DISQUS SHORTNAME

Selasa, 3 Julai 2018

Trip ke Indochina di China: Perjalanan ke Shenzen dari Guangzhou menggunakan keretapi laju

Perjalanan dari Guangzhou ke Shenzen boleh menaiki keretapi. Hanya mengambil masa selama 1 jam 50 minit menggunakan train laju. Tiket boleh dibeli di kaunter tiket atau secara online.

1) Tentukan station mana yang ingin berlepas. Disini Guangzhou terdapat 3 stesen keretapi utama.

2) Tentukan stesen keretapi yang ingin tiba di Shenzen.

3) Datang awal ke kawasan menunggu di balai pelepasan

4) Tentukan pintu pelepasan. Pintu ke pelepasan hanya dibuka lebih kurang 10 minit sebelum waktu berlepas. 

5) Selepas pengumuman ketibaan train, segera bergegas ke pintu pelepasan.


6) Tunjukkan tiket bersama pasport kepada pemeriksa tiket

7) Cari coach train seperti yang tertera di tiket

8) Terdapat pramugari train yang akan menyambut penumpang semasa memasuki keretapi. 

9) Letakkan beg di bahagian atas.

9) Akan ada pramugari train yang bertindak membantu penumpang. Minta bantuan mereka sekiranya ada apa-apa masalah. 


Baca info sebelumnya di sini. Panduan seterusnya di Shenzen, klik sini.




Trip Indochina di China: Tips pengangkutan keretapi di China

Adalah lebih mudah menggunakan Metro iaitu keretapi jika berkunjung ke China. Metro china sangat murah dan kekerapa perjalanan juga adalah cepat. Keretapi boleh dikatakan akan berlepas setiap 10-15 minit. Maka ianya sangat efisyen dan senang untuk mengatur masa bagi bergerak ke satu tempat sementelah kebanyakan tempat boleh diakses dengan mudah menggunakan Metro.


Untuk menggunakan Metro, konsep sama dengan LRT, KTM atau MRT di Malaysia.
Pengguna perlu membeli tiket menggunakan mesin dan hanya perlu mengikut arahan dalam bahasa Inggeris sahaja. Tiket boleh dibayar menggunakan wang kertas atau syiling dan baki juga akan dikeluarkan sekali berserta dengan token perjalanan.
Di China, harus diingat setiap kali untuk masuk dan keluar daripada setesen Metro semua barang2 perlu melalui mesin scanner untuk diimbas termasuk juga botol air mineral. Disini juga dapat dilihat, askar China akan berkawal di laluan pintu masuk dan keluar lengkap dengan senjata. Metro akan sentiasa penuh malah bertambah sesak dan padat pada waktu puncak. Rancang perjalanan untuk mengelakkan menggunakan Metro pada waktu petang dan tengah hari sekiranya tidak ingin bersesak dengan ummah China. 

Di China terdapat 3 jenis keretapi utama yang menyediakan kemudahan pengangkutan kepada warga China untuk bergerak




Isnin, 2 Julai 2018

Trip ke Indochina di China: Tips Metro Railway di Guangzhou

Pengangkutan Metro iaitu seperti sistem (LRT/MRT/KTM) di Malaysia adalah sangat efisyen di Guangzhou dengan kekerapan perjalanan tidak sampai 10 minit menunggu. Guangzhu Metro Railway mempunyai 8 line. Jika didalam peta metro, line tersebut akan diwarnakan mengikut warna tertentu tetapi dikenali dengan line 1, 2 dan sebagainya. Penggunaan Metro disini sama sistem dengan LRT, KTM, MRT jika di Malaysia.
Untuk memudahkan perjalanan anda, dinasihatkan untuk mendapatkan peta Metro di mana-mana kaunter stesen Metro. Sebaiknya rancang perjalanan anda untuk mengelakkan kesesakan penggunaan Metro yang sangat ramai pada waktu puncak iaitu di sebelah petang dan tengah hari. Kekerapan perjalanan Metro pada waktu puncak lebih cepat. 


