DISQUS SHORTNAME

Memaparkan catatan dengan label jalan-jalan cari masjid & makan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jalan-jalan cari masjid & makan. Papar semua catatan

Khamis, 7 Disember 2017

Trip ke Batam melalui Singapore: Jalan-jalan cari makan di Batam

Makanan di Batam secara relative sangat murah berbanding dengan Malaysia tambahan pula duit Malaysia yang agak tinggi berbanding Rupiah. Indonesia antara syurga makanan bagi yang gemar 
mencuba pelbagai jenis makanan. Datang ke sini, antara aktiviti yang perlu dibuat ialah jalan-jalan cari makan.

1)              Pasar malam
Berdepan dengan kawasan masjid raya terdapat kawasan tanah lapang yang digunakan sebagai tapak pasar malam pada setiap hari bermula sebelah petang.



2)              Area Nagoya Hill
Nagoya Hill merupakan shopping kompleks utama di Batam. Disini sangat meriah dengan pelbagai pusat perniagaan dan terdapat banyak hotel serta restoran yang menyediakan makanan halal.

           
       
3)             Berhampiran dengan Jetty Batam Centre
Daripada pintu pagar utama jetty, ambik kiri dan jalan terus sehingga  nampak seperti kawasan bengkel kereta. Di dalam kawasan tersebut terdapat sederet gerai makan.

4)              Dalam kawasan Masjid Raya, Batam
Di dalam kawasan masjid terdapat bangunan kedai yang menjual barangan dan keperluan orang muslim termasuk pakaian. Termasuk juga kedai makan.


 
 

Baca di sini untuk tips pengangkutan murah di Batam. Jalan-jalan masjid Batam baca di sini.

Jumaat, 17 November 2017

Trip ke Batam melalui Singapore:Jalan-jalan cari masjid di Batam

Keistimewaan Masjid Raya, Batam yang tidak ada pada masjid di Malaysia

Masjid merupakan tempat pengabdian khusus bagi orang Islam untuk menunaikan solat 5 waktu. Sejarah pembinaan masjid pada zaman Nabi menunjukkan fungsi masjid lebih dari sekadar masjid seperti yang diamalkan pada masa kini tetapi ianya turut merangkumi fungsi penyatuan social dan budaya masyarakat setempat, pengembangan ekonomi serta pejabat pemerintahan kerajaan memerintah.

Setelah sekian lama, dengan kewujudan dan pembinaan pusat-pentadbiran kerajaan maka fungsi masjid kian lama kian terhakis yang hari ini ianya hanya menjalankan fungsi-fungsi berkaitan keagaamaan semata-mata.




Di Batam, Masjid Raya Batam merupakan masjid utama di daerah ini dengan keluasan masjid yang besar, menempatkan ruang solat di bahagian atas dengan hiasan  lampu gantung besar di bahagian tengah masjid menjadikan masjid ini kelihatan mewah. 

Bahagian masjid ini mempunyai tandas, kedai runcit, ruang pejabat masjid, bilik pengawal, perpustakaan, bilik mesyuarat,bilik kegiatan aktivitis remaja, ruang pengajian serta banyak bilik-bilik yang lain. sepanjang bermusafir ke negara-negara, masjid disini satu-satunya masjid yang membenarkan  para musafir untuk tidur di dalamnya. Kemudahan bilik yang banyak dimanfaatkan sepenuhnya secara berkesan. Tidak pernah diketemukan masjid yang mempunyai perpustakaan siap dengan wifi percuma. Walaupun ruang perpustakaan tersebut tidak  sebesar mana tetapi usaha pihak pengurusan masjid untuk memakmurkan masjid ini dengan kemudahan bermanfaat pada jemaah wajar diambil contoh oleh pengurusan masjid di Malaysia. Buat photobook murah dengan harga diskaun di sini.

Baca tentang jejak sejarah Kelantan di Batam di sini

Isnin, 16 Oktober 2017

Trip ke Singapore: Lokasi makanan halal dan murah di bandar Singapore

Lokasi makanan halal di Singapore agak mudah untuk dijumpai disini. Jika berkunjung ke Singapore perkara yang wajib di ketahui apabila hendak makan di mana-mana tempat ialah dengan menyemak status halal kedai terbabit. Kebiasaanya restoran akan mempamerkan logo halal di depan kedai mereka menunjukkan kedai tersebut telah mendapat status pengiktirafan halal daripada MUIS iaitu badan agama Islam yang menyelaraskan perkara berkaitan hal ehwal agama Islam di Singapore.

