DISQUS SHORTNAME

Khamis, 10 Mei 2018

Trip Indochina di Vietnam: Hostel backpackers di Hanoi

Jika berkunjung ke Hanoi, hostel backpacker atau penginapan murah dan paling mudah di kawasan strategic ialah di Old Quarter Hanoi. Disini  sangat happening dengan pelbagai kedai yang menjual pelbagai jenis barangan. Kawasan ini merupakan pusat aktiviti harian penduduk dengan bermacam-macam kedai. Terlalu ramai pelancong asing yang menginap di area ini dan pelbagai barangan cenderahati boleh diperolehi dengan mudah di sekitar sini. Tempah hostel murah di Hanoi di sini.

Hanoi merupakan bandar transit untuk ke tempat pelancongan paling popular di Vietnam iaitu Halong Bay. Kedudukan yang strategic dengan destinasi popular lain di kawasan persempadanan Vietnam dan China.Dengan pelbagai kemudahan pengangkutan yang dimajukan disini, pergerakan para pelancong untuk ke mana-mana destinasi menarik di utara Vietnam ini menjadi lebih efisyen dan mudah. Mempunyai lapangan terbang, sistem keretapi dan juga bas, Hanoi perlu dikunjungi bagi melengkapkan perjalanan anda di Vietnam. 

Halong Bay lebih dekat dengan sempadan Naning, China manakala Na Binh atau Sapa tentunya tidak asing bagi pencinta keindahan alam semulajadi. HCMC syurga bagi shopping sebaliknya di Hanoi merupakan  syurga kehijauan.


Banyak kedai yang menjual pakej ke Halong Bay, Nha Binh, Sapa atau Tam Coc. Anda boleh survey sendiri disini dan runding harga mengikut bajet anda. Cara terbaik memilih pakej tour ialah dengan mencari tour agent yang disarankan oleh Tripadvisor yang kebiasaanya ada logo diletakkan di sign board mereka. 

Info Danang baca sini. Info seterusnya klik sini.


Rabu, 2 Mei 2018

Trip Indochina di Vietnam: 6 Panduan penting melancong di Dalat, Vietnam

Panduan penting ini akan memudahkan pelancongan anda ke Dalat.        Jika Malaysia terkenal dengan Cameron Highlands sebagai tempat sejuk. Di Vietnam, Dalat merupakan kawasan sejuk sama seperti di Cameron Highlands. Berada di sini seolah-olah berada di negara 4 musim pada musim Autumn. Melancong di Dalat tidak sama seperti di negeri lain di Vietnam. Di sini, anda perlukan sweater untuk mengatasi kesejukan. 
   
                                                                                                                
1)  Ambik tour
Jarak dari satu tempat menarik ke satu tempat menarik disini agak jauh antara satu sama lain. bagi yang datang ke sini, adalah lebih senang dan menjimatkan masa dengan mengambil pakej tour berbanding berjalan sendiri. Masalah komunikasi akan menjadi halangan terbesar sekiranya anda  ke sini kerana rata- rata penduduk di sini sukar memahami bahasa Inggeris. Dapatkan pakej tour Dalat ke tempat-tempat menarik serendah RM 24 di sini.

2) Sewa motor
Tempat menarik berada sangat jauh antara satu sama lain. jika disini cara paling senang adalah dengan mengambil tour tetapi jika anda seorang yang sukakan cabaran dan ingin meneroka sendiri Dalat, sewa motosikal adalah pengangkutan terbaik disini. Pengangkutan awam untuk ke tempat tumpuan pelancong agak tidak kelihatan.

                                                                                                      
3)  Bawa bekalan makanan sendiri
Travel food pack sangat diperlukan disini sekiranya anda seorang yang tidak boleh meninggalkan nasi dalam diet seharian. Sangat sukar untuk menjumpai restoran yang menyediakan makanan halal disini. Jika ke sini sama ada anda memasak sendiri atau membawa bekalan lauk segera dari Malaysia dan hanya membeli nasi.

