan ke White Sand Dunes dengan berbasikal akan memberi lebih masa dan ruang untuk anda menikmati keindahan Mui Ne. 

iii) Pakej tour di Mui Ne

Bagi yang datang ke Mui Ne dengan masa yang terhad, mengambil pakej tour adalah pilihan terbaik. Sekiranya anda sampai ke Mui Ne di awal pagi dan masih belum mempunyai pakej, tidak perlu risau. Sebaik anda melangkah turun dari bas, akan ada orang-orang yang menghampiri anda menawarkan pakej ke White Sand Dunes untuk melihat matahari terbit. Bagi yang mengikuti pakej melihat matahari Terbit di White Sand Dunes,  seawal 5 pagi mereka akan bergerak mengambil di hotel-hotel menggunakan jeep. 

Tetapi, sekiranya anda ingin jimat, pakej tour lebih murah di sini. Dengan hanya RM 36 untuk separuh hari Tour ke Sand Dunes. Tempah pakej tour anda sekarang di sini. Harga pakej ini lebih murah berbanding pakej tour dari syarikat lain atau pihak hotel.

Pakej tour akan merangkumi lawatan ke White Sand Dunes, Red Sand Dunes, Fishing Village dan akhir sekali Fairy Stream. dengan tempoh pakej selama lebih kurang 5 jam. Sebenarnya mereka akan memberikan masa yang terhad di setiap tempat kerana perlu berkejar untuk ke tempat seterusnya bagi mengelakkan waktu yang semakin panas.




Perkongsian sebelumnya baca sini. Aktiviti menarik di Mui Ne klik sini.

Cari

Like Us

Hot in week

Recent

Comments

Follow Instagram

Translate

index