DISQUS SHORTNAME

Ahad, 15 April 2018

Trip Indochina di Vietnam: Pengalaman menarik menaiki sleeper bas Vietnam dari Ho Chi Minh City ke Mui Ne

Perjalanan ke Mui Ne dari Ho Chi Minh City menggunakan bas sangat mengujakan. Apa yang menarik dengan pengangkutan bas perjalanan jauh di Vietnam, mereka menyediakan servis pick up secara percuma di hotel ke stesen bas. Jadi, dapat menjimatkan kos tambang. Walau bagaimanapun, dinasihatkan untuk check dan tanya dahulu sebelum membuat pembelian tiket.

Sekiranya menggunakan perkhidmatan bas pada waktu malam antara bandar, apa yang menarik adalah bas yang digunakan adalah jenis sleeper bus dan kebiasaan sedikit mahal. Tetapi dengan keselesaan yang ditawarkan oleh bus ini yang mana pelancong boleh tidur dalam keadaan selesa sambil jelunjur kaki dan bahagian kepala kerusi yang boleh dilaraskan mengikut keselesaan penumpang. Turut disediakan adalah selimut. Keadaan dalam bas sangat bersih kerana penumpang perlu menanggalkan selipar sebelum menaiki bas dan diberikan plastic bag untuk menyimpan selipar atau kasut. 

                                     


Mereka turut memberikan air mineral secara percuma dan wet tissue. Apa yang lagi best, perjalanan menggunakan bas pasti tidak akan kebosanan kerana wifi juga turut disediakan.Sebelum memulakan perjalanan, driver dan konduktor akan memberikan taklimat perjalanan (dalam bahasa Vietnam).

Bagi rakyat Malaysia, mereka patut mencuba pengalaman menaiki sleeper bas di Vietnam kerana ianya sesuatu yang tidak ada di Malaysia. Bas di Malaysia adalah jenis biasa sama ada untuk perjalanan waktu siang atau malam. Dan servis daripada syarikat pengangkutan bas di Vietnam bertaraf 5 bintang ala-ala menaiki kapal terbang. Jika dibandingkan dengan perkhidmatan bas Malaysia ianya seperti langit dan bumi. Sesuatu yang boleh dicontohi oleh syarikat penyedia bas di Malaysia.

Baca sini catatan sebelumnya. Perkongsian tentang Mui Ne klik sini.



Khamis, 12 April 2018

Trip Indochina di Vietnam: Ketahui tricks scam teksi di Vietnam

Beberapa trick scam ini biasanya digunakan oleh pemandu teksi ke atas pelancong. Berkunjung ke negara orang akan menjadi igauan ngeri apabila terpaksa berhadapan dengan scammer yang menggunakan bermacam-macam cara untuk memeras ugut pelancong mendapatkan wang dengan jalan mudah.  Jika melancong di Vietnam, pastikan anda mengetahui bagaimana pemandu teksi di sana melakukan penipuan terhadap pelancong. Panduan ini akan membantu anda mengelakkan diri menjadi mangsa scammer di Vietnam.

1) Penipuan ketika membayar
Pastikan anda check dan tunjukkan pada mereka nilai duit tersebut sebelum membayar tambang. Ramai yang terkena apabila mereka cuba menipu dengan duit yang diberi jumlah duit masih tidak mencukupi.

2) Penipuan meter teksi
Meter teksi mereka bergerak laju, akibatnya jumlah tambang akan menjadi lebih mahal daripada yang sepatutnya. Mereka akan mengunci pintu kereta dan tidak akan membenarkan anda keluar sebelum membayar tambang terbabit.


Langkah berjaga-jaga
1) sediakan duit kecil
2) gunakan teksi Vinasun atau Mai Lin

Selain itu elakkan diri daripada;

1) Jangan naik beca
2) Jangan naik teksi selain Vinasun dan Mei Lin
3) Jangan bagi orang polish kasut anda
4) Jangan beli air kelapa tepi jalan 

Catatan sebelumnya baca siniTrip terdahulu di Kemboja, baca sini. Info shopping best sini

Trip Indochina di Vietnam: ketahui 9 perkara ini tentang negara Vietnam


Ketahui perkara ini sebelum anda berkunjung ke Vietnam
Nama asal adalah Saigon dan ditukar ke HCMC setelah komunis menang di Vietnam melawan US.

1) Ibu negara
Hanoi adalah ibu negara Vietnam berlakunya penyatuan antara Vietnam Utara dan Selatan pada tahun 1976. Pentadbiran Vietnam diletakkan di Hanoi. 

