DISQUS SHORTNAME

Selasa, 30 Januari 2018

Trip Indochina di Thaiand: Tempat menarik happening di Hatyai


Hatyai bukan hanya terkenal dengan pasar terapung. Tetapi Hatyai mempunyai banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi. Percutian ke Hatyai akan memberikan anda pengalaman menarik jika berkunjung ke tempat-tempat tarikan ini.

1) Klong Hee Floating Market
2) Samila Beach
3) Chang Puak Champ
4) Masjid Songkhla
5) Ice Dorm
6) Sight seeing area Lee garden

Baca tentang lokasi makanan sedap di Hatyai sini. Cara ke Bangkok menggunakan keretapi klik sini



Isnin, 22 Januari 2018

Trip Indochina di Thailand: 4 sebab best penginapan backpacker di Khaosan Road, Bangkok

Khoasan Road terkenal dengan penginapan backpackers. Tempat ini merupakan kegemaran para backpackers mat salleh yang tinggal disini memandangkan waktu malam tempat ini sangat happening dan meriah dengan pasar malam dan aktiviti hiburan untuk golongan bukan muslim.



Terdapat banyak hostel-hostel murah di sekitarnya.  Untuk ke Khoasan Road jika dari Hua Lamphong stesen, keluar ikut exit 4, jalan dalam 100 meter dan naik bus no 53 tambang dalam 20 bath. Apa yang menariknya disini ialah tempat ini sangat dekat dengan tempat-tempat pelancongan di Bangkok.

1) Grand Palace
Khoasan Road sangat dekat dengan Grand Palace, kediaman rasmi raja Thailand yang boleh dimasuki dengan bayaran tiket sebanyak 500 Bath. BTS Saphan Taksin adalah yang terdekat jika ingin ke sini menggunakan keretapi.

2) Muzium
Di Bangkok terdapat banyak muzium yang dibina untuk menyimpan koleksi tertentu. . Sekiranya anda pencinta sejarah tentunya muzium merupakan tempat yang mesti dikunjungi jika berkunjung ke Negara orang. Di area berdekatan Khoasan Road terdapat beberapa muzium iaitu Muzium Coin, National Museum, Theather Museum.
                                          

3) Jetty
Berdekatan dengan Grand Palace, sekiranya berkunjung ke Grand Palace adalah sangat rugi jika tidak menaiki feri menyeberangi sungai Chao Phraya. Tambang feri juga murah dan tidak perlu menunggu lama. Tidak perlu mengambil pakej tour river cruise kerana ianya sangat mahal. Anda boleh berjalan sendiri kerana ianya sangat mudah dan tambang boat jauh lebih murah.

4) Makanan halal mudah didapati
Disini terdapat masjid Chakrapong berhampiran dengan Khaosan Road. Jadi sangat mudah bagi pelancong muslim untuk menikmati makanan Thailand. Disekitar masjid ini terdapat kedai makan yang menjual makanan halal.

Booking hostel online sini atau Traveloka lebih selamat untuk mengelakkan hostel penuh terutamanya ketika perayaan di Bangkok. 

Baca tentang night market happening di Bangkok sini. Ketahui cara ke pusat bundle terbesar di Asia klik.






Khamis, 18 Januari 2018

Trip Indochina di Thailand: Lokasi makanan halal sedap dan murah di Hatyai

Hatyai dan makanan tidak dapat dipisahkan. Tidak susah mencari makanan halal di sini. Dengan harga makanan murah dan makanan Thailand yang sedap dan enak sememangnya menjadi kegemaran orang Malaysia. Syurga makanan bagi orang Malaysia yang datang ke Hatyai semata-mata untuk food hunting.

1) Burger 7e Hatyai      
Boleh terus dimakan Cuma perlu dipanaskan di dalam microwave dekat kaunter. Harga dalam lingkungan RM 3 sahaja. Sangat sedap dan berbaloi dengan harga. Perhatikan logo halal kerana ada juga burger pork.

kredit gambar: fb 

2) Hatyai Plaza Trade Centre
Berdekatan dengan Tower Clock tengah-tengah bandar Hatyai.  Tangga ke tingkat 3 kedai ini banyak tahi burung dan kelihatan terbiar. Tetapi makanan disini sangat sedap dengan harga berbaloi-baloi.  Banyak kedai borong-borong pakaian dan lebih murah dari tempat tetapi tempat ini agak seram dan kotor.  Kedai dalam plaza ini buka sehingga petang sahaja.
                    Kredit sumber gambar dan info: Ma Aziz (fb)

3) Asean Night Market
macam-macam makanan ada dan disini ada yang jual makanan halal pankek banana, pulut ayam, kerabu kaki ayam, dan lain-lain.

4) Klong Hae Floating Market
Lokasi tempat makan yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Pelbagai jenis makanan Thailand boleh didapati disini. 

