DISQUS SHORTNAME
Jumaat, 30 November 2018
Alert! Tiada lagi pengumuman penerbangan di KLIA dan KLIA2
KUALA LUMPUR: Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur KLIA dan KLIA2 akan turut serta dalam kempen Silent Airport, bermula Disember ini.
Dalam satu kemaskini di akaun Twitter, Malaysia Airlines memaklumkan tiada lagi pengumuman di kedua-dua buah lapangan terbang itu dan meminta penumpang merujuk kepada papan informasi digital yang ada di dalam lapangan terbang untuk sebarang maklumat terbaharu dan penting.
Dalam satu kemaskini di akaun Twitter, Malaysia Airlines memaklumkan tiada lagi pengumuman di kedua-dua buah lapangan terbang itu dan meminta penumpang merujuk kepada papan informasi digital yang ada di dalam lapangan terbang untuk sebarang maklumat terbaharu dan penting.
Kempen Silent Airport merupakan satu polisi yang dimulakan sejak beberapa tahun lalu, di mana jumlah pengumuman menerusi pembesar suara dikurangkan.
Pengumuman yang dibuat hanya akan membabitkan situasi kritikal, atau perubahan saat akhir.
Antara lapangan terbang yang telah menyertai kempen ini adalah Lapangan Terbang London City, Lapangan Terbang Antarabangsa Cape Town dan Lapangan Terbang Helsinki.
Pengumuman yang dibuat hanya akan membabitkan situasi kritikal, atau perubahan saat akhir.
Antara lapangan terbang yang telah menyertai kempen ini adalah Lapangan Terbang London City, Lapangan Terbang Antarabangsa Cape Town dan Lapangan Terbang Helsinki.
Tarikh: 30 November 2018
Sumber: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/tiada-lagi-pengumuman-di-klia-klia2-192482
Ahad, 25 November 2018
Penang Central dibuka secara rasmi
Penang Sentral iaitu terminal canggih di utara yang terletak di Butterworth telah mula beroperasi 22 November 2018.Berbeza dengan TBS, Penang Sentral turut menghubungkan feri, selain bas, teksi dan Komuter/KTM.
Penang Sentral mempunyai keluasan 82,000 kp dan dijangka akan menerima
kunjungan 3,000 orang setiap hari pada hari2 biasa dan akan meningkat pada hari
cuti. Ianya menyediakan perkhidmatan:
- 250 perjalanan bas ekspress
- 500 bas tempatan henti2
- 32 perjalanan Komuter
- 10 perjalanan ETS
- 50 perjalanan feri pergi balik.
Terdapat 38 kaunter tiket bas dengan kemudahan canggih layan
diri. Dan ada 580 tempat meletak kereta yang turut disediakan untuk kemudahan
pengunjung. Sehingga kini hampir 90% ruang niaga juga telah pun disewakan bagi pelbagai
perniagaan.
Disini jadual perjalanan bas ekspres lengkap dipaparkan di skrin seperti di
Airport. Menariknya, ada tempat untuk bersantai di
luar untuk menghirup angin laut sambil melihat pemandangan indah Pulau Pinang
dari sini.
Anda juga
boleh membeli pas bulanan tempat meletak kereta di sini untuk lebih berjimat
bagi yang kerap menggunakannya.
Rabu, 14 November 2018
Panduan lengkap memohon visa China
Hai semua!
Kali ni penulis nak kongsi tips dan panduan lengkap untuk dapatkan visa China.
Sumber: Fb Chey Chen
Langkah-langkah:
1. Permohonan visa China
boleh dibuat secara online di pautan berikut :
https://www.visaforchina.org/…/howt…/quickaccess/index.shtml
https://www.visaforchina.org/…/howt…/quickaccess/index.shtml
2. Sila klik 'Enter' di kotak
application form.
3. Kemudian akan keluar
instruction for online visa. Di sini kalau rajin dan banyak masa boleh baca
satu per satu. Kalau malas boleh terus scroll sampai bawah dan jumpa butang
'next'. Klik butang itu dengan sopan.