Di medan selera pula akan disediakan 2 bahagian untuk makanan halal dan tidak halal termasuk juga tempat pemulangan pinggan dan gelas turut diasingkan.

1) Geylang serai
Terletak di Jalan Geylang bersetentang dengan Joo Chiat Kompleks terdapat medan selera yang menyediakan makanan halal. Penjual disini rata-ratanya melayu dan mamak. Banyak variety makanan yang boleh dicuba disini antaranya cendol, nasi beriyani, otak-otak, sup tulang merah dan sebagainya.

    2) Heig Road
Medan selera ini terdapat satu barisan kedai-kedai halal. Disini terdapat pelbagai jenis masakan seperti mee siam, satay, lontong dan sebagainya dengan harga yang berpatutan.

    3) Kg Glam
Merupakan perkampungan melayu di Singapore yang wujud sejak beratus tahun dahulu. Disini letaknya masjid sultan dan disekitarnya terdapat banyak kedai makan dan juga restoran halal yang menyediakan pelbagai jenis masakan.

4) Little India
Kawasan perniagaan kaum India di Singapore  yang mudah untuk mendapatkan makanan halal di kawasan ini. Kaum India ramai yang vegetarian, makanannya boleh dimakan tanpa was-was kerana tidak melibatkan daging binatang yang perlu disembelih dahulu.

5) Bedok interchange
Keluar dari stesen MRT menuju ke stesen bus interchange. Keluar dari stesen bus interchange akan ada satu medan selera halal dan non halal di tepi mall tersebut yang juga merupakan tempat pertukaran bas.



Jika berkunjung ke Singapore menu authentic ini wajib di cuba. klik siniBaca disini untuk tempat menarik di Singapore.



Khamis, 28 September 2017

Trip ke Singapore: Jalan-jalan cari masjid di Singapore

Jalan-jalan cari masjid di Singapore agak mudah kerana masjid banyak dibina di sini. Muslim di Singapore tidak seramai muslim di Malaysia. Mereka merupakan golongan minoriti di sana dimana kaum majoriti adalah Cina. Di Singapore, agak sukar untuk mencari mall atau shopping complex yang menyediakan kemudahan surau untuk penganut Muslim bersembahyang. Namun terdapat banyak masjid-masjid di Singapore hampir di setiap daerah. Azan tidak dibenarkan dilaungkan kuat melainkan hanya boleh didengari hanya beberapa meter dari kawasan masjid.

Dengan keterbatasan ruang tanah yang ada di sana, masjid disana rata-rata mempunyai lif bagi ruang sembahyang perempuan biasanya terletak di tingkat atas. Tandas dan kepala paip air untuk wuduk menggunakan kepala paip yang disettingkan secara perlahan tidak seperti tempat wuduk di Malaysia. Dapat dilihat poster kempen menjimatkan air di tampal di sekitar tandas.

1) Masjid Sultan di Arab Street

Masjid yang tertua di negara Singapore terletak di kawasan tumpuan pelancong di Kampung Glam. Masjid ini menerima ramai pelancong luar negara sama ada Islam atau bukan Islam yang ingin melihat keindahan seni bina masjid. Pelancong bukan Islam boleh memasuki masjid dengan had yang dibenarkan sahaja bagi mengelakkan gangguan kepada jemaah masjid yang ingin mendirikan solat. Masjid ini turut mempunyai penterjemah bagi membolehkan pelancong bertanya berkaitan dengan masjid secara khusus atau Islam secara amnya. Bagi pelancong wanita yang memakai pakaian yang terlalu terdedah mereka diharuskan untuk memakai jubah bagi menghormati kesucian masjid sebagai pusat ibadah orang Islam. Buat photobook murah gambar percutian anda disini




Masjid utama di Singapore ini seharusnya di kunjungi bagi pelancong Islam. Melancong tidak sekadar makan angin tetapi harus dijadikan salah satu cara mengutip pahala sekurang-kurangnya untuk menyempatkan diri melakukan solat sunat tahiyatul masjid di masjid setiap negara yang dikunjungi.

  

Bersebelahan masjid ini adalah Malay Heritage Centre dan dihadapan masjid ini merupakan Arab street yang sangat meriah dengan suasana seperti di tanah arab pada waktu petang dan malam. Dekorasi kedai-kedai yang terletak disini bertemakan budaya arab. Jika rajin untuk berjalan-jalan di setiap lorong kawasan ini akan ditemukan banyak mural-mural menarik yang boleh dijadikan port mengambil gambar untuk mengabadikan kenangan disini. 

