DISQUS SHORTNAME

Selasa, 10 Mac 2020

5 tips penting keselamatan ketika berjalan-jalan sewaktu melancong


Berjalan-jalan di negara orang dengan poket penuh wang adalah terapi stress terbaik. Namun jika berada di luar negara sikap alpa bakal mengundang padah. Keselamatan sangat perlu untuk diambil berat. Malah soal kesihatan juga tidak boleh dipandang enteng. keselamatan dan kesihatan ketika melancong adalah aspek penting yang wajar menjadi keutamaan pelancong dalam membuat keputusan meneruskan itinerary mengikut yang dirancang.

Panduan penting berjalan-jalan ketika melancong. Baca dibawah:



a) Elakkan berjalan di tempat sunyi dan pada waktu malam

Jika berada di negara orang, tahap berhati-hati perlu diletakkan pada kadar tertinggi. Jangan sekali-kali mengambil risiko berjalan seorang diri pada waktu malam. Jika perlu melawat tempat menarik, gunakan perkhidmatan pakej tour lebih baik daripada anda terpaksa meredah malam untuk mencari lokasi tertentu. Jangan juga terlalu berani berjalan seorang diri di tempat-tempat sunyi dan di lorong-lorong kecil. Elakkan melalui  lorong kecil walaupun sebagai jalan pintas. Lebih baik berjalan dalam kumpulan atau jika melancong secara solo, sentiasa berjalan dalam kawasan ramai orang. Pastikan beg anda dan barang peribadi seperti telefon di perhati betul-betul bagi mengelakkan anda menjadi mangsa penyeluk saku.  Gunakan beg galas yang mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tinggi.

b) Jangan dedahkan dompet/duit

Berurusniaga dengan pembeli tidak dapat dielakkan. Malah ianya aktiviti utama untuk meneruskan kelangsungan hidup dilakukan oleh semua manusia sama ada ketika berada di negara sendiri atau luar negara. Aktiviti membeli juga menjadi matlamat utama sesetengah pelancong yang hadir untuk membeli belah memenuhi keperluan sendiri atau mungkin menjalankan urusan perniagaan. Apa pun tujuan anda, jangan dedah kan dompet anda apabila membayar. Keluarkan sahaja dari dalam beg. Rancang kewangan anda dengan meletakkan sejumlah wang yang dibudgetkan sahaja di dalam beg.

c) Bawa pen dan kertas

Sentiasa pastikan anda membawa pen dan kertas kemana-mana sahaja anda pergi. Ianya nampak simple dan tidak penting tetapi akan ada satu ketika anda benar-benar perlukan pen dan juga kertas untuk berkomunikasi dengan penduduk tempatan. Jangan berharap pada teknologi semata-mata google translate atau aplikasi translator. Persediaan untuk menangani perkara luar jangka sangat perlu apabila berada di tempat orang.

d) Travel alarm

Alat ini sangat penting terutamanya bagi pengembara solo wanita. Ini adalah salah satu cara untuk mempertahankan diri dengan memberitahu orang ramai anda memerlukan pertolongan.

e) Bawa benang atau apa sahaja pengikat (kancing baju/)

Barang ini ringan dan tidak memakan ruang yang banyak dalam beg travel anda. Bawa bersama kerana anda mungkin memerlukannya disaat terdesak.

Selasa, 15 Oktober 2019

10 Tips masak sendiri tom yam kaw seperti kedai Siam

Korang kalau dah pergi Hatyai tuh, makan tom yam semestinya menjadi kewajipan bagi pencinta makanan. Tom yam yang disediakan asli dari air tangan warga Siam sendiri tentunya lebih kaw2 berbeza dengan air tangan restoran di Malaysia. Tapi perlu diingat makanan di restoran atau kedai tentunya kos mahal berbanding jika masak sendiri di rumah. dengan kos yang sama, satu sesi rumah boleh melantak tom yam asli dan kaw seperti kedai tom yam kat Thailand. 

Dah alang-alang korang pergi Hatyai tuh, ole-ole berupa pes tom yam adalah kewajipan yang perlu korang beli untuk bawa balik ke Malaysia. Bagi yang tak tahu pes tom yam macam mana nak beli korang rujuk gambar dibawah. Beli pes tom yam macam dalam gambar tuh je kalau korang nak buat tom yam sendiri kat rumah macam makan tom yam kat kedai. Korang jangan salah beli botol lain plak. Sebab pes tom yam ini banyak jenis okeh. Kalau x perhati betul-betul korang boleh tertukar beli pes chili bukan pes tom yam. Soo, please take note okeh!