4. Seterusnya akan keluar
paparan seperti gambar ke 3. Untuk makluman, terdapat 2 visa centre iaitu di
Kuala Lumpur dan Pulau Pinang dan anda boleh letak 'Kuala Lumpur' untuk
kedua-dua lokasi ini. Anda hendaklah memasukkan verification code dan klik 3
pilihan urusan. Untuk permohonan pertama kali, pilih A. Jika anda sudah memohon
dan simpan maklumat tapi belum submit, boleh pilih B.
5. Gambar ke-4 merupakan
borang yang anda perlu isi. Tiada apa yang perlu digusarkan kerana common
details sahaja. Macam family details tu penulis letakkan semua kaum kerabat
penulis.
6. Di gambar ke 5, anda perlu
pilih jenis visa dan tempoh yang dikehendaki. Menurut maklumat yang diberikan,
visa hanya dikeluarkan untuk single entry dan two entries for 3-6 months.
(mohon share kalau maklumat ni tak betul)
7. Anda hendaklah list
mengikut turutan tempat yang anda akan lawati. Anda juga dikehendaki mengisi
ruangan negara yang dilawati dalam tempoh setahun.
8. Selesai anda submit, sila
print keluar borang dan terus tandatangan di ruangan bertanda merah.
9. Sebelum anda ke Visa
Centre, pastikan anda telah sediakan perkara berikut ;
❤️ Borang Visa yang siap tandatangan.
❤️ Salinan Itinerary Flight.
❤️ Salinan Pasport.
❤️ Gambar background putih 2 keping.
❤️ Passport sekurangnya valid 6 bulan
❤️ Salinan Itinerary Flight.
❤️ Salinan Pasport.
❤️ Gambar background putih 2 keping.
❤️ Passport sekurangnya valid 6 bulan
10. Urusan di visa center
sangat mudah dan lancar. Petugas di kaunter akan check segala maklumat sebelum
diberi nombor giliran. Anda akan diberi satu slip untuk urusan collection
passport anda. Anda boleh wakilkan pihak lain untuk urusan ini kerana tiada
proses biometrik seperti visa India. Mengikut pengalaman penulis, visa ini
mengambil masa 7-8 hari untuk visa normal, kalau urgent boleh pilih express.
Bayaran dibuat secara tunai di kaunter. Refer gambar terakhir untuk kadar
bayaran.
Ahad, 11 November 2018
Air Asia batal route ke Auckland: Ini pilihan route alternatif
Air Asia telah membuat pengumuman rasmi untuk membatalkan route dari Auckland, New Zealand bermula Februari 2019. Tetapi korang jangan risau, ini ada beberapa laluan yang korang boleh pilih untuk ke Auckland, New Zealand dikongsikan oleh Maya Mayati di Facebooknya.
Pada masa
akan datang, akses dari Kuala Lumpur ke New Zealand boleh dilakukan melalui
beberapa opsyen. Anda masih boleh mengambil pilihan penerbangan
1) Tambang murah
Air Asia melalui destinasi Australia seperti Sydney, Melbourne-Avalon dan Gold
Coast.
2) Seterusnya, mengambil
penerbangan dengan syarikat tambang murah tempatan seperti Jetstar ke destinasi
New Zealand seperti Auckland, Christchurch atau Queenstown.Kaedah ini masih menjimatkan
dan keperluan visa di Australia adalah tertakluk kepada tempoh masa sesuatu
transit.
3). Bagi pilihan menggunakan
syarikat penerbangan premium, Malaysia Airlines masih menawarkan penerbangan
terus dari Kuala Lumpur ke Auckland.
4) Selain itu, Singapore
Airlines juga turut ke Auckland dan Christchurch, dengan pilihan penerbangan
yang akan transit di Changi dan Australia.
Berdasarkan pemerhatian,
penerbangan melalui code-shares airlines ini dilihat lebih efektif dan
memudahkan kerana tempoh transit kebiasaannya tidak melebihi 8 jam.
Jika anda mempunyai
perancangan transit di Australia, dan tempohnya adalah kurang dari 8 jam serta
tiada keperluan meninggalkan kawasan transit, anda tidak memerlukan visa
transit.
Kebiasaannya, kaedah ini
adalah terpakai bagi code-shares airlines seperti saya nyatakan tadi.
