DISQUS SHORTNAME

Sabtu, 4 April 2020

Keenakan murtabak resepi asli di Pasar Chow Kit, Kuala Lumpur

Keenakkan murtabak menggunakan resepi asli tidak perlu diperkenalkan lagi. Bagi yang pernah merasai kelazatannya pastinya akan kembali membelinya. Menu ini sangat mudah dijumpai, kebiasaannya dijual di pasar malam. Bagi warga kuala lumpur yang ingin merasai murtabak enak dan lazat dengan rasa asli murtabak boleh membeli dari gerai Ana terletak di Pasar Chow Kit, Kuala Lumpur. Tidak susah untuk mencari gerai ini kerana ia satu-satunya gerai yang menjual murtabak betul-betul berhadapan dengan ruang masuk utama pasar tersebut dan bersebelahan dengan Balai Polis Bot, Kuala Lumpur.


                           

Dengan harga serendah RM 4 sebiji, anda dapat menikmati kelazatan murtabak asli dengan isi daging/ayam yang penuh dan padat bersama-sama adunan rempah ratus khusus untuk murtabak. Keenakan murtabak disini tidak dapat dinafikan lagi. Rasa rempah murtabak dan inti daging/ayam memang sedap dan mempunyai rasanya tersendiri. Jika anda ingin merasai murtabak dengan rasa asli, gerai ini adalah pilihan tepat.


Murtabak disini dihidangkan bersama kuah cuka bersama bawang. Hidangan kuah cuka adalah signature murtabak versi Malaysia. Bagi orang Singapore, murtabak mereka dimakan bersama dengan kuah kari. Tetapi bagi rakyat Malaysia, murtabak cukup dimakan bersama kuah cuka. Masam manis kuah cuka sudah cukup membangkitkan selera untuk menikmati sekeping murtabak. Inilah rupa sebenar hidangan murtabak versi Malaysia.



Jumaat, 13 Mac 2020

pengalaman tidur dalam kotak


ni laa keadaan sleeper bas di kemboja. masa pergi sini, iols sendiri had no idea how the sleeper bus looks like..tp dlm kepala otak imagined mestilah bas tu ada kerusi tp versi boleh bertukar jadi katil laa kut..jadi bila beli tiket bas malam automatik bas tersebut adalah sleeper bus dan harga sedkit mahal berbanding perjalanaan bas siang hari.
sblm naik..awal2 iols dah kawtim ngan driver tuh like..can u pleasse arrange lady beside me..sambil iols tunjukk2 perempuan..driver cakap..perempuan dengan prempuan..lelaki dgn lelaki...so..lega. kenapa mtk perempuan sbb lbh selesa utk membutoo masa naik bas nanti..dan mmg iols plan utk tido je pun atas bas ni..sbb tu pilih naik bas malam disamping jimat kos hotel.
mula-mula melangkah naik..selipar kena tanggal, dia bg plastik utk isi. beg kena angkut naik gak..yg letak dkt bawah hanyalah kotak2 macam tu laa...bila masuk atas bas tuh..ternganga jap..macam ni ke..boeh ke aku lalu..x tersangkut ke..eehh..aku kena tido dalam kotak tu ke...tp iols pujuk laa hati..x apa..sorang satu..boleh laa utk tido.lagipun ada tilam nipis n selimut..ok laa..
sekali..naik attendant bas...rupanya satu kotak kecik tuh utk 2 orang...terus aku rasa weeiiii...aku nak kelikkk..tido rumah!!...tolonglaa batman ...mari amik aku..terbangkan aku kelik rumah kat kb nuh...kotak tuh hanyalah sebesar saiz tilam bujang..bayangkan..ruang sekecil itu ko kena share tido dgn 2 orang...meraung aku dalam hati je laa...hukhukhuk...berkubur laa impian aku nak tido best2 malam ni..
tido dalam kotak tuh...ko x bleh penting diri sendiri..kalau sorang baring..sorang lagi kena mengiring..utk 2-2 baring mmg x muat. dan ko kena sedar diri gak..klu saiz xl ke atas sila beli 2 tiket..so ko bleh conquer 2-2 tempat tuh ko punya..utk share tido hanya sesuai utk yg bersaiz L ke bawah je..
aku tido malam tuh sambil membebel dalam hati..ni laa pengalaman tido plg sadis dalam hidup aku..apasa laa aku pilh datang negara org..sedangkan kat rumah nuh segalanya ada dan selesa..tp aku kena hadap..sendiri yg pilih utk travel..sendiri hadap laa meraung sorang2..
ingatkan aku x leh tido dalam kotak dengan kesempitan dan ketidakselesaan tahap maxmimum..x selesa utk bernafas..serius..tp aku hanya sedar bila bas tuh sampai kat phnom penh...lena gak tido..
turun dr bas aku cari balik minah london yg aku jumpa sblm naik smlam..tp x jumpa..so aku jalan je ikut kaki..ehhh..rupanya dia kejar aku dr blkang...dia naik bas lg satu...aku tanya dia how was your feeling..guees what..it is my first n late time ever sleping in the box..agagggaa..aku reply..u feels like sleeping in the box..but my feeling was like sleeping in the grave..akakaahkaghak
mohon uols cuba naik slepper bas ni,...bagus utk persediaan sblm mmasuk lubang kubur..hakhakaah