Pes tom yam terbaik ialah yang guna tulisan thai. pes ini rasanya memang sangat kaw tanpa perlu nak masuk lagi bahan-bahan sampingan cam lengkuas, serai semua tuh. Kalau letak pes ini sikit je pun dah terasa asli tom yam. 



Jadi untuk posting kali ini, aku sharekan dengan korang tips masak tom kaw tanpa perlu korang ke kedai lagi. Masak sendiri di rumah lebih jimat dan bersih dan korang boleh melantak sepuas-puasnya ikut anak tekak. Baca tips masak tom yam kaw dibawah:

1) Tumis bawang puting dengan sedikit minyak sahaja (minyak cukup untuk tumis bawang putih sahaja jangan letak banyak2).

2) Rebus ayam dengan pes tom yam

3) Guna nisbah pes dan air, 1 sudu besar pes tom yam untuk 500ml air (untuk rasa kaw2 tom yam). Untuk rasa light2 tambah air.

4) Jangan masukkan carrot. Carrot akan potong habis rasa tom yam.




5) Guna sayuran kubis, jagung muda, tomato, bawang holland sahaja.

6) Wajib masukkan daun ketumbar ataupun daun pak chi dalam tom yam

7) Lengkuas, serai, daun limau purut masukkan last sekali untuk rasa tom yam yang kuat.

8) Blend tomato, bawang merah dan juga lada merah besar untuk pekatkan kuah tom yam dan bagi rasa pedas.

9) Masukkan seafood seperti udang atau sotong ketika hampir masak untuk mengelakkan overcooked.

10) Wajib masukkan air limau nipis atau boleh ganti dengan air asam jawa. Tom yam wajib ada rasa masam2 pedas.

Untuk ladies yang akan travel, pastikan korang simpan duit di tempat yang selamat. Percutian korang akan berakhir dengan sadis jika terkena pickpocket. Untuk keselamatan duit korang ketika travel, simpan duit di banyak tempat. Gunakan ANTI THEFT INNER untuk keselamatan duit dari pickpocket. Duit selamat, travel pun happy. Untuk detail klik sini.



Baca artikel sebelum, klik sini. Artikel seterusnya klik sini

Cara mudah dan murah serta landmark ke lokasi street food halal dan murah dari Hatyai Train Station

Korang mesti tertanya-tanya camna nak ke sini kalau dari Hatyai Train Station. Sebenarnya dari stesen keretapi tuh korang boleh je jalan kaki ke sini kalau x kisah untuk jalan kaki sekitar 15-20 minit. Sambil exercise melupuskan balik lemak-lemak untuk sesi melantak korang sebelum ini. Landmark untuk kesini sangat senang untuk dicari. Korang follow arahan dibawah:

1) Dari pintu keluar stesen ini, amik kiri dan korang susur je sebelah kiri jalan tuh 

2) Korang akan jumpa masjid Pakistan dan Bank Commercial of Thailand.



3) Seterusnya korang jalan sikit je lagi dan akan nampak jejantas. 

4) Dari sini korang lintas jalan dan terus menghala ke Clock Tower (ada macam dataran dan ada wakaf untuk amik tuk-tuk)

5) Selepas nampak Clock Tower tuh, korang susur sebelah kiri jalan dalam 3-4 minit dan jalan terus hingga nampak bulatan.



6) Dari bulatan tuh korang akan nampak President Hotel.







2 lokasi hidden gem street food makanan halal, murah dan sedap di Hatyai yang tidak diketahui oleh rakyat Malaysia

Hatyai merupakan lokasi yang tidak perlu diperkenalkan lagi buat rakyat Malaysia. saban minggu, hujung minggu, setiap cuti am di Malaysia tentunya ramai yang akan memilih lokasi ini sebagai port terdekat untuk jalan-jalan cari makan di negara jiran Thailand. lokasi yang paling dekat di sempadan ini akan menjadi sesak dengan ramai rakyat malaysia untuk menikmati makanan asli Thailand. Tambahan pula dengan kesenangan untuk mendapatkan makanan halal tentunya Hatyai adalah lokasi strategik untuk melempiaskan nafsu makan. 

Khlong Hae tidak perlu diperkenalkan buat rakyat Malaysia. Umumnya inilah tempat yang menjadi tumpuan rakyat Malaysia untuk merasai makanan Thailand baik berupa makanan halal atau tidak halal. Bagi bukan muslim, tidak susah untuk merasai makanan Thailand kerana street food banyak dijual di Hatyai. Namun menjadi sedikit keterbatasan bagi penganut Muslim untuk mendapatkan makanan halal yang sedap tetapi menawarkan harga yang murah. Baca lanjut untuk mengetahui lokasi tersebut.