4) Penginapan
Untuk memudahkan urusan pengangkutan dan mencari makanan basah seperti sayuran atau buah-buahan bagi keperluan makanan lebih baik mencari hotel sekitar bandar di area tapak pasar malam Dalat. Cari hotel murah di sini atau di sini.

5) Sediakan sweater
Untuk kesini anda sememangnya perlukan sweater sepanjang berada disini jika alah pada sejuk. Tempat ini lebih sejuk berbanding di bandar Saigon. Walaupun cuaca kelihatan agak panas tapi suhunya sedikit sejuk.

6) Ambik bas untuk perjalanan jauh dari Dalat.
Sekiranya anda bercadang untuk bergerak ke negeri lain dalam Vietnam, adalah dicadangkan untuk menggunakan perkhidmatan bas yang menyediakan perkhidmatan pick up dari hotel secara percuma. Malah pembelian tiket juga boleh dibuat secara phone call melalui pihak hotel. Ini bagi mengelakkan anda kesesatan untuk mencari stesen keretapi sekiranya menggunakan mod pengangkutan yang lain. Tempah bas online sini.

Catatan sebelumnya baca sini. Perkongsian seterusnya klik sini.

Trip Indochina di Vietnam: Catatan perjalanan bercuti di Danang

Bercuti di Danang
Bagi yang sukakan pantai, bolehla mencari penginapan yang berhampiran dengan pantai Danang. Pantai ini sangat meriah dengan orang ramai yang berkunjung ke sini untuk mandi manda dan bersantai. Jika di Malaysia, pantai di sana biasanya meriah pada waktu petang tetapi disini, pada waktu pagi orang tersangat laa ramai. Mereka kesini seawal 6 pagi dan akan mulai lengang sekitar pukul 8 pagi. Pelbagai aktiviti dilakukan oleh warga tempatan sama ada berjemur, melakukan senaman Tai Chi, atau mandi manda.



Jika anda mempunyai masa terhad tetapi masih ingin menjejakkan kaki ke sini, bergerak dengan tour lebih menjimatkan masa. Check pakej tour di Danang di sini. Terdapat trip satu hari yang boleh diikuti untuk melawat tempat menarik dalam masa satu hari yang berbaloi dengan wang dan masa anda. Buat tempahan di sini.

Perjalanan Danang ke Hanoi
Untuk membeli tiket bas ke Hanoi, anda perlu membelinya di pejabat bas Futabus atau The Singh Bas. Pembelian tiket juga boleh ditempah melalui pihak hostel. Perjalanan memakan masa lebih 8 jam dan sebaiknya mengambi bas pada waktu malam dan sampai di Hanoi keesokan paginya. Ini akan menjimatkan kos penginapan anda. Jika anda membeli sendiri di pejabat Futabus anda perlu menunggu di lobi pejabat tersebut dan akan ada pick up van yang akan mengambil anda menuju ke stesen bas Danang dimana bas bertolak. Terdapat sesetengah yang mana syarikat bas tidak menyediakan perkhidmatan pick up di hostel terutamanya bagi hostel yang jauh. Anda perlu menunggu di lobi pejabat bas atau hadir sendiri ke stesen bas Danang. Pembelian tiket boleh ditempah melalui pihak hostel. 

Baca info tentang Hoi An disini. Catatan tentang Hanoi klik sini


Rabu, 18 April 2018

trip Indochina di Vietnam: 4 aktiviti utama yang menarik di Mui Ne

Hanya ada 4 aktiviti utama yang menarik untuk dilakukan di Mui Ne. Pastikan anda ke tempat menarik ini sebelum meninggalkan bumi Mui Ne.  Tarikan utama di Mui Ne ialah gurun pasir halus seolah-olah berada di gurun sahara. Dengan bajet yang rendah hanya di Vietnam anda dapat merasai pengalaman bermain di bukit pasir yang sejauh mata memandang. Tidak hanya itu, di Mui Ne banyak tempat menarik yang semestinya sangat berbaloi untuk anda bercuti di sini. Dalam satu tempat segalanya ada disini pantai yang cantik, bukit pasir yang indah, perkampungan nelayan yang menarik dan bukit stream yang memukau pandangan mata.

