DISQUS SHORTNAME

Isnin, 29 Oktober 2018

Trip ke Indochina di Vietnam: Tip menjimatkan duit penginapan di Hoi An hotel

Tempat ini merupakan tumpuan pelancong. Harga hotel boleh dikatakan agak mahal bagi yang melancong ke sini secara backpackers. Tetapi, ianya dikira berbaloi jika dapat berkongsi bilik. Bagi yang ingin menjimatkan budget hotel, boleh menginap di area Danang dan mengambil bas harian untuk ke sini. Perjalanan ke sini dari Bandar Danang mengambil masa kurang dari sejam. Bandar bersejarah Hoi An boleh dilawati dalam setengah hari kerana tempat bersejarah tersebut tidak lah sebesar mana.



Bagi yang masih ingin menginap di sekitar Hoi An, terdapat hostel di kawasan belakang Bandar bersejarah yang harganya sedikit lebih murah berbanding hotel-hotel berhadapan dengan kawasan pintu masuk. Tempah hostel lebih murah di Booking.com klik sini. Jika anda ingin membuat perbandingan harga hostel Traveloka sini atau Trivago sini memberikan anda perkhidmatan perbandingan hostel terbaik. 



Hampir tiada makanan halal disini melainkan jika anda ke pasar mungkin boleh membeli sedikit buaha-buahan untuk alas perut. Pilihan lain ialah dengan memasak sendiri. 

Baca info sebelumnya sini. Info seterusnya tentang Danang disini.










Ahad, 28 Oktober 2018

Masuk free di Istana Gyeobokgung, Korea

Jika anda merancang untuk ke Korea.. Ini masanya memasuki Istana Korea dengan percuma. Rancang percutian anda di Korea dan dapatkan penjimatan dengan MASUK PERCUMA ke sini!

Hari Rabu minggu terakhir setiap bulan, korang boleh masuk percuma saja ke Istana Gyeobokgung, istana era Joseon terbesar di Korea!

Tarikh terdekat: 31 Oktober, 28 November, 26 Disember.



Sumber: https://www.facebook.com/kimchimanis/photos/a.177761573043213/306266873526015/?type=3&theater&ifg=1

Pulau Boracay dibuka semula kepada pelancong bermula 26 Oktober 2018

MANILA: Pusat peranginan terkenal, pulau Boracay Filipina dibuka semula kepada pelancong hari ini dengan peraturan baru yang lebih ketat.
Pulau yang pernah menggamit pelancong dari seluruh dunia itu ditutup selama enam bulan bagi membaiki kerosakan akibat kebanjiran pelancong yang tidak terkawal.
Mengikut peraturan baru, hanya 19,200 pelancong akan dibenarkan di pulau itu pada satu-satu masa. Kerajaan cuba mencapai sasaran itu dengan mengawal bilangan bilik hotel yang sedia ada.
Hampir 400 hotel dan restoran yang dianggap melanggar undang-undang alam sekitar tempatan sudah diarah tutup dan syarikat penerbangan serta feri diberitahu untuk mengehadkan perkhidmatan ke kawasan itu.
Pelancong turut dilarang minum minuman keras dan merokok di pantai selain menganjurkan pesta-pesta yang digelar ‘LaBoracay’ yang pernah menarik puluhan ribu pelancong.
Pada April lalu, Presiden Rodrigo Duterte mengarahkan pulau berkenaan ditutup sebagai usaha besar-besaran bagi memulihkan kemudahannya, selain mengekang pembangunan melampau sehingga ia digelar ‘loji kumbahan’.
Kesemua langkah ini bertujuan melindungi keindahan laut dan kualiti pasir pantai yang dikatakan antara faktor yang menggamit jutaan pelancong setiap tahun.
Minggu lalu, setiausaha Pelancongan, Bernadette Romulo-Puyat, berkata beliau berharap imej pulau Boracay yang baharu itu akan membuka ‘budaya pelancongan lestari’ di Filipina.
Pulau Boracay pernah dikategorikan majalah pelancongan sebagai antara pantai terbaik di dunia.