2) Motor
Negara paling banyak motor di dunia dan keadaan jalan bersesak-sesak dengan ribuan motor. Bunyi hon yang sangat bising apabila mereka saling membunyikan hon antara satu sama lain. Tetapi tidak perlu takut apabila melintas kerana mereka akan mengelak memberikan anda laluan dan tidak akan sama sekali melanggar anda.

3) Scammer teksi
Perlu berhati-hati apabila menggunakan teksi di sini. Banyak pemandu teksi yang mengambil kesempatan  mengenakan caj tambang melampau kepada pelancong.

4) Bahagian utara  mengalami 4 musim
Kawasan di sebelah atas Hanoi mengalami cuaca 4 musim. Jika anda berkunjung ke Hanoi, Sapa pastikan mengetahui musim di sana. Jika tidak anda akan berdepan dengan masalah  kesejukan melampau kerana kawasan ini adakalanya turun salji.

5) Charger
Menggunakan port kabel 2 lubang. Jika kesini perlu menggunakan universal travel adapter atau membeli adapter khusus untuk Vietnam.

6) Matawang
Jika di Kemboja penggunaan matawang USD sangat meluas di negara mereka. Tidak kurang di Vietnam, mereka juga menerima pembayaran menggunakan dollar USD. Tetapi wang Vietnam Dong masih diterima pakai disini. Di Bent Thant Market Ringgit Malaysia diterima dalam urusniaga jual beli disini. Tetapi jika anda melancong ke negeri lain dalam  Vietnam adalah lebih baik anda menukar duit Vietnam atau membawa USD.

7) Bahasa
Bertutur dalam bahasa rasmi mereka dan menulis dalam bahasa Vietnam. Populasi etnik Vietnam merangkumi 87% daripada jumlah penduduk Vietnam. Disini masih boleh didapati signboard kedai mahupun hostel menggunakan bahasa English. Masih tidak terlalu sukar untuk mencari hostel disini berbanding di China yang menggunakan tulisan Cina di signboard kedai mereka.

8) Bas
Dari Saigon airport ke pusat  bandar Ben Tanh naik bas 152 dengan tambang 10Vnd. Dari pintu keluar aiport terus akan nampak bas ini.

9) Hostel
Kebanyakkan hostel akan minta passport untuk disimpan oleh pihak mereka dan akan dipulangkan apabila check out. Gunakan perbincangan dengan pihak hostel sekiranya mereka bersetuju untuk mengambil salinan passport.



Isnin, 9 April 2018

Trip Indochina di Kemboja: 11 tempat menarik di Phnom Penh, Kemboja

Terdapat banyak tempat menarik untuk dilawati di Phnom Penh. Kota ini banyak meninggalkan sejarah besar semasa perang dan semasa era pemerintahan Pol Pot yang hari ini tempat-tempat yang berkenaan telah ditukar menjadi tarikan pelancongan disini. 

1) Killing Field
Tempat paling bersejarah di Phnom Penh yang merupakan tempat bersemadinya jasad warga Khmer akibat kekejaman Pol Pot . Untuk kesini agak jauh dan kebanyakkan tuk-tuk akan mengenakan harga yang sangat mahal. Sangat tidak berbaloi jika seorang. Ianya memakan masa lebih 30 minit dari bandar kerana tempat ini terletak di pinggir bandar. Tempat ini berbayar untuk masuk.

2) Tuol Sleng Genocide Museum
Asalnya merupakan sekolah tinggi di bandar Phnom Penh tetapi ditukar menjadi penjara yang menempatkan tahanan warga Khmer kanak-kanak, orang tua, lelaki, wanita yang dibunuh pada zaman Pol Pot. Disini mangsa didera dan dan ditahan dengan kejam tanpa belas ihsan. Tempat ini terletak dalam kawasan bandar. Untuk masuk ke sini perlukan tiket.



3) Royal Palace
Kediaman raja Kemboja yang turut dijadikan tempat pelancongan.  Kompleks kediaman raja Kemboja ini merupakan symbol keindahan di sekitar river front. Untuk masuk kesini dikenakan bayaran. Kawasan Royal Palace betul-betul berdepan dengan riverfront Sungai Mekong dan pada sebelah petangnya sangat happening.

4) National Museum
Phnom Penh sebuah bandar yang sarat dengan sejarah perang. Di muzium ini ada juga diceritakan tentang sejarah Melayu. Perlu membeli tiket untuk masuk ke sini.


5) River cruise sungai Mekong
Terdapat cruise yang boleh dinaiki untuk menyelusuri sungai Mekong sambil melihat matahari terbenam. River cruise terletak berhampiran dengan Royal Palace.

6) Perkampungan melayu muslim di Kemboja
Mereka tinggal di dalam sampan di tepi sungai Mekong. Tanpa rumah di darat. Kehidupan mereka amat susah kerana terpaksa berteduh hanya di dalam sampan.