Maklumat visa transit boleh
rujuk di sini:
https://www.homeaffairs.gov.au/…/do-i-need-a-visa-to-transi…
https://www.homeaffairs.gov.au/…/do-i-need-a-visa-to-transi…
Walau bagaimanapun,
sekiranya anda memilih penerbangan berbeza (bukan code-shares) yang memerlukan
anda keluar dari kaunter imigresen bagi mendapatkan connecting flight, keperluan
visa bagi memasuki Australia menjadi suatu kemestian.
Visa ini perlu dimohon lebih
awal dari Malaysia dan tertakluk kepada kelulusan oleh pihak berkuasa
Australia.
Maklumat berkenaannya seperti
berikut:
https://www.homeaffairs.gov.au/trav/visa-1/601-
https://www.homeaffairs.gov.au/trav/visa-1/601-
Sekian. Moga membantu!
Kredit: Fb Hawa Mayati
Sabtu, 10 November 2018
Wabak Measles melanda Thailand: hati-hati jika korang pergi Selatan Thailand dalam masa terdekat
Pihak Kesihatan Thailand kini sedang bertungkus lumus untuk mengawal wabak Measles yang sedang melanda penduduk di Selatan Thailand. Lebih 1500 kes telah dilaporkan
dengan 14 kematian. Mangsa terbesar akibat wabak ini adalah di kalangan kanak
kanak
✅ Majoriti penduduk yang terjejas
akibat wabak Measles ini adalah dikalangan mereka yang beragama Islam. Salah faham mengenai vaksin
merupakan punca sesetengah penduduk mengambil risiko dan menyebabkan liputan
vaksinasi di kawasan terjejas hanya 60%
✅ 95% populasi perlu di vaksinasi untuk mencegah kejadian wabak . Anggota kesihatan di Selatan Thai sedang giat berusaha untuk memberi kesedaran dan meluaskan liputan vaksinasi. Majlis Agama Islam Thailand juga turut berusaha untuk menyakinkan penduduk tempatan.
* Measles merupakan penyakit yang boleh di cegah dengan vaksinasi.
* Sekiranya anak anda telah mengalami keciciran, pintu sentiasa terbuka untuk anda melengkapkan immunisasi.
✅ 95% populasi perlu di vaksinasi untuk mencegah kejadian wabak . Anggota kesihatan di Selatan Thai sedang giat berusaha untuk memberi kesedaran dan meluaskan liputan vaksinasi. Majlis Agama Islam Thailand juga turut berusaha untuk menyakinkan penduduk tempatan.
* Measles merupakan penyakit yang boleh di cegah dengan vaksinasi.
* Sekiranya anak anda telah mengalami keciciran, pintu sentiasa terbuka untuk anda melengkapkan immunisasi.
Jumaat, 9 November 2018
Berita baik untuk backpacker: Anda dibenarkan kerja petik buah sehingga 3 tahun melalui peraturan baru Kerajaan Australia
Kerajaan Australia telah mengumumkan akan memanjangkan tempoh visa bagi pengembara backpackers ke negara berkenaan untuk tinggal lebih lama bagi menampung kekurangan tenaga kerja di ladang-ladang buah menjelang musim menuai. Menerusi laporan Business Times, perubahan peraturan visa backpacker yang baru itu membolehkan anak muda ke negara berkenaan untuk mencari pekerjaan untuk tinggal sehingga 3 tahun dengan syarat mereka perlu bekerja di dalam sektor pertanian untuk tempoh sekurang-kurangnya enam bulan.
Melalui syarat lama di mana pekerja-pekerja ini hanya dibenarkan untuk tinggal selama setahun dan tambahan satu tahun lagi sekiranya mereka bekerja di ladang-ladang di wilayah utara yang terpencil.
Bermula Julai tahun depan, visa berkenaan akan dipanjangkan sehingga ke tahun ketiga sekiranya mereka meluangkan masa untuk bekerja di wilayah terpencil dimana pengusaha-pengusaha ladang buah menderita kerana kekurangan pekerja.