2)Masjid Al Ansar, Bedok

Terletak tidak jauh dari Bedok Interchange yang hanya mengambil masa lebih kurang 7 minit dengan berjalan kaki. Bagi kaki masjid yang ingin melihat suasana dan cara pentadbiran masjid serta mencari masjid untuk kegiatan dakwah di Singapore, masjid ini antara masjid yang senang dan mudah untuk dicari. Keistimewaan masjid ini ialah menyediakan jamuan percuma setiap hari Selasa antara pukul 12 tgh hingga lebih kurang waktu Zohor (atau sehingga habis). Tidak dibenarkan untuk bungkus atau dibawa balik. Bagi pelancong yang berkebetulan musafir dan dalam keadaan kesuntukan budget untuk makan di Singapore boleh makan disini. Jamuan makan yang disediakan sangat sempurna sebagai hidangan lengkap untuk sepinggan nasi dengan bertukar-tukar menu setiap minggu.



3) Masjid Al- Islah, Punggol

Keunikan masjid ini dapat dilihat dan perancangan rapi senireka dan struktur bangunan masjid ini yang terletak di kawasan terhad berhampiran dengan traffic light di tengah-tengah bangunan kediaman di sini. Sebuah bangunan masjid yang sangat sempurna dengan mengambil kira semua keperluan dan susun atur yang perlu ada dalam masjid. Arkitek masjid ini sangat mendalami dan membuat kajian terperinci dalam merangka bangunan masjid dimana setiap ruang dibuat dengan sistematik dengan mengambil kira fungsi-fungsi tertentu. Masjid ini lebih berkonsepkan open air.

 


 
           ruang solat utama 

ruang telekung


Baca tentang sejarah menarik Kelantan di Singapore  di sini. Tidak sah melancong jika tidak shopping membeli cenderahati. 

Klik sini untuk mengetahui lokasi shopping murah di Singapore. Ketahui senarai tempat menarik di Singapore di sini.

Rabu, 13 September 2017

Trip ke Singapore: 4 makanan khas Singapore yang wajib dicuba

Jalan-jalan cari makan di Singapore
Pergi ke mana-mana negara adalah tidak sah jika tidak mencuba masakan dari negara tersebut. Setiap negara mempunya signature dish tersendiri. Jika berkungjung ke Singapore antara makanan yang wajib dicuba ialah:

4 makanan khas atau authentic Singapore yang wajib dicuba.

1) Satay Singapore
Apa yang menarik satay disini mempunyai pelbagai jenis satay seperti satay hati, babat (kulit lembu). Bagi yang gemar mencuba masakan berbeza dari Malaysia, satay hati dan babat sesuatu yang perlu dicuba.

2)  Mee siam
Hidangan bersama bihun yang digoreng bersama kuah yang berwarna merah ditabur dengan hiasan seperti telur, daun sup, bawang goreng dan limau sungguh menggiurkan.
Hidangan yang tidak terlalu berat dan dianggap sebagai menu pembuka selera di saat tidak berselera dengan nasi.
Harga yang murah sekitar 2.5 ke 3.5 Sgd untuk semangkuk mee siam di gerai.




3) Sup tulang merah
Sup istimewa dari Negara singa ini mengamit selera untuk dicuba bagi merasai keistimewaannya. Dengan warna supnya merah menyala ianya sesuatu yang cukup asing dengan kebiasaan sup di mana-mana iaitu berwarna putih jernih tanpa colour.



4) Murtabak zam-zam
Muratabak yang sangat terkenal di kalangan pelancong Malaysia. Murtabak Singapore dimakan bersama dengan kuah kari dimana ianya sangat berbeza bagi tekak orang Kelantan. Hanya di Kelantan murtabak dimakan dengan kuah cuka. Bagi yang tidak biasa dengan kuah kari akan merasakan sedikit muak. Dengan harga murtabak ini lebih kurang 10 Sgd sangat mahal jika ditukarkan ke ringgit Malaysia tetapi ianya sesuatu yang sangat berbaloi untuk dicuba dan berpadanan dengan harga jika dikongsi 2-3 orang.
                                          

Masjid Sultan adalah masjid yang menjadi tumpuan pelancong disini dan seharusnya dilawati. Untuk mengetahui selanjutnya klik sini. Perkongsian tempat shopping best di Singapore disini.

Cari

Like Us

Hot in week

Recent

Comments

Follow Instagram

Translate

index