1) White sand dunes
Sejauh mata memandang melihat pemandangan bukit pasir yang tersangat luas dengan pasir putih haus dan gebu. Perlu sewa jeep untuk mendaki ke atas bukit yang sangat meletihkan dan tidak mampu mendaki sampai ke atas disebabkan kekangan masa yang diberikan oleh pihak tour yang memperuntukan masa lebih kurang sejam sahaja disini.

2) Red sand dunes
Disini bukit pasirnya kelihatan kemerahan dan lebih kecik,  tidak seindah white sand dunes. Butiran pasirnya juga lebih kasar dan basah dan sangat crowded dengan budak-budak yang menawarkan sewa papan gelongsor untuk sliding.

3) Fairy steam

Fairy stream ini adalah sebuah sungai yang melalui sebuah sand dunes yang mana setelah bertahun-tahun ia mencipta sebuah landskap jujuran tebing pasir yang membentuk bentuk-bentuk pelik seakan-akan batu-batu di Cappadocia di Turki.




4) Fishing village
Sebuah perkampungan nelayan yang mana para nelayan menambat bot-bot mereka di laut lepas. Bentuk bot yang digunakan oleh para nelayan disini berbeza dengan tempat melayan. Dengan bot yang berbentuk bulat dan variasi pelbagai jenis warna bot menjadikan tempat ini sangat menarik dan berbeza dari perkampungan nelayan yang lain.

                              

Untuk mencari pakej tour murah di Mui Ne klik sini

Perkongsian sebelumnya klik sini. Tips ke Dalat baca sini.


Isnin, 16 April 2018

Trip Indochina di Kemboja: Sejarah Pol Pot di Kota Kemboja

Ibu negara Kemboja merupakan bandaraya besar dan sibuk dengan penduduk Kemboja. Bandar ini tidaklah semegah bandaraya Bangkok atau Kuala Lumpur. Tidak banyak bangunan tinggi di bina di sini tetapi masih punya keistimewaan sendiri sebagai kota bekasan perang.


Disini pengangkutan yang paling banyak ternampak di atas jalan raya ialah tuk-tuk dan ianya merupakan pengangkutan paling ideal dan murah dan lebih cepat berbanding teksi. Jika kesini pastinya tidak cukup hanya sehari. Phom Penh mempunyai banyak tempat-tempat menarik untuk dilawati terutamanya kesan sejarah peninggalan pemerintahan Pol Pot.

Kalau di Malaysia, sejarah pendudukan komunis di Tanah Melayu menjadi igauan ngeri orang tua zaman dahulu, tetapi jika di Kemboja kekejaman dan kezaliman Pol Pot akan sentiasa dalam ingatan warganya betapa manusia syaitan ini telah membunuh beratus ribu orang Khmer tanpa rasa bersalah.

Pemerintahan Pol Pot telah menyebabkan ramai komuniti Islam di Kemboja lari meninggalkan kawasan rumah masing-masing sehingga pada hari ini kesannya hanya minoriti sahaja Musim yang masih mendiami kawasan asal mereka.

Tetapi pada hari ini, Kemboja telah bangkit dan berusaha memajukan negara mereka dengan sumber-sumber yang ada. Ramai rakyat mereka yang masih berhempas pulas meneruskan kehidupan demi sesuap nasi dengan menjalankan pelbagai kerja buruh dan sampingan. Rata-rata membawa tuk-tuk adalah sumber pendapatan utama mereka.


Cari

Like Us


Hot in week

Recent

Comments


Follow Instagram

Translate

index