DISQUS SHORTNAME

Khamis, 21 Disember 2017

Trip ke Batam dari Singapore: Tips hotel murah dan mudah di Batam

Hotel murah banyak terdapat di sekitar bandar Batam. Di sini menjadi tumpuan ramai pelancong asing apatah lagi warga Singapore yang datang ke sini untuk shopping.

1) Area Nagoya Hill
Di kawasan ini banyak hotel-hotel murah. Area yang paling strategic untuk mencari penginapan di Batam sekiranya datang ke Batam untuk berjalan-jalan dan shopping. Untuk survey harga hotel check di sini

2) Batam Center
Berhampiran dengan jetty Batam Center ada terdapat hotel besar berbintang. Kawasan ini sangat dekat dengan Masjid Raya Batam dan mudah untuk untuk ke pelabuhan mengambil ferry. Tempah hotel di sini untuk dapatkan diskaun melalui Traveloka.

3) Resort
Sekiranya kedatangan anda ke Batam khusus untuk bercuti dan merehatkan minda dan badan, bercuti di resort tertentu adalah pilihan terbaik untuk anda. Cara menjimatkan untuk memilih resort terbaik ialah dengan membuat perbandingan harga dan survey d



Tips pengangkutan di Batam klik sini.  Baca perkongsian trip Indochina Malaysia ke Hong Kong Overland baca di siniDapatkan photobook murah di Photobook Malaysia.


Rabu, 13 Disember 2017

Trip ke Batam melalui Singapore: Jejak kepulauan Melayu, sejarah Kelantan di Batam, Indonesia

Hari ke-2 di Batam, dengan tidak ada perancangan yang jelas untuk dibuat pada hari itu kerana trip ini hanya bertujuan untuk jalan-jalan sambil makan dan menjejak masjid di Batam. Keluar seusai Subuh, jam 7 pagi sudah pun terlalu cerah di sini. Hanya bercadang ronda-ronda bandar Batam dengan menaiki bas disebabkan harga tambang yang murah 4000 Rupiah ke mana-mana destinasi. Hari ini hanya menaiki saja bas tanpa tujuan dari perhentian bas depan Batam Center. Bas henti-henti ini melalui bandar, pekan sehingga ke kawasan yang agak pedalaman dan berhenti di perhentian terakhir berhampiran jetty setelah sejam.

Akhirnya setelah bertanya dan mendapatkan sedikit info dengan pemandu bas, saya memutuskan untuk ke Pulau Penawar kerana pulau kecil ini lebih dekat dan boleh balik hari. Dengan tambang sebanyak 15000 rupiah seorang sehala kurang setengah jam perjalanan, bot yang menggunakan enjin ini melabuhkan sauhnya di jetty Pulau Penawar.



Sebaik melangkah keluar dari jetty ini, tempat pertama yang boleh dilihat ialah pasar yang menjual pelbagai jenis barang dan keperluan harian penduduk. Disini juga terdapat banyak restoran dan dapat dilihat aktiviti harian penduduk disini. ada yang menjual, lepak di kedai makan, dan ramai yang mencari rezeki dengan upah ojek. Tidak jauh daripada pasar ini, terdapat masjid dan balai polis serta segala kemudahan untuk penduduk termasuk balai raya dan tadika. 

Tanpa arah tujuan, hanya berjalan menyelusuri jalan-jalan di pulau ini sehingga akhirnya bertemu dengan papan tanda yang membuatkan mulut terlopong, otak berfikir tetapi bibir mengukir senyuman. Keletihan berjalan dengan panas terik matahari akhirnya memberikan kegembiraan sebaik terpandang dengan pintu gerbang yang tertulis
                                       
Tentunya ada sejarah dan cerita di sebalik nama kampung tersebut menyamai dengan salah sebuah daerah di negeri Kelantan iaitu Pasir Puteh. Tambahan pula nama kampung tersebut sepenuhnya sama kecuali perkataan Bugis memandangkan Kelantan dikenali sebagai Kelantan Darul Naim. Kesimpulannya kampung ini diambil bersempena dengan nama salah sebuah jajahan di Kelantan dan juga nama Darul Naim.

