DISQUS SHORTNAME
Selasa, 30 Oktober 2018
Isnin, 29 Oktober 2018
Trip ke Indochina di Vietnam: Tip menjimatkan duit penginapan di Hoi An hotel
Tempat ini merupakan tumpuan pelancong. Harga hotel
boleh dikatakan agak mahal bagi yang melancong ke sini secara backpackers.
Tetapi, ianya dikira berbaloi jika dapat berkongsi bilik. Bagi yang ingin
menjimatkan budget hotel, boleh menginap di area Danang dan mengambil bas
harian untuk ke sini. Perjalanan ke sini dari Bandar Danang mengambil masa
kurang dari sejam. Bandar bersejarah Hoi An boleh dilawati dalam setengah hari
kerana tempat bersejarah tersebut tidak lah sebesar mana.
Bagi yang masih ingin menginap di sekitar Hoi An,
terdapat hostel di kawasan belakang Bandar bersejarah yang harganya sedikit
lebih murah berbanding hotel-hotel berhadapan dengan kawasan pintu masuk. Tempah hostel lebih murah di Booking.com klik sini. Jika anda ingin membuat perbandingan harga hostel Traveloka sini atau Trivago sini memberikan anda perkhidmatan perbandingan hostel terbaik.
Hampir tiada makanan halal disini melainkan jika
anda ke pasar mungkin boleh membeli sedikit buaha-buahan untuk alas perut.
Pilihan lain ialah dengan memasak sendiri.
Baca info sebelumnya sini. Info seterusnya tentang Danang disini.
Baca info sebelumnya sini. Info seterusnya tentang Danang disini.
Ahad, 28 Oktober 2018
Masuk free di Istana Gyeobokgung, Korea
Jika anda merancang untuk ke Korea.. Ini masanya memasuki Istana Korea dengan percuma. Rancang percutian anda di Korea dan dapatkan penjimatan dengan MASUK PERCUMA ke sini!
Hari Rabu minggu terakhir setiap bulan, korang boleh masuk percuma saja ke Istana Gyeobokgung, istana era Joseon terbesar di Korea!
Tarikh terdekat: 31 Oktober, 28 November, 26 Disember.
Sumber: https://www.facebook.com/kimchimanis/photos/a.177761573043213/306266873526015/?type=3&theater&ifg=1
Hari Rabu minggu terakhir setiap bulan, korang boleh masuk percuma saja ke Istana Gyeobokgung, istana era Joseon terbesar di Korea!
Tarikh terdekat: 31 Oktober, 28 November, 26 Disember.
Sumber: https://www.facebook.com/kimchimanis/photos/a.177761573043213/306266873526015/?type=3&theater&ifg=1
Pulau Boracay dibuka semula kepada pelancong bermula 26 Oktober 2018
MANILA: Pusat peranginan terkenal, pulau Boracay Filipina dibuka semula kepada pelancong hari ini dengan peraturan baru yang lebih ketat.
Pulau yang pernah menggamit pelancong dari seluruh dunia itu ditutup selama enam bulan bagi membaiki kerosakan akibat kebanjiran pelancong yang tidak terkawal.
Mengikut peraturan baru, hanya 19,200 pelancong akan dibenarkan di pulau itu pada satu-satu masa. Kerajaan cuba mencapai sasaran itu dengan mengawal bilangan bilik hotel yang sedia ada.
Hampir 400 hotel dan restoran yang dianggap melanggar undang-undang alam sekitar tempatan sudah diarah tutup dan syarikat penerbangan serta feri diberitahu untuk mengehadkan perkhidmatan ke kawasan itu.
Pelancong turut dilarang minum minuman keras dan merokok di pantai selain menganjurkan pesta-pesta yang digelar ‘LaBoracay’ yang pernah menarik puluhan ribu pelancong.
Pada April lalu, Presiden Rodrigo Duterte mengarahkan pulau berkenaan ditutup sebagai usaha besar-besaran bagi memulihkan kemudahannya, selain mengekang pembangunan melampau sehingga ia digelar ‘loji kumbahan’.
Kesemua langkah ini bertujuan melindungi keindahan laut dan kualiti pasir pantai yang dikatakan antara faktor yang menggamit jutaan pelancong setiap tahun.