Rabu, 11 Mac 2020

Jalan-jalan cari masjid di Hatyai

Jalan-jalan cari masjid di Hatyai akan melawat ke beberapa masjid utama dan berdekatan dengan bandar Hatyai.


1) Masjid Pakistan
Didirikan oleh warga Pakistan yang menetap lama di Hatyai. Ianya terletak betul-betul dihadapan jalan besar dimana pada waktu petang dan keatas merupakan kawasan pemborong pelbagai sayur-sayuran. Landmark masjid ini adalah berdekatan dengan bank comercial Thailand. Kawasan untuk solat perempuan berada di sebelah masjid utama. tidak terlalu besar namun sekadar cukup untuk bersolat bagi perempuan. Keutamaan ruang solat di masjid ini adalah pada kaum lelaki justeru hanya ruangan kecil sahaja untuk perempuan solat.

2) Masjid Majjamoh
Terletak berdekatan dengan Hospital Besar Hatyai dan kawasan sekitarnya merupakan perkampungan asal masyarakat melayu Hatyai. masjid ini pada sebelah pagi dan petang merupakan sekolah agama bagi kanak-kanak prasekolah di sini. di sini adalah masjid utama untuk solat jumaat bagi warga muslim Hatyai. mempunyai 2 tingkat dimana ruang atas merupakan ruang solat perempuan disamping ruang yang sama juga adalah sekolah agama bagi kanak-kanak.

3) Masjid Besar Songkhla
Merupakan masjid yang menjadi tumpuan utama bagi pelancong Malaysia disebabkan keunikan binaan masjidnya seperti Taj Mahal. Bagi pasangan warga Malaysia yang berkahwin di Thailand disinilah perkahwinan luar negara akan dijalankan. mempunyai 3 tingkat dimana ruang atas merupakan ruangan utama untuk solat perempuan dan lelaki. Besar, cantik, dan binaan yang sangat moden di celah-celah masyarakat kampung.Tingkat 2 masjid menempatkan ruangan dewan, pejabat, tandas dan sebagainya. 

Masjid ini terletak tidak jauh dari Khlong Hae Floating Market. Untuk kesini anda boleh plan sekali jalan dengan Khloe Hae Floating Market. Jika menggunakan tuk tuk, anda perlu berhenti di jalan utama dan berjalan lebih kurang 500 meter untuk ke masjid ini. 

Cara murah dan senang untuk ke Masjid Songkla tanpa perlu agen kahwin

Masjid Songkla memang dikenali dikalangan rakyat Malaysia. Masjid yang terkenal disebabkan kefungsiannya yang memudahkan urusan perkahwinan poligami bagi rakyat Malaysia. Selain itu , masjid ini menjadi tumpuan kerana rata-rata jika pasangan mempunyai masalah bersangkutan dengan wali, semestinya inilah masjid yang akan menjadi tumpuan mereka untuk menyelesaikan kemelut bagi menghalalkan perkahwinan.