Peraturan tersebut diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri Australia, Scott Morrison ketika bertemu dengan pengusaha tanah pertanian di wilayah Queensland. Pengumuman tersebut dibuat menjelang pilihan raya umum Mei depan.
Kerajaan Australia sebelumnya mengenakan peraturan ketat termasuklah memendekkan tempoh visa bagi menghalang kemasukan imigran secara berterusan ke negara berkenaan bagi memulakan kehidupan baru.
Bagaimanapun, sektor pertanian berhadapan dengan kesan buruk akibat peraturan ketat yang diamalkan terutamanya ketika musim menuai.
Untuk tempoh 2017 sehingga 2018, Australia mengeluarkan visa kepada lebih 200 ribu orang pekerja imigran dengan Perancis dan Jerman menjadi negara tertinggi dalam kalangan 45 negara yang menerima visa tersebut.
Kajian sebelum ini mendedahkan kebanyakan pekerja-pekerja imigran ini merupakan pelajar-pelajar antarabangsa yang menuntut di universiti-universiti tempatan.
Tarikh: 8 September 2018
sumber: http://www.sinarharian.com.my/global/australia-benarkan-backpakers-tinggal-lebih-lama-1.902043?fbclid=IwAR1JU3uKGF2lTQcbYajBICEJ7ylwpezCkBHcOwO0b7Stl9D5RUVUH3BPA0g
Ahad, 4 November 2018
Airport terbesar di dunia: Istanbul Grand Airport kini dibuka
2 hari lepas tanggal 29 Oktober 2018 adalah hari pelancaran
pembukaan airport yang ketiga di Istanbul iaitu Istanbul Grand Airport yang dihadiri oleh beberapa pemimpin seluruh
dunia. Tarikh itu adalah bersempena dengan ulang tahun kerajaan Republik Turki yang
ke-95
Ia mampu menampung 114 aircraft pada masa yang sama, serta membuka peluang
pekerjaan di Istanbul seramai 225,000 orang dan mempunyai sekitar 3,000 jadual
penerbangan dalam sehari
.
Terletak di Arnavutköy, Istanbul yang berada di bahagian Eropah, Istanbul. Cara yang terbaik untuk menggunakan pengangkutan awam adalah
1. Gunakan Airport Transfer daripada Hotel
2. Bus Havataş (Shuttle Bus) daripada IGA ke Taksim, daripada Taksim anda boleh menaiki tramvay ke Sultanahmet
.
Jarak
Atatürk ---> Sultanahmet 🕌 : 23.0 km
IGA ---> Sultanahmet 🕌 : 47.8 km
IGA ---> Point Hotel (Havataş) 48 km
Point Hotel (Tramvay) ---> Sultanahmet 🕌 : 8 km (8 perhentian)
Terletak di Arnavutköy, Istanbul yang berada di bahagian Eropah, Istanbul. Cara yang terbaik untuk menggunakan pengangkutan awam adalah
1. Gunakan Airport Transfer daripada Hotel
2. Bus Havataş (Shuttle Bus) daripada IGA ke Taksim, daripada Taksim anda boleh menaiki tramvay ke Sultanahmet
.
Jarak
Atatürk ---> Sultanahmet 🕌 : 23.0 km
IGA ---> Sultanahmet 🕌 : 47.8 km
IGA ---> Point Hotel (Havataş) 48 km
Point Hotel (Tramvay) ---> Sultanahmet 🕌 : 8 km (8 perhentian)
Sumber: https://www.facebook.com/groups/backpackers.buddies.malaysia/permalink/2025467604182173/
Sabtu, 3 November 2018
Trip ke Indochina di China: Senarai lengkap lokasi makanan halal di Guangzhou
Tidak susah mencari lokasi makanan halal di Guangzhou. Disini antara bandaraya di China yang mudah untuk mendapatkan makanan halal.
1) Area Masjid Saad bin Abi Waqas
Berdepan masjid ini ada restoran halal warga Ughur.
Jika ke sini pada hari Jumaat, lepas solat jumaat ada pasar malam dan di
sekitar masjid ini. Banyak makanan yang boleh dicuba disini.