Di China termasuk juga Guangzhou sangat sukar untuk berkomunikas dalam bahasa Inggeris. Rata-rata masyarakat China tidak boleh berbahasa Inggeris. Jika mempunyai masalah, sebaiknya mendapatkan bantuan dari polis yang bertugas atau bertanyakan pada petugas kaunter di Stesen Metro. Mereka akan meminta bantuan dari rakan sekerja yang lain sekiranya tidak memahami soalan anda. Walaupun masalah komunikasi menjadi halangan utama untuk bergerak di Guangzhou tetapi disini tetap menjadi pilihan utama rakyat Malaysia untuk memborong.  Klik sini untuk download peta Metro Guangzhou. 
Baca info sebelumnya di sini. Klik sini untuk ke tempat bersejarah Maqam Saad Bin Abi Waqas.

Trip ke Indochina di China: panduan lengkap ke Masjid Saad bin Abi Waqas di Guangzhou

     Masjid lama yang diberi nama sempena bapa saudara Nabi iaitu Saidina Saad bin Sbi Waqqas. Dipercayai beliau merupakan orang bertanggungjawab yang menyebabkan tersebarnya Islam di sini dan seluruh China. Di perkarangan masjid ini tidak hanya terletak masjid yang diberi sempena nama beliau tetapi juga turut terdapat maqam yang dipercayai penduduk tempatan merupakan maqam baginda. Maqam Saad bin Abi Waqas terletak berhampiran pintu masuk masjid sebelum jalan menuju ke masjid yang terletak jauh ke dalam. Tetapi seluruh perkarangan masjid ini berkonsepkan masjid dalam taman. Sebelum sampai ke masjid, boleh laa menikmati pemandangan atau berehat di taman.

     Panduan untuk ke masjid ini:

     1) Berhenti di MRT Yieu Xie Park
     2) Keluarkan ikut exit B2 
     3) Ambik kiri
    4) Jalan terus sehingga berjumpa masjid


pintu masuk ke masjid 


keadaan di dalam masjid 





Trip ke Indochina di China:kembara melawat masjid tertua Huai Sheng di Guangzhou

Jika ramai rakyat Malaysia yang mengenali Guangzhou sebagai pusat pemborong terkemuka di dunia, pastinya ramai yang tidak menyangka di Quangzhou terdapat masjid lama yang wujud sejak 1300 tahun. Masjid Huai Sheng merupakan masjid utama di Guangzhou dan merupakan antara masjid tertua yang wujud di dunia. Dipercayai masjid ini merupakan masjid pertama yang dibina oleh Saad bin Abi Waqqas ketika mengembangkan Islam di Quangzhou yang dulunya dikenali sebagai Canton. Justeru masjid ini turut dikenali sebagai Great Mosque of Canton.

Jika kesini, masjid ini seharusnya mesti dituju untuk program kembara masjid di Guangzhou. Masjid ini dipercayai masjid tertua yang wujud di Quangzhou. Rekabentuk masjid ini jika dilihat dari luar tidak laa siapa menyangka ianya merupakan sebuah masjid. Namun keadaan di dalam masjid tetap menampilkan keunikan tersendiri dengan sebuah bangunan bercirikan senibina China. Perkarangan masjid terjaga kemas. malah sebaik memasuki pintu masjid, terdapat sebuah bilik kecik di sebelah kiri yang menempatkan bilik petugas masjid.



Pintu masuk ke masjid Huai Sheng

Panduan lengkap untuk ke Masjid Huai Sheng

1) Berhenti di MRT Ximenkou
2) Exit C
3) Amik kiri, jalan terus
4) Sampai simpang 4, lintas jalan (terus/straight)
5) Jalan terus lagi sehingga jumpa simpang 4
5) Belok kiri

Tips:
1) Jika tidak berjumpa, cari restoran makanan halal dan tanyakan arah ke masjid ini dengan pekedai. 
2) Tunjukkan gambar pintu masuk masjid ini kepada orang ramai untuk bertanyakan arah masjid. 

Catatan perjalanan sebelumnya baca sini. Klik sini untuk perkongsian lebih menarik. 







Cari

Like Us

Hot in week

Recent

Comments

Follow Instagram

Translate

index