DISQUS SHORTNAME

Isnin, 2 Julai 2018

Trip ke Indochina di China: panduan mudah ke masjid utama di Shenzen

Di Shenzen hanya terdapat satu sahaja masjid besar bagi keperluan muslim China untuk berjemaah. Ianya merupakan masjid baru yang baru sahaja siap sepenuhnya pada tahun 2017. 

Bangunan masjid setinggi 3 tingkat dengan bahagian bawah menempatkan dewan beserta dapur. Dewan solat lelaki terletak di tingkat satu dan dewan solat perempuan adalah di tingkat atas. Bangunan masjid ini mempunyai lift. Sekitar kawasan masjid ini boleh ditemui dengan mudah restoran yang menyediakan makanan halal. Pada hari Jumaat selepas solat jumaat masjid ini menyediakan jamuan kepada jemaah solat.
 

Panduan ke Masjid Shenzen

1) Berhenti MRT Maling
2) Exit pintu B
3) Pandang terus ke kanan, nampak restoran halal
4) Masjid Shenzen terletak sebelah restoran tersebut 

Baca info lengkap tentang Guangzhou di sini. Info tempat menarik di Shenzen klik sini.




Trip ke Indochina di Hong Kong: 9 kelebihan menginap di hostel backpackers murah Chungkin Mansion

Bagi yang ingin mencari hotel murah di Hong Kong adalah dicadangkan untuk mendapatkan hotel di sekitar stesen Mrt Tsim Tsa Tsui, Nathan road, Masjid Kowloon atau Chungkin Mansion. Penginapan backpackers lebih mudah didapati di Chungkin Mansion dan juga bangunan berdekatan dengannya iaitu Miranda Mansion. Tetapi harus diingatkan bangunan ini merupakan bangunan lama yang lebih kurang perumahan kos rendah jika di Malaysia. Biliknya hanya bersaiz katil sahaja. Sebagimana saiz katil itulah saiz bilik disini dan harganya biliknya adalah mahal berbanding jika travel ke negara Asia yang lain. Cari penginapan murah di sini.

                                                

Tetapi bagi yang melancong ke Hong Kong berkumpulan atau dengan keluarga adalah lebih selesa dan murah dengan menyewa Air Bnb. Tidak hanya menawarkan harga penginapan yang murah tetapi lebih menjimatkan kerana dapat memasak dan membasuh pakaian sendiri. 

9 kelebihan menginap di sekitar kawasan ini:

1)    Dekat dengan Stesen Mrt Tsim Tsa Tsui

2)    5 minit berjalan kaki ke jetty ferri                 




3)    2 minit ke Koowloon Masjid
4)    Dekat dengan clock tower (otw ke jetty)

                                  
5)    Dekat dengan muzium (otw ke jetty)
6)    Makanan halal banyak di Miranda Mansion dan Chungkin Mansion
7)    Terdapat pasar yang menjual daging halal berhampiran Masjid Kowlon

8)    Dekat dengan Taman Kowloon (berada di belakang Masjid Kowloon)
9)    Berhadapan tempat menunggu  bas  untuk ke airport Hong Kong





Trip ke Indochina di Hong Kong: Panduan lengkap melawat 3 masjid utama di Hong Kong

Walaupun Hong Kong sebuah bandaraya besar dan terkemuka yang jarang didengar tentang masyarakat Muslim disana. Tetapi, bandar ini mempunyai 3 masjid utama yang menjadi tumpuan warga expatriat terutamanya dari negara Arab dan juga Indonesia yang bekerja mencari rezeki di kota ini. Lokasi masjid utama di  Hong Kong mudah untuk dicari kerana terletak di laluan utama. Tetapi perlu bertanya pada orang yang betul. 