2) Area Masjid Huang Sheng
Disekitar masjid ini ada beberapa restoran halal
termasuk juga kedai runcit yang menjual barangan halal. Jika menginap di hotel
yang ada dapur, boleh membeli keperluan daging dan juga barangan lain di sini. Turun
di stesen Ximenkou exit B dan kena jalan kaki.
3) Area Beijing Lu
Di sekitar jalan Beijing Lu terdapat restoran halal
yang agak mewah termasuk restoran Vietnam yang mempunyai status halal di depan
kedainya.
4) Berhadapan dengan pintu keluar Yiu Xie Park
Keluar pintu di stesen Yiu Xie park, jalan terus
akan menuju ke masjid Saad bin Abi Waqas, manakala bersebelahnya adalah laluan
untuk ke Yiu Xie Park. Berdekatan dengan pintu ini ada satu kedai halal.
5) Area stesen Xiaobei
Turun di stesen ni dan amik exit A.Terdapat kedai
runcit yang jual makanan halal dan juga restoran cina halal.
Pengalaman overland melalui baca sini. Info selanjutnya tentang Guangzhou, klik sini
Pengalaman overland melalui baca sini. Info selanjutnya tentang Guangzhou, klik sini
Khamis, 1 November 2018
Tunjuk IC atau Pasport atau dihalang memasuki bangunan Malaysian Hall, London
To all regulars of Malaysia Hall, canteen or surau, please be informed that from today, Monday 22nd Oct 2018, you, Malaysians, are required to show your ID, in the form of your Malaysian IC or Passport before you could use the facilities at Education Malaysia building.
I know this will come as a shock - Now only Malaysians and authorised personnels are allowed to enter the building. Non Malaysians are no longer allowed in the premises, even accompanied by Malaysians, as it is considered a diplomatic building and I have been told that it is for security reasons that these steps had been taken.
Malaysians, like me who have left the IC back home in Malaysia, can actually write down the IC number at the reception. All entrance to the canteen and surau will be through the main door. You have to show your ID and then will be allowed in.
I know this will come as a shock - Now only Malaysians and authorised personnels are allowed to enter the building. Non Malaysians are no longer allowed in the premises, even accompanied by Malaysians, as it is considered a diplomatic building and I have been told that it is for security reasons that these steps had been taken.
Malaysians, like me who have left the IC back home in Malaysia, can actually write down the IC number at the reception. All entrance to the canteen and surau will be through the main door. You have to show your ID and then will be allowed in.
For now only for Friday prayers, the doors are open to non Malaysians.
Please also alert you friends who are likely to frequent the place. Also tell relatives and friends in Malaysia who are visiting. We always advised them to leave passports and ICs at home because of risks being mugged, but this is not the case now.
Sumber: https://www.facebook.com/zaharah.othman.77/posts/10155519884637186
Langgan:
Catatan (Atom)
Tabs
Hot in week
-
Korang yang suka travel mesti tahu, antara cara murah mendapatkan tiket Air Asia selain daripada beli tiket pada waktu promosi, anda juga b...
-
Ramai umat Islam mengetahui mengenai perintah solat, mengeluarkan dan mengerjakan haji. Namun tidak ramai yang memahami bahawa Allah taal...
-
Terminal bas Shah Alam dipindahkan secara rasmi pada 1 Mei 2019 bertempat di Seksyen 17. Dikenali sebagai Terminal bas Shah Alam mengan...
Recent
Comments
Follow Instagram
Blog Archieve
- Mei 2020 (1)
- April 2020 (8)
- Mac 2020 (5)
- Oktober 2019 (3)
- Ogos 2019 (1)
- Julai 2019 (3)
- Mei 2019 (2)
- April 2019 (3)
- Mac 2019 (7)
- Februari 2019 (6)
- Januari 2019 (4)
- Disember 2018 (3)
- November 2018 (11)
- Oktober 2018 (30)
- September 2018 (10)
- Ogos 2018 (2)
- Julai 2018 (13)
- Mei 2018 (7)
- April 2018 (13)
- Mac 2018 (15)
- Februari 2018 (8)
- Januari 2018 (10)
- Disember 2017 (3)
- November 2017 (6)
- Oktober 2017 (9)
- September 2017 (5)