5) Area Lee Plaza
Area Lee Garden tidak jauh dari stesen keretapi Hatyai boleh ditemukan dengan mudah penjual gerai bertudung yang menjual makanan. 

6) Depan stesen keretapi Hatyai
Di sebelah kiri berdepan pintu masuk ke stesen keretapi ada terdapat bangunan. Sederet kedai tersebut ada salah satu yang menjual makanan halal. 


Baca tentang hotel Hatyai sini. Ketahui tempat menarik di Hatyai klik  sini. Buat photobook murah dengan diskaun di sini.

Selasa, 16 Januari 2018

Trip Indochina di Thailand: Hotel Hatyai

Lokasi hotel murah dan mudah di Hatyai

Hatyai Hotel tidak susah bagi orang yang biasa datang ke Hatyai. Hatyai bagi penduduk Kedah dan Perlis mungkin tidak asing bagi mereka. Dengan hanya jarak yang tidak sampai setengah dari pekan Danok, mereka yang berada di utara semestinya tidak melepaskan peluang hujung minggu dan cuti umum untuk menghabiskan masa di Hatyai. Mereka tentunya tidak menghadapi masalah untuk memilih hotel yang selesa dan harga yang berpatutan. Tetapi bagi yang tidak biasa dan belum pernah sampai di Hatyai, tentunya akan sangat mengusarkan fikiran.


Bagi yang ingin mencari hotel, adalah lebih baik untuk menginap di hotel yang berdekatan dengan Lee Plaza iaitu kawasan tumpuan utama di Hatyai. Penginapan di Area Lee Plaza merupakan kawasan penginapan yang popular dan sering menjadi pilihan pelancong untuk menginap. Berdekatan dengan kawasan ini adalah tempat membeli belah dan juga pasar malam pada hujung minggu. Hotel berbintang dan tidak berbintang sangat banyak di kawasan ini dan menawarkan pilihan harga yang berbaloi. Cari hostel murah di sini.

Jika sampai ke Hatyai menggunakan keretapi, Stesen keretapi ini juga turut mempunyai hotel iaitu The Train Hotel yang terletak di pintu masuk ke stesen ini. Adalah lebih senang dan mudah untuk bergerak ke mana-mana jika menginap di sini kerana berhadapan dengan stesen ini adalah stesen teksi dan juga tuk-tuk. Pilihan pengangkutan dan makanan serta penginapan sangat mudah di kawasan ini. Mencari photobook murah klik sini.


Baca perkongsian sebelumnya baca sini. Lokasi makanan halal di Hatyai klik sini

Trip Indochina di Thailand: Pengalaman menaiki Sleeper Train Thailand Hatyai ke Bangkok

Hatyai ke Bangkok boleh menggunakan keretapi. Untuk ke Bangkok adalah lebih mudah dengan menggunakan train. Ini kerana, stesen keretapi sangat dekat dengan Lee Garden dan boleh dituju dengan hanya berjalan kaki. Stesen Keretapi Hatyai juga terdapat hotel di dalamnya. Bagi yang tercari-cari atau malas untuk mengooggle hotel di Hatyai, boleh menempah hotel ini yang hanya terletak di luar pintu keluar dan masuk ke Stesen Keretapi Hatyai.

Bagi mendapatkan tiket perjalanan ke Bangkok, adalah lebih mudah menempah secara online, tetapi jika tidak rushing dan tidak terikat dengan masa lebih baik membeli di kaunter. Tiket perlu dibeli awal bagi mengelakkan kehabisan terutamanya ketika musim cuti di Malaysia ataupun jika adanya festival di Hatyai. Terlalu ramai rakyat Malaysia yang akan mengambil kesempatan cuti-cuti Thailand sekalipun sekadar ke Hatyai bagi mengisi masa cuti mereka.

Bagi membeli tiket secara online sila rujuk Klik sini Sekiranya membeli di kaunter, dinasihatkan untuk membuat terjemahan kepada bahasa Thailand maklumat perjalanan seperti tarikh, masa, dan kelas keretapi. Ini kerana, ketika hendak membeli tiket ke Bangkok, saya menghadapi masalah komunikasi disebabkan penjaga kaunter tidak faham Bahasa Inggeris dan gagal memahami Bahasa Melayu.

Tiket keretapi kelas ketiga adalah lebih murah, namun terpaksa berhadapan dengan keadaan kerusi yang tidak selesa. Adalah dinasihatkan untuk mencuba coach sleeper seat yang tentunya satu pengalaman baru menaiki keretapi yang tempat duduknya akan diubah menjadi katil apabila malam. Tersangat berbeza dengan keadaan train di Malaysia yang old school.




Baca perkongsian tentang Hatyai klik sini. Ketahui tentang penginapan backpacker di Bangkok baca di sini

Cari

Like Us

Hot in week

Recent

Comments

Follow Instagram

Translate

index