Panduan kembara melawat Masjid di Hong Kong

1)    Masjid Kowloon
Masjid ini terletak betul-betul di tengah-tengah bandar Hong Kong yang merupakan masjid utama dan paling besar. Dibelakangnya merupakan Taman Kowloon. Berhadapan pintu masuk masjid ini terdapat bus stop. Untuk kesini menggunakan MTR perlu berhenti di stesen MTR Tsim Tsa Tsui. Setelah keluar dari stesen, amik kiri dan jalan beberapa langkah akan bertemu dengan masjid ini.



3)    Masjid Jamia
Masjid ini terletak di atas bukit dan merupakan masjid tertua di Hong Kong. Untuk kesampai ke sini perlu mendaki jalan, atau menggunakan tangga. Namun paling best ada disediakan lift untuk naik sahaja. Sementara untuk turun tidak ada pilihan melainkan perlu menuruni anak tangga untuk kebawah. Dari jetty ferry, hanya perlu mengikuti sahaja laluan berbumbung sehingga bertemu dengan laluan yang mempunyai lift dan teruskan perjalanan sehingga bertemu pintu pagar masjid berwarna hijau di sebelah kiri. Masjid ini agak kecil tidak ubah seperti sebuah rumah banglo. Dalam persekitaran masjid terdapat rumah warga Pakistan yang telah mendiami kawasan tersebut berpuluh-puluh tahun lamanya.


 

2)    Masjid Ammar
Masjid ini seperti bangunan kedai 4 tingkat yang terletak di hadapan jalan. Disebut juga sebagai masjid Wan Chai.Di masjid ini aktiviti keagamaan lebih banyak diadakan dan terdapat juga kantin yang menyediakan makanan halal. Bagi yang kesini pada hari Jumaat, boleh laa bersembahyang Jumaat dimana wanita juga turut  bersolat Jumaat.Berbanding masjid2 lain di Hong Kong, masjid ini agak sukar dijumpai. untuk ke masjid ini:
1) turun di station Wan Chai amik exit A
2) dari pintu keluar, hadapannya ada tram station. 
3) Naik tram ke arah Causeway Bay 
4) Turun di station Tonochy road (no 47E atau 52W)
5) Turun tram akan nampak court basketball dan ada laluan sebelahnya
6) ikut laluan itu, naik tangga, ada traffic light berhadapan dengan kedai 7e
8) Bangunan belakang convenient store adalah Masjid Ammar. Jalan terus sampai hujung bangunan, belok kiri jumpa pintu masuk.




Trip ke Indochina di Vietnam: panduan berguna tentang makanan halal di Vietnam

Ini adalah panduan umum bagi yang ingin mendapatkan gambaran mengenai makanan halal di Vietnam. Panduan mudah ini supaya anda dapat membuat persediaan sepatutnya berkaitan makanan apabila ke Vietnam. 



1) Sepanjang backpacking di Vietnam dan membuat beberapa persinggahan di HCMC, Mui Ne, Dalat, Danang dan Hanoi, makanan halal sangat sukar diperoleh kecuali di HCMC. Area Bent Tant Market  banyak restoran halal yang menyajikan menu2 nasi dan lauk pauk yang boleh dinikmati oleh pelancong. Bagi yang berbackpacking dengan jumlah wang yang terhad, menikmati menu di Vietnam menyebabkan peningkatan kos yang banyak.

2) Di bandar-bandar utama Vietnam seperti Hanoi, Danang dan Dalat restoran ada restoran makanan halal tetapi tidak laa sebanyak di HCMC. Anda perlu menjelajah mencari lokasi restoran tersebut. Jika anda tidak kisah menghabiskan masa untuk mencari, makan di restoran adalah pilihan terbaik. 

3)  Di Mui Ne ada restoran seafood yang boleh dicuba untuk menikmati makanan halal disini.

4) Dinasihatkan untuk membawa makanan kering dan segera seperti manggi, serunding, pek segera nasi daripada Malaysia sekiranya ingin mengunjungi Vietnam jika tidak ingin berbelanja banyak pada makanan. Tetapi jika anda tidak kisah tentang makanan dan boleh hidup serta bertenaga tanpa nasi tentunya terdapat banyak buah-buahan yang boleh dibeli bagi mengalas perut. Harga buah-buahan tempatan secara relatifnya lebih murah atau hampir sampir berbanding Malaysia.