Terletak tidak jauh dari bandar Hatyai. Disebalik populariti masjid ini dikalangan pasangan yang ingin berkahwin.masjid ini juga merupakan lokasi yang wajib dikunjungi bagi pelancong. Bagi muslim melawat masjid perlu dijadikan sebagai tempat wajib perlu dikunjungi. Masjid ini menawarkan rekabentuk yang sangat cantik dan seakan-akan rekabentuk salah satu tempat pelancongan popular di India iaitu Taj Mahal. Mempunyai 3 tingkat dimana tingkat atas adalah ruang untuk solat manakala tingkat 2 menempatkan pejabat pentadbiran masjid, bilik seminar, tandas.

Dengan kos menaiki tuk tuk berharga 20 baht sehala, anda sudah boleh datang ke sini dengan kos yang paling murah tanpa perlu agen atau sewa khas tuk tuk yang tentunya tambang adalah berganda-ganda mahal. Tetapi jika anda menggunakan van putih, perjalanan sehala adalah 43 baht tanpa mengira jauh atau dekat perjalanan.  

Untuk yang ingin ke Masjid Songkla dengan cara terjah sendiri, korang ikuti panduan dibawah ini.

1) Cari Clock Tower
2) Cari tuk tuk yang tertulis perkataan dibawah. Tuk tuk ini biasanya menunggu di tempat parking berhadapan dengan wakaf.

atau

3) Naik van putih betul-betul dihadapan Clock Tower

Selasa, 10 Mac 2020

4 Tips penting keselamatan passport yang anda wajib tahu

Perihal keselamatan passport jarang dibicarakan secara detail. Keghairan melancong dan berjalan-jalan lebih mengujakan para pelancong dari memikirkan isu-isu keselamatan dan kesihatan yang mungkn wujud ketika melancong. Passport sebagai tanda pengenalan diri dan pas keluar masuk ke sesebuah negara merupakan dokumen penting yang harus dijaga sebaik mungkin. Ketiadaan passport semasa berada di negara orang boleh menyebabkan anda ditahan dan dituduh memasuki negara secara haram. 

i) Bawa pasport
Passport perlu dibawa bersama apabila keluar. Jangan pernah tinggalkan passport anda di dalam beg. Passport ketika travel adalah nyawa anda dan ianya merupakan penganti kad pengenalan diri anda. Anda mungkin akan ditahan jika gagal menunjukkan passport pada polis jika ditanya. Perlu diingat apabila berada di negara orang, bahasa adalah halangan utama. Anda akan sukar untuk berkomunikasi menyatakan apa yang berlaku jika pihak berkuasa tersebut tidak memahami bahasa Inggeris. 

ii) Kehilangan pasport
Jangan ambil mudah dalam soal passport. Jika anda kehilangan passport ketika di luar negara, anda perlu ke kedutaan Malaysia. Bagaimana jika tidak ada kedutaan Malaysia dinegara yang anda pergi. Disinilah masalah besar anda akan wujud. Anda tidak mungkin dibenarkan keluar dari negara terbabit tanpa pengenalan diri. Maka berhati-hati dan sentiasa beringat menyimpan passport anda ditempat yang selamat. Prosedur memohon emergency passport akan rumit, dan memerlukan anda mengikut prosedur tertentu.

iii) Emergency pasport
Emergency pasport diperlukan sebagai pasport sementara apabila berlaku kehilangan pasport di luar negara. Pasport ini hendaklah dipohon melalui kedutaan Malaysia di negara terbabit. Pasport ini tidak boleh lagi digunakan sebaik anda melangkah masuk ke ruang imigresen di Malaysia. Permohonan mendapatkan pasport baru perlu dibuat melalui Jabatan Imigresen berdekatan.

iv) Kerosakan pasport
Pasport akan dikira rosak sekiranya mesin pengimbas gagal membaca maklumat dalam pasport anda. Ini berlaku kemungkinan cip yang telah rosak akibat terkena air. Maka pasport perlu dijaga supaya tidak kebasahan. Namun selain daripada pasport yang basah, contengan atau cop lain selain daripada cop rasmi sesuatu negara untuk keluar masuk adalah dikira pasport rosak. Pasport adalah lambang identiti dan mengandungi makumat penting rekod perjalanan anda, seharusnya ianya tidak boleh sama sekali untuk dicop dengan selainnya umpamanya cop watermark sesuatu tempat pelancongan. 

Cari

Like Us

Hot in week

Recent

Comments

Follow Instagram

Translate

index