Semasa berkunjung ke Hatyai buat kali ke-2 baru-baru ini, keterbatasan komunikasi menyebabkan salah faham dengan tuk tuk yang membawa aku mengetahui lokasi makanan halal dan murah ini secara tidak sengaja. Disini, aku kongsi info berguna ini khusus untuk korang yang ke Hatyai semata-mata untuk trip jalan-jalan cari makan. Namun, perlu diingatkan lokasi ini hanyalah sesuai untuk korang yang travel dengan budget ciput dan x kisah untuk makan makanan tepi jalan. Bagi yang berduit dan mementingkan keunggulan penampilan ketika menjamah makanan, lokasi makanan ini sangat tidak sesuai dengan citarasa anda.

Namun, lokasi ini akan menjadi sesuatu yang sangat food heavan bagi yang tidak kisah dengan street food. Tentu korang membahang kepanasan je kan membaca intro yang meleret-leret =  _ =. 

 

Ok, aku teruskan dengan perkongsian tentang lokasi tersebut. Untuk korang yang tidak sabar untuk mengetahui tentang port makanan halal dan murah di Hatyai, lokasi tersebut adalah:

1) Di sekitar Masjid Majjamoh (rujuk gambar) 
Di sekitar Masjid ini merupakan perkampungan melayu Islam rakyat Thailand. Banyak gerai-gerai tepi jalan dibuka sepanjang laluan ini seawal untuk sarapan pagi. Makanan untuk sarapan pagi seperti nasi berlauk, nasi paprik, mee goreng dan lain-lain hanya berharga sekitar 20 bath. Menjelang tengah hari gerai berdepan dengan laluan masuk ke masjid ini akan menjual pelbagai jenis makanan siap berbungkus dengan harga sekitar 20 ke 30 bath. aneka bubur berharga sekitar 10 bath semangkuk dan laksa dengan pelbagai variasi kuah hanyalah berharga 30 bath. Makanan boleh dibungkus atau makan di bangku yang disediakan. Untuk menjamu selera di sekitar lorong ini sesuai untuk sarapan pagi dan tengah hari kerana menjelang petang gerai akan ditutup. 





2) Depan pagar Hospital Hatyai

Disini gerai-gerai hanya dibuka sekitar petang iaitu dalam pukul 4 petang dan keatas sehingga ke malam. Banyak gerai pelbagai jenis makanan seperti dim sum, nasi ayam, nasi kerabu, bakar-bakar (lokcing), dan pelbagai lagi korang boleh beli disini tanpa rasa was-was dengan status halal makanan tersebut. Penjual di tempat ini semuanya adalah muslim. Diseberang jalan ini terdapat food court halal yang menempatkan banyak gerai halal untuk menikmati aneka masakan panas. Untuk kesini sebenarnya ianya hanyalah berdekatan dengan Masjid Majjamoh iaitu masjid dibelakang manakala pagar hospital ini terletak dihadapan jalan utama. Hanya sekitar 2-3 minit berjalan anda sudah boleh mendapatkan makanan street food yang sedap dan murah tanpa perlu bergerak jauh ke Khlong Hae Floating Market. 


2 lokasi makanan halal ini sudah cukup melengkapkan perjalanan trip bercuti korang ke Hatyai untuk jalan-jalan cari makan dengan budget ciput dan ala-ala backpackers. 

Untuk ladies yang akan travel, pastikan korang simpan duit di tempat yang selamat. Percutian korang akan berakhir dengan sadis jika terkena pickpocket. Untuk keselamatan duit korang ketika travel, simpan duit di banyak tempat. Gunakan ANTI THEFT INNER untuk keselamatan duit dari pickpocket. Duit selamat, travel pun happy. Untuk detail klik sini.


Untuk cara ke lokasi street food tersebut, klik sini.

Selasa, 6 Ogos 2019

5 cara mudah penjagaan kesihatan kulit dan tubuh badan ketika travel

Kecantikan  kulit dan tubuh badan wajar dikekalkan walaupun ketika anda bersiar-siar menikmati panaroma indah negara orang. Kulit yang terdedah secara langsung pada panas terik matahari akan membahayakan kulit wajah anda. tidak hanya mengalami hitam atau sunburn tetapi mungkin menimbulkan pelbagai masalah kulit yang lain. Baca tips dibawah untuk panduan penjagaan kesihatan dan kecantikan kulit anda ketika melancong. 