Tarikh: 26 Oktober 2018

sumber: https://www.hmetro.com.my/global/2018/10/389812/pulau-boracay-perkenal-peraturan-lebih-ketat?fbclid=IwAR2r-tuko7OMZnBpmbLleYwBsGynQxqgREfoZL-x_sgegEeh4W0Kh-1seRQ

Selasa, 23 Oktober 2018

Trip ke Singapore: 7 taman tema ini tidak akan merugikan tiket anda ke Universal Studio Singapore

Tiket ke Universal Studio Studio sangat mahal beratus-ratus ringit. Tetapi aktiviti-aktiviti menarik yang ada di sana akan menjadikan pembelian tiket anda berbaloi-baloi. Universal studio yang paling dekat ialah Universal studio Singapore. Jika anda ingin merasai pengalaman Universal Studio  tetapi masih lagi tidak berpeluang untuk menjejak kaki ke mana-mana Universal  Studio, pergi sahaja USS yang hanya bersebelahan Malaysia. Konsep Disneyland dan Universal studio hampir sama tetapi Universal Studio merupakan sebuah taman tema yang berkonsepkan filem-filem terkenal dalam dunia. Hanya terdapat 4 sahaja universal studio di seluruh dunia iaitu di California, Florida, Japun dan Singapore.  USS mempunyai 7 tema utama dengan keluasan 20 hektar persegi. Beli tiket ke USS lebih murah di Klook untuk dapatkan diskaun pembelian online di sini.

Aktiviti di USS

1) Zon Sci-Fi-City
      i.            3D Transformer The Ride- The Ultimate Batle
  ii.            Battlestar Galastica Human vs Cyclone



2) Zon Ancient Egypt
      i.            Revenge of the mummy
  ii.            Treasure hunter
                                 
3) Zon Lost World-Jurasic Park
      i.            Canopy Fly
  ii.            Dino-Soarin


4) Zon Madagascar
      i.            Madagascar: A Crate Adventure
  ii.            King julien’s beach party go round
5) Zon Holywood

6) Zon Far Far Away


7) New york 

Beli tiket ke USS murah di sini dengan harga diskaun.

Baca panduan berguna untuk ke USS di sini. Untuk ke Garden by the Bay baca disini.

Buat photobook murah klik sini.

Isnin, 22 Oktober 2018

Trip ke Singapore: 13 Tips berguna untuk ke Universal Studio Singapore

Tip ini penting untuk anda baca jika ingin ke Universal Studio Singapore.
 
1) Elakkan hujung minggu jika hendak puas bermain. Manusia akan bersesak-sesak beratur menunggu giliran. Hari biasa pun kadang sesak jika negara lain tengah bercuti.

2) Beli tiket online. Lebih murah dan tidak perlu beratur panjang membeli tiket. Beli di sini.

3) Masuk masa buka, keluar masa tutup supaya anda dapat mencuba semua permainan.

4) Sediakan air mineral secukupnya. Keadaan sesak jika ramai orang dan panas.

5) Bawak roti, biskut dan sebagainya untuk kudapan disana.

6) Makanan mahal dalam USS. Tapi kalau tidak kisah harga, ada restoran halal dalam tu.

7) Sediakan pakaian tambahan untuk persalinan jika baju terlalu lencun kepanasan atau kebasahan.

8) Beratur di ekspress line atau single line untuk mengelakkan anda beratur panjang dan boleh main banyak permainan.

9) Jika ada duit lebih, beli VIP Pass supaya anda tidak perlu menunggu lama. Tiket akan jadi = tiket  USS + tiket Vipp Pass.

10) Dicadangkan untuk habiskan studio tour dahulu sebelum main game.

11) Alert dengan live show untuk tengok persembahan secara langsung.

12) Ada tempat simpanan locker untuk menyimpan beg. Tetapi free hanya 40 minit.

13) Lebih mudah bawa stroller jika membawa kanak-kanak kecil.  Singapore negara mesra stroller dan keadaan jalannya sangat bebas dari bahaya jalanan.

Baca cara-cara ke USS di sini. Ketahui tarikan terbaru di Singapore Zoo klik sini.



Cari

Like Us


Hot in week

Recent

Comments


Follow Instagram

Translate

index