Pertanyaan yang masih lagi menjadi persoalan dan keinginan untuk tahu yang membuak-buak. Jika anda mempunyai maklumat berkaitan dengan kampung ini dan kaitannya dengan Kelantan. Mohon komen atau bagi email ke mypearlady@gmail.com

Baca lanjut tentang tempat penginapan percuma di sini. Buat photobook lebih murah di sini.

Khamis, 7 Disember 2017

Trip ke Batam melalui Singapore: Jalan-jalan cari makan di Batam

Makanan di Batam secara relative sangat murah berbanding dengan Malaysia tambahan pula duit Malaysia yang agak tinggi berbanding Rupiah. Indonesia antara syurga makanan bagi yang gemar 
mencuba pelbagai jenis makanan. Datang ke sini, antara aktiviti yang perlu dibuat ialah jalan-jalan cari makan.

1)              Pasar malam
Berdepan dengan kawasan masjid raya terdapat kawasan tanah lapang yang digunakan sebagai tapak pasar malam pada setiap hari bermula sebelah petang.



2)              Area Nagoya Hill
Nagoya Hill merupakan shopping kompleks utama di Batam. Disini sangat meriah dengan pelbagai pusat perniagaan dan terdapat banyak hotel serta restoran yang menyediakan makanan halal.

           
       
3)             Berhampiran dengan Jetty Batam Centre
Daripada pintu pagar utama jetty, ambik kiri dan jalan terus sehingga  nampak seperti kawasan bengkel kereta. Di dalam kawasan tersebut terdapat sederet gerai makan.

4)              Dalam kawasan Masjid Raya, Batam
Di dalam kawasan masjid terdapat bangunan kedai yang menjual barangan dan keperluan orang muslim termasuk pakaian. Termasuk juga kedai makan.


 
 

Baca di sini untuk tips pengangkutan murah di Batam. Jalan-jalan masjid Batam baca di sini.

Selasa, 28 November 2017

Trip ke Batam melalui Singapore: Panduan perjalanan ferry ke Batam

Trip Singapore-Batam-Malaysia

Batam merupakan Bandar ketiga tertinggi yang banyak dikunjungi pelancong di Indonesia. Bandar ini merupakan kesukaan warganegara Singapore untuk bercuti mungkin disebabkan mata wang negara Indonesia lebih murah berbanding dolar Singapore.

1) Perjalanan ke Batam dari Singapore

Untuk kesini melalui Singapore boleh mengambil ferry dari dengan tiket berharga 25 dollar Singapore ke Batam Center yang memakan masa sejam perjalanan. Terdapat beberapa kaunter tiket yang menyediakan perkhidmatan ferry sama ada ke Batam Center, Tanjung Pinang, Sekupang dan lain-lain pelabuhan di Batam. Ada beberapa pelabuhan ferry di Batam. Jadi kenal pasti pelabuhan yang terdekat dengan hotel sekiranya penginapan telah ditempah terlebih dahulu. Jika tidak, boleh turun di pelabuhan Batam Center. 

Di Singapore, boleh pilih untuk mengambil ferry di Harbour Front atau Tanah Merah. Jika menggunakan bas atau MRT turun di stesen Harbour Front dan juga Tanah Merah. Adalah sangat rekemen untuk menggunakan perkhidmatan ferry dari Majestic. Ferry yang baru, mempunyai aircond, tempat duduk yang selesa.


2)  Perjalanan ke Batam dari Stulang Laut

Bagi pelancong Malaysia yang ingin terus ke Batam boleh mengambil ferry dari Stulang Laut, Johor. Ferry bergerak pada setiap jam dan tambang jika dibeli untuk pergi dan balik adalah lebih murah dalam RM 130. Tiket sehala agak mahal.Perjalanan akan mengambil masa selama 2 jam jika turun di Batam Center. Dalam perjalanan ini akan dapat melihat negara Singapore. Jika masih belum menukar duit rupiah, sebelah kedai jual tiket ferry terdapat money changer.