5) Di pasar malam ada ubi, jagung bakar atau rebus yang boleh dibeli untuk mengalas perut bagi traveller tegar yang ingin menjimatkan wang makan.

Catatan sebelumnya klik sini. Catatan menaiki bas ke Mui Ne klik sini.




Ahad, 1 Julai 2018

Trip Indochina: urusan imigresen di sempadan Thailand-Kemboja



Pengalaman merentas sempadan Thailand dan Kemboja

Sempadan Thailand di sebelah kemboja dikenali sebagai Aranyaprathet manakala sempadan Kemboja adalah Poipet. Disini merupakan syurga bundle kerana ianya merupakan pusat bundle terbesar di Asia Tenggara. Bagi pencinta bundle yang ingin mencari barangan berjenama dengan harga gila, jangan lepaskan peluang untuk meninjau barang-barang yang ingin menjadi koleksi atau keperluan.

 Untuk kesini selain mengunakan bas boleh juga menggunakan keretapi awal pagi dari stesen Hua Lampong. Perjalanan lebih kurang 5-6 jam dan akan sampai ke sini sekitar tengah hari. Anda perlu merancang perjalanan kesini disebabkan penginapan di sekitar sini agak mahal. 

Urusan imigresen di Thailand sangat mudah. Beg anda akan diangkut sendiri oleh pihak bas dan hanya perlu berjalan kaki menyelesaikan urusan imigresen dan mengambil beg selepas urusan imigresen selesai. Sila beratur di laluan foreigner dan serahkan voa kad. Bas akan menunggu anda di border kemboja.

Untuk menyelesaikan urusan imigresen Kemboja, hanya perlu berjalan ikut lorong berbumbung dan jalan terus ke depan sehingga nampak bangunan besar di sebelah kanan. Jalan terus melewati bangunan hotel yang tersergam besar di kanan jalan. Jalan salah sangka ianya bukanlah pejabat imigresen Kemboja. Tetapi, kaunter imigresen Kemboja hanya menyerupai sebuah pondok daripada kayu. Isi kad  voa dan beratur di laluan foreingner.

Ketika disini, adalah dinasihatkan untuk memakai mask kerana keadaanya sangat berdebu ditambah pula dengan cuaca panas dan kering Di kawasan sempadan Kemboja, jalan rayanya masih tidak berturap.

Jika anda masih belum menukar duit Kemboja, di sebelah border Kemboja sebaik sahaja keluar dari pintu sempadan Thailand dan menuju ke imigresen Kemboja, ada terdapat perkhidmatan money charger di sebelah kiri sederet dengan kedai runcit.

Jika anda bergerak sendiri ke Siem Riep untuk mengambil bas ke sana, perlu berjalan kaki ke Poipet Tourist Terminal. Dekat saja. Bas ke Siem Riep atau Phnom Penh perlu di ambil dari Tourist Terminal Bas Poipet. Tidak ada bas yang bergerak dari border Poipet melainkan bas yang telah pun disewa.

Terdapat free shuttle bas untuk ke terminal bas, cuma perlu berjalan terus melalui lorong sebaik keluar dari bangunan imigresen Kemboja. Free Bas shuttle ni ada dari kol 07:00 am sampai 22:00 pm. Dalam bas ini akan ada yang menawarkan anda  tiket bas ke Siem Riep. Tetapi adalah lebih baik jika membel terus dari kaunter bagi mengelakkan anda perlu membayar harga yang mahal.

Selepas selesai urusan imigresen dikedua-dua arah, naik balik bas yang sama untuk perjalanan selama 4 jam sebelum sampai ke Siem Riep.


Cari

Like Us

Hot in week

Recent

Comments

Follow Instagram

Translate

index