1) Penjagaan muka dan kulit wajah
melancong bukan alasan menjadikan diri anda malas untuk menjaga kecantikan rupa paras. Pastikan anda  membawa bersama lotion pelembap yang bersesuaian dengan kulit anda. Lain kulit lain ragamnya. Hanya anda yang mengetahui keadaan sebenar kulit muka dan tubuh anda. Tetapi secara umumnya, jika melancong dalam musim panas, pastikan memakai sun block untuk melindungi radiasi dari pancaran matahari. Sebaliknya pada musim sejuk terutamanya winter, keadaan kulit akan menjadi kering dan anda perlu menggunakan pelembap bagi mengelakkan kulit anda kering dan merekah. Tidak perlu membawa lotion botol besar apabila travel. Isikan ke dalam botol kecil cukup untuk keperluan ketika travel sahaja bagi mengelakkan beg anda berat dan memakan ruang beg.

2) Penjagaan kaki
Pemakaian kasut atau selipar yang selesa adalah sangat penting. Anda pastinya akan menggunakan kaki pada setiap masa. Satu perkara yang perlu diambil perhatian ialah penjagaan kaki. Gunakan minyak atau lotion untuk mengelakkan tumit kaki anda kering dan merekah. Ianya bukan sahaja menjejaskan kecantikan tetapi sebenarnya akan menyebabkan anda mengalami kesakitan tumit. Apabila ini terjadi tentunya akan menjejaskan mood percutian anda. Pemilihan kasut atau selipar perlu dipentingkan untuk keselesaan kaki dan tumit bercirikan tapak kasut yang tidak mudah licin. 

3) Perlindungan kepala
i) Pakai topi
waktu panas di negara yang mengalami 4 musim adalah terlalu panas bagi orang Malaysia yang beriklim khatulistiwa. Berada lama di bawah pancaran matahari bukan sahaja menyebabkan kulit ‘sunburn’, tetapi juga akan menyebabkan sakit kepala. Bagi wanita Islam, inilah hikmahnya bertudung. Bukan semata-mata kerana syariat malah jauh lebih itu syariat menutup aurat juga sebenarnya adalah untuk menjaga kesihatan dan keselamatan tubuh badan dari penyakit juga api neraka. Sebaiknya pakai juga topi atau kalau rajin berpayung. Lindungi kepala anda dari terkena pancaran matahari secara langsung dalam tempoh lama.

ii) Pakai topi keledar
Sekiranya anda menyewa motosikal jangan berkompromi dengan topi keledar. Mohon syarikat penyewa kenderaan memberikan anda topi keledar yang berkualiti bukan yang telah haus bahagian span di dalamnya. Juga sekalipun undang-undang tidak mewajibkan anda memakai topi keledar umpamanya di Thailand, pakai topi keledar untuk perlindungan kepala anda dari perkara luar jangka. Ingat anda sekarang berada di negara orang. Sebarang kecelakaan akan menyebabkan anda menangung berganda kesusahan.

4) Kesihatan tubuh badan
Aktiviti jalan-jalan adalah perkara wajib apabila melancong. Anda menggunakan tenaga yang banyak dengan berjalan kaki atau mengalas bag pack. Sentiasa pastikan anda minum lebih air putih setiap hari. Kekurangan air dalam badan akan menyebabkan anda dehidrasi, mengalami simpton hysteria, dan juga akan cepat keletihan. Sentiasa bawa bersama botol air mineral sebagai peneman anda kemana-mana atau keluarkan duit dan beli sahaja air minuman. Tetapi jika ingin menjimatkan kos travel terutamanya backpackers, mengelakkan membeli air adalah perkara wajib perlu dibuat. Ambil sahaja air di hostel atau rebus sendiri. Jika perlu bawa supplement atau multivitamin untuk mengekalkan kecergasan dan juga stamina.


5) Perlindungan mulut dan hidung
Jika anda melancong di kawasan pedalaman yang kurang membangun, kebiasaanya kawasan jalan rayanya masih bertanah merah. Keadaan akan bertambah buruk jika musim kemarau dengan persekitaran yang berdebu. Adalah sangat penting dan amat perlu bagi anda memakai ‘face mask” sebagai perlindungan kesihatan dari debu, habuk dan kotoran.

Cari

Like Us

Hot in week

Recent

Comments

Follow Instagram

Translate

index