3) Perjalanan pulang dari Batam Center ke Stulang Laut dan ke  Larkin, Johor

Perjalanan pulang dari Batam Center ke Stulang Laut mengambil masa 2 jam. Terminal ferry di Stulang Laut terletak di dalam shopping kompleks Berjaya Waterfront. Setelah urusan imigresen untuk cop passport  masuk ke Malaysia, perlu keluar dari bangunan shopping kompleks tersebut dan dari pintu utama jalan terus menghala ke kanan sehingga bertemu dengan perhentian bas berhadapan dengan pesisir laut. Tunggu bas disitu untuk ke Kompleks Imigresen sebelum mengambil bas seterusnya ke Terminal Bas Larkin, Johor. Tambang untuk kedua-dua perjalanan tersebut kurang dari RM 5. Lebih jimat daripada mengambil teksi.


Kesimpulannya, bagi yang ingin travel ke luar negara tetapi malas menggunakan flight, Batam merupakan pilihan terbaik untuk makan angin tanpa perlu risau kehabisan tiket ferry kerana perkhidmatan Batam ke Stulang dan sebaliknya adalah sejam sekali. Dengan duit rupiah yang lebih murah berbanding RM, pilihan melancong ke sini boleh dibuat dengan budget minimum. 

Baca tentang trip di Singapore klik sini. Ketahui tempat makan di Batam disini.


Jumaat, 17 November 2017

Trip ke Batam melalui Singapore:Jalan-jalan cari masjid di Batam

Keistimewaan Masjid Raya, Batam yang tidak ada pada masjid di Malaysia

Masjid merupakan tempat pengabdian khusus bagi orang Islam untuk menunaikan solat 5 waktu. Sejarah pembinaan masjid pada zaman Nabi menunjukkan fungsi masjid lebih dari sekadar masjid seperti yang diamalkan pada masa kini tetapi ianya turut merangkumi fungsi penyatuan social dan budaya masyarakat setempat, pengembangan ekonomi serta pejabat pemerintahan kerajaan memerintah.

Setelah sekian lama, dengan kewujudan dan pembinaan pusat-pentadbiran kerajaan maka fungsi masjid kian lama kian terhakis yang hari ini ianya hanya menjalankan fungsi-fungsi berkaitan keagaamaan semata-mata.




Di Batam, Masjid Raya Batam merupakan masjid utama di daerah ini dengan keluasan masjid yang besar, menempatkan ruang solat di bahagian atas dengan hiasan  lampu gantung besar di bahagian tengah masjid menjadikan masjid ini kelihatan mewah. 

Bahagian masjid ini mempunyai tandas, kedai runcit, ruang pejabat masjid, bilik pengawal, perpustakaan, bilik mesyuarat,bilik kegiatan aktivitis remaja, ruang pengajian serta banyak bilik-bilik yang lain. sepanjang bermusafir ke negara-negara, masjid disini satu-satunya masjid yang membenarkan  para musafir untuk tidur di dalamnya. Kemudahan bilik yang banyak dimanfaatkan sepenuhnya secara berkesan. Tidak pernah diketemukan masjid yang mempunyai perpustakaan siap dengan wifi percuma. Walaupun ruang perpustakaan tersebut tidak  sebesar mana tetapi usaha pihak pengurusan masjid untuk memakmurkan masjid ini dengan kemudahan bermanfaat pada jemaah wajar diambil contoh oleh pengurusan masjid di Malaysia. Buat photobook murah dengan harga diskaun di sini.

Baca tentang jejak sejarah Kelantan di Batam di sini

Cari

Like Us

Hot in week

Recent

Comments

Follow Instagram

Translate

index