Minggu lalu, setiausaha Pelancongan, Bernadette Romulo-Puyat, berkata beliau berharap imej pulau Boracay yang baharu itu akan membuka ‘budaya pelancongan lestari’ di Filipina.
Pulau Boracay pernah dikategorikan majalah pelancongan sebagai antara pantai terbaik di dunia.
Tarikh: 26 Oktober 2018
sumber: https://www.hmetro.com.my/global/2018/10/389812/pulau-boracay-perkenal-peraturan-lebih-ketat?fbclid=IwAR2r-tuko7OMZnBpmbLleYwBsGynQxqgREfoZL-x_sgegEeh4W0Kh-1seRQ
Selasa, 23 Oktober 2018
Trip ke Singapore: 7 taman tema ini tidak akan merugikan tiket anda ke Universal Studio Singapore
Tiket ke Universal Studio Studio sangat mahal beratus-ratus ringit. Tetapi aktiviti-aktiviti menarik yang ada di sana akan menjadikan pembelian tiket anda berbaloi-baloi. Universal studio yang paling dekat ialah Universal studio
Singapore. Jika anda ingin merasai pengalaman Universal Studio tetapi masih lagi tidak berpeluang untuk menjejak
kaki ke mana-mana Universal Studio,
pergi sahaja USS yang hanya bersebelahan Malaysia. Konsep Disneyland dan
Universal studio hampir sama tetapi Universal Studio merupakan sebuah taman
tema yang berkonsepkan filem-filem terkenal dalam dunia. Hanya terdapat 4
sahaja universal studio di seluruh dunia iaitu di California, Florida, Japun
dan Singapore. USS mempunyai 7 tema
utama dengan keluasan 20 hektar persegi. Beli tiket ke USS lebih murah di Klook untuk dapatkan diskaun pembelian online di sini.
Aktiviti di USS
1) Zon Sci-Fi-City
i.
3D Transformer The
Ride- The Ultimate Batle
2) Zon Ancient Egypt
i.
Revenge of the mummy
ii.
Treasure hunter
3) Zon Lost World-Jurasic Park
i.
Canopy Fly
4) Zon Madagascar
i.
Madagascar: A Crate
Adventure
ii.
King julien’s beach
party go round
5) Zon Holywood
7) New york
Beli tiket ke USS murah di sini dengan harga diskaun.
Baca panduan berguna untuk ke USS di sini. Untuk ke Garden by the Bay baca disini.
Buat photobook murah klik sini.
Beli tiket ke USS murah di sini dengan harga diskaun.
Baca panduan berguna untuk ke USS di sini. Untuk ke Garden by the Bay baca disini.
Buat photobook murah klik sini.
Langgan:
Catatan (Atom)
Cari
Like Us
Tabs
Hot in week
-
KUALA LUMPUR: The Malaysian ePassport, has earned the Immigration Department the 2018 Regional ID Document of the Year Award. Immigratio...
-
Tempat ini merupakan tumpuan pelancong. Harga hotel boleh dikatakan agak mahal bagi yang melancong ke sini secara backpackers. Tetapi, ian...
-
Aranyaprathet merupakan pusat bundle ke -2 terbesar di dunia dan terbesar di Asia. Disini dapat ditemukan barang-barang original yang lari ...
Recent
Comments
Follow Instagram
Blog Archieve
- Mei 2020 (1)
- April 2020 (8)
- Mac 2020 (5)
- Oktober 2019 (3)
- Ogos 2019 (1)
- Julai 2019 (3)
- Mei 2019 (2)
- April 2019 (3)
- Mac 2019 (7)
- Februari 2019 (6)
- Januari 2019 (4)
- Disember 2018 (3)
- November 2018 (11)
- Oktober 2018 (30)
- September 2018 (10)
- Ogos 2018 (2)
- Julai 2018 (13)
- Mei 2018 (7)
- April 2018 (13)
- Mac 2018 (15)
- Februari 2018 (8)
- Januari 2018 (10)
- Disember 2017 (3)
- November 2017 (6)
- Oktober 2017 (9)
- September 2017 (5)