7) Indepence monument
Memorial kemerdekaan yang dibina untuk memperingati peristiwa kemerdekaan Kemboja daripada penjajahan Perancis dirasmikan pada tahun 1962. Ianya merupakan sebuah monument yang menyerupai bunga teratai dengan ketinggian 20 meter.

8) Vietnam-Kemboja Friendship Monument
Monumen yang dibina bagi memperingati kerjasama antara 2 negara Kemboja dan Vietnam yang bersempadan antara satu sama lain.

                                               

9) Masjid al-Serkal
Masjid binaan Turki yang dibina oleh jutawan Turki di sini. Menjadi masjid utama dan sangat gah serta paling besar disini. Dengan ruang solat yang besar, berhawa dingin dan dihampar karpet. Ianya sangat selesa ditambah ruang parking yang besar dan mempunyai kedai halal disekitarnya.

10) Wat Phnom
Bagi bukan Islam di sini ada 2 wat yang boleh dikunjungi. Ada satu wat berhampiran dengan Royal Palace dan National Muzium. Tetapi Wat Phnom ini agak jauh dari pusat bandar dan perlu mengambil tuk-tuk untuk ke sini. Wat ini  merupakan kuil Buddha yang dibina pada tahun 1373, terletak di atas bukit dan terdapat kuil berusia beratus tahun.
                                     

11) Tempat shopping di Phnom Penh
i) Central Market- Pasar Thmey
Pasar ini harus dikunjungi jika ingin membeli barangan souvenier atau tshirt. Dikawasan ini juga terdapat beberapa restoran halal. Barangan disini lebih murah berbanding Russian Market. Pastikan anda tawar harga jika membeli disini. Pasar ini lebih luas, bersih dan teratur berbanding Russian Market.

ii)Russian Market- Pasar Tuol Tom Poung
Pusat shopping yang agak terkenal di kalangan pelancong Malaysia tetapi barang disini agak mahal dan keadaan pasar ini panas. Pilihan barangan lebih banyak di Central Market berbanding disini.

Baca tentang makanan halal di sini. Klik sini untuk perjalanan ke Ho Chi Minh City, Vietnam. 

Ahad, 8 April 2018

Trip Indochina di Vietnam: Panduan mencari hostel murah di Ho Chi Minh City, Vietnam

Jika ke Ho Chi Minh City mencari hostel murah tidak susah di bandar ini. Banyak lokasi hotel yang boleh dipilih untuk mendapatkan hotel budget. 
Bandar Ho Chi Minh City di Vietnam tidak asing bagi rakyat Malaysia yang berkunjung ke sini bagi tujuan membeli belah. Tidak hairanlah jika salah satu tempat disini turut dinamakan dengan Malaysia Street. Tempat ini seperti anda berada di Malaysia dengan jumlah rakyat Malaysia yang ramai berbanding rakyat Vietnam sendiri. Mencari penginapan yang berdekatan dengan tempat shopping tentunya menjadi pilihan jika berkunjung ke sini. Terdapat banyak hostel murah dan selesa di Ho Chi Minh City. Panduan ini akan memudahkan anda mencari penginapan di Ho Chi Minh City.

1) Ben Thanh Market
Lokasi utama rakyat Malaysia membeli belah apabila di Ho Chi Minh City. Di sekitar kawasan ini banyak hostel yang hanya terletak berhadapan dengan jalan utama yang pada sebelah malamnya akan tutup untuk dijadikan tapak pasar malam. Tetapi harga hostel agak mahal tetapi berbaloi jika dapat berkongsi bilik dan sangat memudahkan anda mengangkut barang dagangan kerana lokasinya yang terlalu hampir dengan Ben Tant market. Tempah hotel di Booking.com sini.


2) Area De Tamb atau Pham Ngu Lao Saigon
Tidak jauh dari Bent Tant Market dengan hanya berjalan kaki tidak sampai 10 minit. Landmark tempat ini ialah taman rekreasi. Di seberang jalan adalah kawasan backpacker terdapat  banyak hostel murah di sekitarnya. Apa yang menarik menginap di kawasan ini ialah

i) Berdekatan dengan Bent Tanh Market
ii) Dekat dengan bus station
iii) Dekat pejabat Futabus
iv) Ada pasar berhampiran dengan station bus
v) Street food banyak bagi yang bukan muslim. 

Untuk membuat perbandingan harga hotel, lebih mudah dengan menggunakan Trivago sini

Elak di scam, baca lanjut di sini. Tempat menarik di HCMC, baca sini.




Cari

Like Us

Hot in week

Recent

Comments

Follow Instagram

Translate

index